Saturday, 8 June 2013

Beli Mainan Robot Berjalan Di Jom Heboh

Jam 8 malam tadi saya pergi menengok Jom Heboh di Kuantan. Jalan malam kesana sedap sikit sebab tak panas berbanding cuaca siang. Anak saya yang nak datang sangat, saya ikutkan sahaja kehendaknya. Petang tadi hujan turun lebat sangat di kawasan rumah jadi saya kuatir padang Jom Heboh belecah walaupun jarak rumah ke Bandar Kuantan jauh jugak. Tetapi bila sampai keadaan kat sini ok je dan tak berlecah sangat. Penganjur TV3 prihatin dan telah menyediakan papan plywood memudahkan pengunjung lalu lalang di sepanjang gerai yang ada. Saya lihat pengunjung dari pukul 8 sampai nak ke pukul 9 malam makin bertambah ramai je. Agaknya macam saya kot lebih selesa datang time malam. Kedatangan saya kali ni melengkapkan rekod tak pernah miss datang ke Karnival Jom Heboh di Kuantan setat dari penganjuran pertama dulu yang namanye Sure Heboh walaupun tak pernah tengok konsert dia.

Kali ni abang taknak mainan pistol buih tetapi robot berjalan pulak. 1 robot tu rege dia RM10. Pastu saya kena beli 2 untuk abang dan adik sekali. 




2 comments:

  1. salam singgah sini pulak he3..owh hari tu kat putrajaya tak dan nak pergi padahal dah dekat benor dengan rumah,cuaca panas anak2 pun malas nak keluar he3..dah lama tak pergi.suka jugak sebab ada diskaun macam2 produk he3..

    ReplyDelete
  2. wsalam, tq sebab singgah...bnyk produk jual harga diskaun, sy beli minyak wangi SG Men Brave 100ml harge RM15 je :)

    ReplyDelete