Isnin lepas saya hantar Maksu belajar ke Kolej Matrikulasi Kuala Pilah, Negeri Sembilan dengan rombongan ahli keluarga yang lain. Mula-mula tu nak booking mana mana hotel di Bandar Kuala Pilah tapi kebanyakan hotelnya dah penuh. Melang Inn Hotel, Desa Inn Hotel dan Rest House bila call je dia kata dah ade yang tempah sebab pendaftaran pelajar ke Kolej Matrikulasi ni. Orang lain booking sebulan lebih awal.
Jadi ambil keputusan bertolak dari Triang je, lagipun bukannya jauh sangat pun ambil masa lebih kurang sejam setengah pejalanan. Jalan pun bukan susahpun mula-mula hala ke Bahau pastu sebelum simpang serting hala terus ke Simpang Pertang hala terus Batu Kikir pastu terus masuk Bandar Kuala Pilah. Kita orang bergerak lepas subuh sebab nak daftar awal, walaupun bawak kereta pelan-pelan boleh sampai area sebelum pukul 8.30pagi. Kami sempat sarapan pagi dekat kedai makan berhampiran stesen minyak esso yang jual mee kari untuk breakfast. Sedap mee kari dia. Oleh sebab lupa nak fotostart salah satu borang berkaitan pendaftaran kami pusing semula ke bandar jap cari kedai fotostart. Pastu masuk balik semula jalan ke Kolej yang tak jauh sangat dari bandar Kuala Pilah.
Walaupun awal pagi jalan ke kolej dah start sesak dengan kenderaan beratur panjang nak masuk kolej. Rupanya kolej dekat area kawasan perumahan. Masa daftar macam biasalah ramailah ibubapa yang mendaftar anak di bawah satu dewan besar kat sini. Lepas maksu siap daftar kami semua kena angkut barang Maksu lebih kurang dekat 1km la jalan kaki sambil bawa beg dan barang-barang lain. Kena pulak asrama Maksu kat atas bukit puas sungguh panjat tangga.
Dari penelitian ringkas di Kuala Pilah dan pendaftaran kolej Matrikulasi ni saya nak buat beberapa kesimpulan sikit :
1. Orang kat Kuala Pilah ni memang ramah sungguh dan baik-baik belaka. Masa kami makan mee kari waktu sarapan pagi, Pakcik yang duduk semeja panjang dengan kami dengar perbualan saya dan Maksu nak cari kedai fotostart. Pakcik ni Bilal Masjid, hulur bantuan dengan bawa motor dan tunjukkan lokasi kedai fotostat.
2. Penduduk dikawasan taman berhampiran Kolej ni tak kisahpun orang ramai parking kereta depan rumah berhampiran pintu pagar. Siap bertanya khabar lagi. Tak masam mukapun. Malah saya nampak sendiri pakcik berbaju pagoda pakai kain pelekat keluar umah tegur 1 famili yang tengah sorong beg galas beroda dan terus ke seberang jalan membantu kereta rosak keluarga lain yang nak mendaftar anak.
3. Nak daftar ni kena sediakan betul-betul apabenda borang yang dia minta sebab kalau tak cukup nanti buat susah je. Nak fotostart itu ini masa tengah berbaris tentulah menyusahkan, tu tak termasuk kalau takde setem hasil. Kena susun borang ikut susunan betul-betul.
4. Kalau nak makan satu family, makan je kat cafeteria kat kolej jangan nak makan kat luar pastu nak masuk balik. Alamatnye lepas makan nasik tengahari pastu tersangkut kat jem semata-mata nak masuk balik ke kolej. Kalau tak cukup barang2 macam penyangkut baju atau berus kasut beli je kat kolej.
4. Kalau nak makan satu family, makan je kat cafeteria kat kolej jangan nak makan kat luar pastu nak masuk balik. Alamatnye lepas makan nasik tengahari pastu tersangkut kat jem semata-mata nak masuk balik ke kolej. Kalau tak cukup barang2 macam penyangkut baju atau berus kasut beli je kat kolej.
5. Jalan menuju ke kolej dari Bandar Kuala Pilah jem dari tengah hari ke petang sebab pendaftaran kemasukan pelajar ni. Saya nasihatkan datang awal untuk daftar anak. Sebab saya kesian sungguh lihat Mak, Ayah dan Atuk berpanas angkut beg anak jalan kaki dekat 500m lepas parking kereta di bahu jalan jauh dari kawasan pintu masuk kolej sebab tak sanggup tersangkut dalam kereta dan kejar masa pendaftaran yang nak tutup jam 5 petang. Dan jem ni tiap tahun berlaku time pendaftaran ni.
6. Lepas sampai ke Kuala Pilah saya makin minat dengar lagu kat bawah ni.
No comments:
Post a Comment