Sunday, 26 October 2014

Jom Naik AirBoat di Taman Bandar Kuantan


Di Taman Bandar Kuantan ade tarikan terbaru iaitu airboat bermula operasi pada 1 Oktober 2014. Sebenarnya saya baru perasan sebab lama tak berjoging kat sini. Bagi saya airboat ni bot yang ade kipas kat belakang. Sempoi sangat jadi selain dari aktiviti berjoging takpun aktiviti berjalan kaki keliling tasik seperti yang saya dah lama tak buat, pengunjung macam saya boleh la try Air Boat ni pulak. Bebudak tentu suka sangat.

Harga ticket RM10.00 untuk dewasa dan bebudak RM5.00 tapi buat masa sekarang harga masih promosi iaitu RM8.00 dan RM4.00 tapi saya tak tau la pulak tempoh promosi sampai bila. Lupe pulak nak tanya akak yang jual tiket kat pondok ticket. Waktu operasi hari Isnin hingga Jumaat 3ptg-7ptg. Sabtu & Ahad 10 pg hingga 7 ptg. Tempoh anggaran masa pusing kawasan Tasik Bandar ialah 15 minit.

Jadi cuti baru baru ni saya bawaklah abam untuk naik airboat ni. Boleh tahan ramai jugak orang yang tengah beratur tunggu giliran. Seronok bukan main la Abam dpt tengok kepala biawak timbul tepi tebing tasik. Saya pun seronok jugak sebab selama ni duk lari keliling tasik, tapi kali ni berada betul betul tengah tasik. Memang sempoi. Terima Kasih pihak MPK yang merialisasikan airboat ni. :)

Terbaik :)

Beso kipasnye

Abam buat muke rileks




No comments:

Post a Comment