Wednesday 29 February 2012

Lewat Tengok Persembahan Najwa Latif

Saya ke Kuantan Parade pada Ahad 26/02/12 sebab nak tengok persembahan nyanyian Najwa Latif yang popular dengan lagu Cinta Muka Buku tapi silapnya saya tiba lewat. Acara bermula pada pukul 3.00 petang, saya pulak hadir pukul 3.45 petang jadi dapat tengok peminat bergambar dengan Najwa Latif je la huhuhu. Hanya gambar di bawah sahaja yang sempat saya tangkap. Saya balik umah dengan perasaan hampa huhuhu.




Monday 27 February 2012

Halim Othman DJ Suria FM Di Kuantan Parade

Saya selalu jugalah dengar celoteh Halim Othman DJ Suria FM bersama-sama Nabil dan Kencana Devi waktu pagi time nak pergi kerja. Pada 25 Februari 2012 baru-baru ni Suria FM menganjurkan acara Suria Ceria-Oke Roadtour 2012 di Kuantan Parade. Ianya pertandingan karaoke yang disertai secara berduet dan kalau boleh penyertaan bersama ahli keluarga. Jika ahli keluarga tak nak joint boleh ajak kawan. Ikut jadual kat pentas acara bermula pada 12 tgh untuk pendaftaran penyertaan dan pertandingan bermula pada 2.45 petang. Acara ini mendapat sambutan warga Kuantan dan kawasan sekitarnya. DJ Halim Othman dan DJ Lin menjadi pengacara untuk program ini. Selain nyanyian para peserta, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan artis dari warner music. Saya pun hadir semata nak tangkap gambar Abang Halim.

Jom kita tengok photo DJ Halim Othman dan DJ Lin yang saya tangkap


Ramai peserta yang ambil bahagian, Kat meja tengah tu juri tau.



Thursday 16 February 2012

hehehe KFC

Wednesday 15 February 2012

Pertandingan Memancing Faizal Joran 12/02/12


Sekali lagi Faizal Joran 69 menganjurkan pertandingan memancing di Taman Tasik Bandar, Indera Mahkota, Kuantan pada 12 Februari 2012. Acara yang mendapat sambutan hangat 'kaki pancing' ini menawarkan hadiah lumayan wang tunai berjumlah RM25,000.00 untuk juara.

Bermula awal pagi lagi peserta telah memenuhi Taman Tasik Bandar

Secara keseluruhan cuaca semasa pertandingan berlansung adalah amat baik cuma hanya sekali hujan sederhana lebat turun itupun dalam tempoh masa beberapa minit memberi cabaran kepada para peserta.
Selain pertandingan memancing penganjur turut menyediakan aktiviti sampingan seperti pertandingan melukis/mewarna bagi kanak-kanak, cabutan bertuah dan pertandingan teka biji betik untuk pengunjung atau peserta.


Ikan yang berjaya dipancing
Tahniah kepada semua pemenang, peserta, pengunjung, dan penganjur. Ingat memancing ingat Faizal Joran.

Monday 13 February 2012

Murtabak Mengkasar

Majalah Libur Edisi Januari ada bercerita tentang Murtabak Mengkasar yang terletak di Kampung Mengkasar, Pekan.
Selepas baca tulisan tersebut terasa juga nak makan murtabak yang sedap dan popular ini memandangkan kali terakhir makan pada dua tahun lepas. Lama tu.. .Akhirnya pada petang 11 Februari 2012 saya sempat membuat program jalan-jalan cari makan saya sendiri semata-mata nak makan Murtabar Mengkasar.. Perjalanan dari Kuantan ke Pekan adalah dalam jarak 40km.


