Sunday 23 June 2013

Menonton Le Mans 24 Hours di TV dan PC pt1


Tadi buka TV Channel 814 Astro selepas malas nak nonton cerita dari channel lain dan tertonton la live perlumbaan 24 Hous Le Mans yang telah berlumba selama 2jam (masih ada baki 22 jam lagi tempoh perlumbaan). Dekat Le Man Perancis perlumbaan ni start pada pukul 3 petang manakala waktu Malaysia pula dalam jam 9 malam. Masa saya tengok tu kedudukan terkini ialah no 1-Toyota, 2-Audi dan 3-Toyota. Selain boleh tengok kat TV, saya boleh juga tengok live kat PC melalui laman web http://www.24h-lemans.com/live/en/.

Saya tentulah bukannya orang yang arif pasal motosport ni tapi masih nak cite serba sikit pasal perlumbaan Le Mans yang berlumba selama 24 jam (1 hari) dengan jumlah pusingan terbanyak dikira pemenang. Terdapat 3 orang pemandu bagi sebuah kereta lumba. Terdapat pulak 3 kategori kereta lumba yang berlumba dalam acara perlumbaan ni iaitu pertama LM P1. Pasukan yang femes ialah Audi dan Toyota. Rupa bentuk kereta Toyota seperti gambar di bawah:
sumber wikipedia




Bentuk kereta lumba kategori LM P2 adalah kecil sikit dari LMP1 tapi takde bumbung. Bentuk kereta LM GTE pulak macam kereta lumba Grand Touring biasa dan pasukan bertanding Porsche, Covette, Ferrari dan Aston Martin. Manakala kategori LM GTE Am saya tak tau rupanye camne. Pada tahun ni ada 56 buah kereta yang berlumba dan sebelum saya masuk tido kedudukan terkini adalah 1. Audi LM P1 driver A.Lotterer, 2. Toyota LM P1 Antoni Davidson (bekas pelumba F1 pasukan Honda) dan 3. Audi LM P1 driver Alen Mcnis (pernah belumba dgn pasukan F1 Toyota).


No comments:

Post a Comment