Wednesday 31 October 2012

Makan Sata dan Otak-Otak Di Rompin

Saya dan ahli rombongan sepejabat di bawa ke sebuah kedai makan di Pantai Bernas yang sediakan sata dan otak-otak yang amat best. Saya tak tau pulak nama kedai makan ni tapi apa yang pasti air ABC dan cendul kat sini pun sedap jugak. Inilah kali pertama saya makan sata dan otak-otak ‘made in Rompin’. Siap ada otak-otak udang pulak tu. Sedap sangat. Kebiasaannya saya makan di Kuantan dan Kemaman. Khabarnya kedai ni penuhi pengunjung pada hari cuti sebabnya ramai orang nak turun ke laut di jeti berdekatan kedai. Nak ke sini mula-mula kena cari jalan ke padang golf Lanjut, pastu jumpa Kampung Bernas pandu kedepan lagi jumpa Pantai Bernas.
ni lah kedainye
otak-otak dan sata yang sedap betul
Ini cendol kacang
jeti


Monday 22 October 2012

Beli Udang Galah Rompin

Minggu lepas saya ke Rompin dan sempat beli sekilo Udang Galah. Udang Galah dijual berdasarkan gred dan saiz. Yang bestnye udang ni siap ade telur lagi. Isi udang memanglah manis, campur telur bertambah lagi lah manisnye. Saya terdorong untuk beli selepas menonton satu episode Majalah Tiga yang siarkan cite tangkapan udang galah. Sebelum ni kalau ke Rompin tak pernah beli pun. Saya jumpa kedai yang jual Udang Galah ni selepas diberi tahu oleh Tuan Kedai Makan di RNR Rompin. Kedai ni tak berapa jauh dari persimpangan jalan Leban Chondong.






Friday 19 October 2012

Melaka River Cruise

Ahad lepas saya ade di Bandaraya Bersejarah Melaka. Waktu malam selepas makan mee goreng mamak di restoren terbuka tepi jalan penuh dengan student IPTA, saya pun terus ke Pirate Park. Bagi saya Pirate Park ni tempat lepak keluarga yang best di tepi Sungai Melaka serta sesuai untuk budak kecik sebab ade buai macam eye on Melaka, rumah hantu, tempat lompat-lompat tinggi dan paling saya suka ada bot Melaka River Cruise.


Masa beli ticket di sini jurujual syorkan kalau nak naik bot awal, boleh naik di Jeti Taman Rempah sebab bot River Cruise start gerak pukul 9. Saya ambik keputusan untuk tunggu jelah sebab 30minit je lagi. Duduk di atas kerusi panjang sini pun ok jugak sebab boleh tengok gelagat orang ramai termasuk bot River Cruise yang penuh penumpang dari jeti lain lalu lalang.


Ticket bagi Melaka River Cruise ni RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi bebudak. Perjalanan bot ambil masa 45 minit susuri sungai yang penuh dengan lampu warna warni di sepanjang laluan. Terang abis rumah di Kg. Morten, bangunan-bangunan lama yang dilukis mural cantik, jambatan yang disuluh lampu, pokok bakau, kincir air dan macam-macam lagi. Siap ade restoren mengadap sungai pulak tu. Oleh sebab saya naik di Pirate Park, bot pergi dulu ke Kg Morten hingga ke Jeti Taman Rempah. Selepas itu bot lalu semula ke Kg Jawa, Padang Nyiru sampai Jeti Muara. Jeti Muara ni dekat sangat dengan muzium kapal sebab nampak besar sangat kapalnye. Lepas tu balik semula ke Pirate Park.


Sepanjang perjalanan kami didengarkan info-info dan lagu-lagu selingan menerusi audio bunyi yang dipasang di dalam bot. Betul pulak tu timing dia masa beri info di setiap lokasi yang di lalui. Kat Melaka ni saya tido di Hotel Orkid, harga biliknye RM150 dan goverment rate RM140, saiz biliknye boleh tahan luas jugak. Nanti kali kalau ke Melaka semula saya nak cuba Melaka Duck Tours pulak.

Tuesday 16 October 2012

Susuri Sungai Kuantan Dengan Kuantan River Cruise

Oleh sebab tak sempat naik bot di Taman Tamadun Islam (TTI) River Cruise kat Kuala Terengganu tempoh hari, jadi dengan selamba pada hari cuti lepas saya naik bot Kuantan River Cruise. Mula-mula sekali beli ticket di jeti Shahbandar kat Esplanade yang berharga RM18 untuk dewasa.  Bagi bebudak ticket berharga RM15. Jeti Shah Bandar ni juga bersebelahan dengan pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan berdepan dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Saya ambik trip paling awal pukul 11.30pagi. Kena daftar dulu rupanya kalau nak naik bot kat buku yang disediakan. Agaknya sebab nak susun penumpang. Hari cuti sabtu rupanye ramai yang nak naik bot macam saya.
Jetty Shahbandar


Perjalanan susuri Sungai Kuantan ambil masa lebih kurang 40minit. Abang yang memandu bot turut memberi penerangan berkaitan lokasi yang disusuri seperti aras sebenar air sungai di kawasan paya bakau, burung helang putih, pantai-pantai seperti Pantai Taman Gelora dan Teluk Chempedak termasuk kapal-kapal di kawasan perkampungan nelayan dan tempat makan yang best contohnya restoren yang sediakan menu gulai patin masak tempoyak, ikan bakar kat Tanjung Lumpur dan macam-macam lagi la. Kalaun nak tanya pun boleh nanti abang pemandu bot jawab dengan mesra sekali.

