Wednesday 23 January 2013

Do You Find Me Attractive?

He he he...Boleh tak kita tanya kawan-kawan,  takpun orang ramai dengan soalan adakah diri ni menarik, menawan, hensem, kacak, cantik, anggun dan mempersona serta seangkatan dengannya secara terbuka dan berterus terang? Agaknya apa respon dan jawapan yang di terima selepas soalan tadi ditanya. Jom kita layan klip youtube Do You Find Me Attractive?


Wednesday 16 January 2013

Photo Menteri Kerja Raya Di Maran

semasa lawatan tapak
bertanya khabar

Tuesday 15 January 2013

Surat Khabar Utusan Malaysia Lawatan Menteri Kerja Raya di Maran

Jumaat lepas saya ke Maran dan turut berada di tapak semasa Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor membuat lawatan kerja. Jadi saya nak lampirkan surat khabar Utusan Malaysia berkenaan lawatan yang dibuat. http://utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130112/dn_18/RM1066-juta-baiki-jalan-rosak

RM106.6 juta baiki jalan rosak


Shaziman Abu Mansor (tengah) melawat kawasan jalan yang mendap akibat kerap dilanda banjir di Kampung Teras, Luit, Maran, Pahang, semalam. - utusan/Mahathir Ali
MARAN 11 Jan. - Kerajaan memperuntukan RM106.6 juta bagi menyelenggara dan membaiki jalan yang rosak akibat banjir di tujuh negeri sejak Oktober hingga 5 Januari lalu.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, daripada jumlah itu, Terengganu mendapat paling banyak peruntukan iaitu RM40 juta, diikuti Pahang (RM23.6 juta), Perak (RM12.75 juta), Kelantan (RM9.27 juta), Kedah (RM3.37 juta), Negeri Sembilan (RM3.2 juta) dan Melaka (RM2.7 juta).
"Pada bencana banjir kali ini, kementerian mengambil langkah proaktif tidak menunggu kawasan yang dilanda banjir menghantar laporan tetapi sebaliknya telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri dan syarikat konsesi untuk membaiki segera jalan yang rosak," katanya.

Thursday 3 January 2013

Sogo, Ikea dan Zoo Negara


Selamat Tahun Baru 2013. Tak lama dulu lepas menonton satu episode Discovery Channel Mega Factory kisah kilang ikea kat Sweden, saya pun berasa nak ikea. Jadi saya ambik cuti tersepit sebelum krismas baru-baru ni. Drive la satu family ke KL. Sampai je Kuala Lumpur mula-mula kami singgah Sogo dulu. Nasib saya baik sebab dpt parking kat Pertama. Hari tu boleh tahan ramailah orang bershopping kat Pertama dan Sogo. Sempena Year End Sale wife nak shopping baju kat Sogo.
kat Sogo
Esoknya dari Sungai Buloh (umah mak long & pak long Mirul) tempat kitaorang tido, barulah kitaorang ke ikea. Sampai kat ikea nak masuk parking pun jem sama macam kat Pertama semalam. Agaknya orang nak beli hadiah krismas kot, itu yang ikea penuh sesak. Terlintas pulak nak makan bola daging yang diorang kata sedap, tp sayangnye bila sampai tempat makan punya lah ramai sampai baris panjang pastu xde tempat duduk yang kosong. Jadi hasrat utk makan meatball terbantut la.

tahun depan nak dtg sini pulak kidzania

beli kete dan keteapi, tp keteapi lukman hilangkan.

Sebelum balik ke Kuantan pada hari last kami singgah dulu ke Zoo Negara. Melawat Zoo pd ari cuti Krismas memang sempoi jugak dan anak-anak comform seronok. Sampai je umah selepas penat hilang saya terus cuba pasang almari kaca hiasan yang di beli. Mujurlah dgn bantuan Abang Malek jadi juga seperti yang di pamer di ruang pameran ikea.

detolf. boleh letak kete ferrari

singa yg tgh melepak