Monday 7 October 2013

Jalan-Jalan Kilang Teh Boh Sungai Palas Cameron Highlands

Saya sempat jalan-jalan di Kilang Teh Boh Sungai Palas Cameron Highlands tempoh hari. Sempatlah jugak tengok daun teh di proses di kilang tersebut termasuk snap beberapa gambo  yang saya rasa sangat menarik. Maklumlah saya memang minat minum teh terutama teh tarik. Dulu-dulu pernah terpikir jugak mcm mana teh dihasilkan di factory jadi kesempatan meninjau kilang teh Boh ni memang ..memang best la:)


Masuk kat kilang...

mula-mula dauh teh di uji dulu
mesen gelek daun teh
letak tray besar




Seperti Papan Tanda yang dipasang kat Kilang, Proses penghasilan Teh yang dijalankan ialah:

1. Makmal Menguji Daun Teh
2. Menggelek Daun
3. Pengoksidaan
4. Pengeringan
5. Pengasingan

Kat Kilang ni tak buat pembungkusan / pakajing. Semua tu buat kat kilang lain. Tak ingat pulak saya kat mane tapi ade Pengurus kat situ cite tp lupa pulak saya. 

Sememangnya Boh Ade Ummmmmmpppphhhh!!!!!!





Saturday 5 October 2013

Memanah Lagi Di Bukit Fraser

Rasanya ramai orang tahu untuk sampai ke Bukit Fraser kita boleh jalan ikut Negeri Pahang ataupun Negeri Selangor. Kalau ikut Selangor jalanlah ikut Kuala Kubu, Daerah Ulu Selangor yang belum pernah saya lalui. Dari Pahang pulak boleh masuk jalan dari Bentong ataupun Raub. Saya orang Pahang jadi ikut Bentong pastu jumpa simpang yang sama dengan jalan dari Raub. Pastu pening-peninglah sikit nak tuju sampai ke Bukit Fraser. Kenalah pulak saya memang tak tahan pening jalan jauh bengkang bengkok. Nak cite sikit Bukit Fraser ni bersempadanan sangat antara Negeri Pahang / Selangor. 

ni la garisan sempadan 2 negeri
Oleh sebab ade kerje sikit kat sini, jadi bolehlah pusing-pusing kawasan Bukit Fraser yang mana sempat lepas urusan keje setel tapi yg penting saya nak memanah lagi. Saya dan kawan-kawan tido kat Puncak Inn. Bilik yang saya ambik RM120 untuk satu malam dengan 2 katil bujang. Bilik dia siap ada kipas siling lagi. Sebab nak rasa puncak sangat saya tido di tingkat 4 pastu puaslah menapak turun naik. Nak breakfast menapak turun nak tido mendaki semula. Bagus sangat nak bako kalori.

terus snap kete ni
Orang ramai kata waktu malam kat sini tak banyak sangat aktiviti yang boleh dibuat, jadi saya melepak la sana sini melayan suhu sejuk hujan petang tadi selepas makan malam pekena tom yam yang boss belanja. Oh ya kalau nak main snooker boleh gi kat sebelah bangunan tempat orang daftar main golf depan Hotel Puncak Inn ni.

Kali ni Madi orang Raub bawak saya dan yang lain pergi ke air terjun Jerlau. Nak boleh sampai kesini boleh tahan jauh jugak sebab jalan tidak lebar sangat dan bengkang bengkok turun naik. Jumpa saya kuarters kakitangan swasta, kerajaan, sekolah dan banyak rumah tamu. Best jugak sampai ke air terjun, tempat perkhemahan suhu sejuk tu. 
kena jln kaki skit nk je waterfall
Seperti datang dulu aktiviti memanah memang saya suka sangat walaupun tak pandai pun. 
semua senyum walau arrows byk kelaut
Singgah Allans Water pun best gak menengok bot kayuh dengan bola bulat besar tu. Tapi rasa macam tak berani nak cuba la pulak masuk dlm bola tu, jadi tangkap gambo je la.
Kalau berani boleh try game bola bulat tu

jgn dtg lewat petang sbb tutup