Jambatan Tanjung Lumpur
Baru la saya tahu rupanya kapal nelayan turut dikenalpasti berdasarkan warna sebagai contoh kapal nelayan Pahang warna kuning manakala kapal nelayan Kelantan warna Merah (selain nombor plate kat bot tu sendiri). Nak parking kapal pun kena ada tempat dia, tak boleh main letak rupanya dan sebelum ke laut kapal nelayan bawa air batu dari kilang air batu dipesisir sungai rupanye.
Kami lalu sampai lepasi bawah Jambatan Tanjung Lumpur dan terus berpusing balik bila berdekatan dengan Fire House. Kalau jalan terus, nanti terus sampai Laut Cina Selatan.


Waktu operasi Kuantan River Cruise ni bagi hari Sabtu dan Ahad ialah 11.30pagi, 1ptg, 2ptg, 4ptg, 6.30ptg, 8mlm dan 9mlm. Hari Jumaat pun sama cuma tiada operasi pukul 1ptg. Hari lain waktu operasi pukul 2.30ptg sampai 8malam kecuali hari Rabu sebab tutup, kecuali cuti sekolah & cuti umum. Kuantan River Cruise memang best.

Friday 12 October 2012

Tribute To My Iswara

Saya ada Iswara c.c 1.3 tahun 1998 yang tentunya telah melepasi zaman kegemilangan. Kereta kesayangan inilah yang digunakan secara intensif untuk aktiviti harian serta kegunaan kerja. Sepanjang menggunakan Iswara saya ni ianya tak pernah menghampakan dan tidak memberi masalah pun. Seingat saya antara trip jauh bersama-sama iswara berjasa ni adalah ke Kota Bharu, Kuala Terengganu, Cameron Highlands dan KLIA. Iswara ni juga telah jelajah banyak laluan jalan persekutuan di daerah dalam Negeri Pahang.
Agaknya disebabkan faktor usia, iswara dah mula diserang sakit-sakit tua. Kadang kala ianya susah nak hidup dan rasanya bukan berpunca dari bateri yang dah kong. Radio boleh di on setelah kunci dipulas. Dan inilah yang memeningkan kepala. Saya faham barang dah lama tentulah banyak komponen yang perlu ditukar. Bulan lepas saya baru je ganti radiator. Radiator lama dah bocor macam kertas turas. Tempreture asyik hot je. Saya kena tambah air setiap hari sebelum pergi dan balik dari pejabat.
Tahun 2012 pulak distributer dah tukar baru selepas tak boleh nak hidup. Masa tu pada bulan puasa, berpeluh jadinya sebab tukar sendiri bateri dan plug waktu tengah hari. Padahal sekali tengok je pomen dah boleh kesan barang lain yang rosak. Sebelum tu ekzos asyik kuar asap putih macam pakai motor enjin 2 lejang guna 2T bukan low smoke masa tekan minyak. Saya dah minta pomen baiki masa tukar timing belt ari tu.
Oleh sebab saya dah beli MPV kompak, iswara dah kena turun pangkat dan tak dapat duduk di garage rumah. Saiz dan ruang parking kat rumah terhad. Iswara terpaksalah berembun sebab kena parking dimerata tempat tak berbumbung. Menariknya Pomen pernah puji iswara ni kerana pandai jaga tuannye kerana hanya rosak selepas diparking di sekitar kawasan rumah. Bagi saya ada betulnya pandangan Pomen ni. Apa-apapun sebetulnya saya memang sayangkan Iswara saya ni.



Friday 5 October 2012

Restoran Popular Menu Ikan Patin

Jika terasa nak makan ikan patin secara tiba-tiba semasa bawak kereta ke Kuala Lumpur  dari Kuantan lalu jalan lama (FT02 Kuantan-Kuala Lumpur) tak ikut Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan telah berada di daerah Temerloh jadi bolehlah singgah ke Restoran S.Z.Rahmah yang memang terkenal dengan masakan menu ikan patin yang sangat sedap. Kedai makan ini mudah dikenalpasti sebab bersebelahan dengan stesyen minyak BHP sebelum sampai Hospital Besar Temerloh. 

Restoran ni kebiasaannya ramai sangat pengunjung jadi kalau nak datang ke sini kena datang awal yek takut lauk ikan patin habis nanti kalau sampai lewat sangat.

 Tengok tu... ekor ikan patin terkeluar dari pinggan. Nyum-Nyum


Tuesday 2 October 2012

HawkEye vs Green Arrow

Bulan lepas saya langgan Astro Best nengok Movie Marvel Avengers. Memang best sangatlah citenye kerana watak-watak hero utama Iron Man, Hulk & Thor bergabung lawan aliens nak takluk bumi sedangkan sebelum ni mereka hanya beraksi dalam movie masing-masing.

Dalam syok menonton tu, saya tertarik dgn watak Agen Barton a.k.a Hawk Eye yang mempunyai kemahiran memanah ditahap maksima. Setahu saya watak adiwira yang terror sangat memanah setaraf Robin Hood cuma Green Arrow je. Green Arrow ni saya selalu lihat muncul dalam rancangan karton Justice League Unlimited ataupun cite Smallville. Waa baru saya tahu rupanya ada sorang lagi watak hero memanah.

Hawkeye


Green Arrow

Bagi mendapatkan lebih kefahaman saya pun googlelah dan baru saya tahu Hawk Eye dan Green Arrow adalah 2 watak adiwira yang berbeza dari segi latar belakang, anakpanah, busar dan costume, yang sama hanyalah kehebatan skill memanah.