Sampai je Kedai Murtabak Mengkasar Hj Din yang berada di tepi jalan utama berhampiran persimpangan lampu isyarat Bandar Pekan, saya pun memesan Murtabak Mengkasar Biasa. ( Ada 2 jenis biasa dan special). Pengunjung yang ada boleh tahan ramai la juga. Sementara menunggu murtabak yang dipesan sampai, boleh hidu bau aroma mentega dan rempah ratus, betul la orang kata...boleh buat sesiapa sahaja yang datang terus lapar.
Tiba je murtabak yang di pesan apa lagi saya pun makan la. Rasa dia macam mana yek nak cite ....rasa dia memang sedap rasa berempah, tak sama dengan kebanyakan murtabak yang di jual di pasar malam. Memang terbaiklah. Harga bagi 1 Murtabak Mengkasar Biasa ialah RM 6.00.
(Teh Tarik 1+ Murtabak Mengkasar 1+ bungkus 1=Terbaiklah)

Berbaloi sungguh lah program jalan-jalan cari makan saya kali ini.

Friday 10 February 2012

Karnival Pengantin, Kerja Kahwin & Kesihatan di Kuantan Parade



Ianya diadakan tepat pada masanya di bulan Februari memandangkan pada bulan Mac nanti bermulanya cuti penggal persekolahan dan sepertimana yang kita maklum tempoh cuti tersebut merupakan pilihan bagi pasangan melangsungkan majlis perkahwinan.

Karnival ini di adakan pada 10 (jumaat) , 11(sabtu) dan 12 (ahad) Februari 2012 di Kuantan Parade. Para pengunjung yang hadir dapat melihat dengan jelas pelamin penuh gilang-gemilang di pondok pameran dari butik pengantin yang mengambil bahagian. Baju pengantin rekaan terkini pelbagai warna turut di pamer untuk tatapan bakal mempelai. Selain itu pakej fotografi dan rakaman juga ditawarkan pada kadar harga berpatutan.

Pengunjung boleh saksikan sendiri proses andaman dan solekan yang mentranformasikan wajah jelita pengantin dari juru solek dan andam berpengalaman.

Peragaan baju pengantin dari fesyen terkini turut di adakan untuk memudahkan pengunjung membuat pilihan busana mengikut tema yang sesuai.



Pakej katering sajian menu makanan dan cenderahati majlis perkahwinan turut di sediakan untuk pilihan pengunjung.

Kek kahwin pun ade

Pelbagai rekabentuk kad undangan / jemputan kahwin yang unik dan trendy disediakan untuk pilihan pengunjung di tawarkan pada harga dan kuantiti yang mampu dimiliki.
kad kahwin facebook tu...


Jadi kepada semua bakal pengantin saya syorkan hadir kerana semua keperluan disediakan di bawah satu bumbung.



Thursday 9 February 2012

The Force: Volkswagen Commercial


ni iklan lama...tapi seronok pulak tengok sempena panggung nak tayang cite Star War 3D

Wednesday 8 February 2012

Beli Cempedak di Maran

Kalau lalu dekat jalan Kuantan-Maran, mesti jumpa gerai jual cempedak dekat Kampung Ulu Luit.


Gerai Makcik ni menjual pelbagai jenis cempedak terdiri pelbagai jenis buah warna kuning isi tebal, warna oren banyak ulas/biji dan warna putih yang manis.
Saya andaikan buah sini bukan dari jenis pokok kampung sebab bau dia agak kurang kuat dari buah cempedak kampung.
Balik ni boleh la buat cempedak goreng.

Thursday 2 February 2012

Bagaimana Tar / Premix Di Hasilkan


1. Batu yang besar dipecahkan & dihancurkan, kemudian ditapis serta di asingkan mengikut saiz sebagai contoh (debu halus, 10mm, 14mm, 20mm, 28mm & 40mm)

2. Kemudian batu mengikut saiz ini di letakkan di dalam bin

3. Selepas itu mengikut sukatan tertentu  ianya dimasukkan ke dalam Drum Plant untuk dikering dan     dipanaskan



4. Bitumen akan dimasukkan pula ke dalam Drum Plant

5. Filler (Bahan Tambah) dimasukkan juga ke dalam Drum Plant

6. Semua bahan-bahan ini (Batu-batu pelbagai saiz+Bitumen+Filler) akan digaul-gaulkan dalam keadaan panas.

7. Selepas itu premix pun siap dan boleh dihatar ke tapakbina.

Nota: Proses ini adalah berdasarkan Drum Plant. Ianya tidak tepat sepenuhnya dan sebagai gambaran ringkas sahaja.