Wednesday, 10 April 2013

Hotel Leo Palace Yg Sy Suka

Saya selalu sgtlah tido di Hotel Leo Palace jika ade urusan keje di K.Lumpur. Hotel ni dekat dewan 1&2 PWTC, dekat juga dengan Grand Pacific Hotel di jalan Ipoh. Jarak Ibupejabat saya dengannya tak jauh manapun, hanya amik masa kurang 30 minit perjalanan dengan kete. Kalau ade kursus yg start 9.00pg, saya masih sempat berbreakfast di hotel dulu dan mula gerak area 8.30pg, gerenti sampal awal tempat kursus. 

Bestnye bilik paling murah hanya RM98 dgn katil saiz queen. Nak katil double single pun ade. Sesuai sgt dgn   budget, dan pendapatan saya yang tidak dikenakan cukai pendapatan. Petak letak kete di sediakan di depan hotel, banyak lah jugak. Time nak makan malam, ada gerai makan di buka di atas jalan berdekatan kawasan hotel.Restoran pun ade kat depan hotel je.

Oleh kerana selalu sangat sewa bilik murah hotel ni, saya rasa macam bosan pulak nak sokmo menginap kat sini. Apapun nanti kalau ke KL saya rasa nak cuba hotel lain la pulak.






No comments:

Post a Comment