Thursday 30 August 2012

Stesen Keretapi Dekat Di hati

Saya memang suka tengok keretapi, railway dan stesennya. Bagi saya kalau lihat keretapi yang bergerak perlahan dan berhenti di stesen kemudian penumpang mula turun seumpama melihat satu episod permulaan dalam drama bersiri yang mula mengetengahkan watak-watak utama. Kemudian keretapi bergerak semula setelah dinaiki penumpang dan hilang dari pandangan, saya umpamakan menonton satu penamat gembira bagi satu episod akhir telenovela yang panjang.

Di Bandar Triang, Pahang terdapat stesen keretapi yang dekat di hati saya. Kita boleh naik keretapi untuk sampai ke Gemas, Negeri Sembilan mahupun Tumpat atau mana-mana destinasi menghala laluan pantai timur.

Lama dulu saya pernah menetap di kawasan berdekatan stesen keretapi, lokasinya tidaklah terlalu hampir dengan railway cuma pada waktu malam jika lewat tidur saya dapat dengar bunyi keretapi berhenti dan bergerak dari stesen ini. Sungguhpun begitu pada sebelah siang hari tak dengar la pulak mungkin sebab suasana malam yang sunyi takpun saya jarang duduk di rumah. Bunyi keretapi waktu malam ni seumpama peneman setia saya yang memesan supaya jangan tidur lewat.







Wednesday 29 August 2012

Jom Ke Stadium

Malam tadi saya ke Stadium Darul Makmur menengok bola perlawanan Piala Malaysia antara pasukan negeri saya Pahang menentang pasukan Sarawak. Perlawanan yang berkesudahan Pahang menang 6-0.

Sebelum perlawanan, Pahang berada di tangga paling atas sekali kumpulan D berkongsi 4 mata dengan Sarawak. Pada perlawanan pertama 22 Ogos 2012 Pahang menang 3-2 ke atas pasukan T-Team di tempat sendiri dan seri 2-2 ketika berkunjung ke Stadium Shah Alam, Selangor pada 25hb Ogos yang lalu. Kemenangan ni tentulah mengekalkan pasukan Pahang menerajui kumpulan D dengan 7 mata.

Selepas ini Pahang akan berkunjung ke Sarawak pada 1hb September dan pada 4hb September nanti Pahang akan bertemu semula dengan Selangor di Stadium Darul Makmur. Haa jom kita semua penuhkan stadium meriahkankan Piala Malaysia 2012.

ni gol pertama, saya duduk jauh sangat.

Minit ke 32


Saya dapat tangkap gambar gol ke 3


Monday 13 August 2012

Lemang Mat Keroncong

Semalam saya bawa ibu bapa saya ke bandar. Mak dan Abah nak beli kuih raya. Dalam 'on the way' balik kami singgah jap kat tempat yang jual lemang namanye Lemang Mat Keroncong di jalan Tanjung Pasir sebab nak makan masa berbuka puasa. Lemang Mat Keroncong ni bagi saya memang popular sebab pernah masuk TV3 dan dapat liputan paper Sinar Harian. Rasanya tentulah sedap. Saya suka makan rendang daging jadi mak pun belanja la satu tupperware rendang daging.



nyum-nyum

Iklan BERNAS | Hari Raya 2012 (The Journey)

Menyentuh Hati ..