Friday 27 April 2012

Pertandingan Memancing Di Taman Tasik Bandar Pada 22/04/12

Pada 22hb April 2012 saya berkesempatan menyaksikan pertandingan memancing anjuran Faizal Joran di Taman Tasik Bandar Indera Mahkota, Kuantan. Saya dapat lihat di sekeliling tasik penuh sesak dengan peserta yang selayaknya digelar 'kaki pancing' kebanyakannya datang bersama-sama ahli keluarga turut memberi sokongan. Pihak penganjur menawarkan hadiah paling lumayan wang tunai berjumlah RM40,000.00 kepada juara. Banyak tu.



penuh dengan batang joran




Dalam tengah melepak tu saya sempat tangkap gambor ikan keli yang berjaya dipancing oleh peserta ni.




Friday 20 April 2012

Larian Paya Pahang Tua 2012

Seperti biasa kalau saya ada banyak masa untuk dibazirkan pada sebelah petang selepas tamat waktu kerja saya mesti sedaya upaya menyahut seruan kempen berjalan 10,000 langkah sehari di Taman Bandar, Indera Mahkota, Kuantan.

Menariknya baru-baru ni saya baru perasan ada kain rentang berkaitan Larian Paya Pahang  Tua 2012 . Waaa ni bagus ni. Saya pun terus teruja nak join larian ni. Memang saya tahu saya tak de harapan nak dapat tempat ke dua puluh apatah lagi nak jadi juara memandangkan saya memang tak pernah memenangi apa-apa pingat ataupun piala berkaitan pertandingan olah raga pada zaman sekolah dulu. Cuma nak join sebab nak rasa semula feel menyertai pertandingan larian macam merentas desa seperti zaman sekolah dulu-dulu. Lagipun saya memang suka tengok pemandangan sawah padi.

Dalam sehari dua lepas tu saya mula berlatih dengan berjoging mengelilingi tasik Taman Bandar ni. Dah siap beli pisang montel untuk persediaan masa hari larian tu nanti. Try makan pisang sikit pastu berlari. Saya buat ni kerana taknak beri perut kosong memandangkan masa larian nanti saya mesti tak sempat breakfast sebab jarak perjalanan dari rumah saya ke Pekan jauh jugak dan larian akan bermula 7.30 pagi.

Dipendekkan cite, pagi tadi isteri saya beri tahu pada 28.04.2012 nanti Tadika anak saya akan adakan sukan. La lupa pulak saya pada tarikh tersebut anak nak bersukan. Sebagai Ayah saya kena la beri sokongan kat anak saya. Hampalah harapan saya untuk sertai program larian ini. Jadi kepada sesiapa yang mempunyai masa yang terluang pada 28.04.2012, sertailah acara larian ni. Untuk maklumat dan keterangan lanjut bolehla rujuk laman blog ni http://larianpayapahangtua.blogspot.com/


Monday 16 April 2012

Tidak Padan dan Tidak Sepadan

bukannya ku tidak suka sama kamu
tapi aku takut hidup kau kan sengsara
kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain.


Peraturan Baru Futsal Yang Baru Saya Tahu


Minggu lepas saya main futsal (sebagai pemain simpanan) sempena pertandingan futsal antara level bangunan pejabat. Barulah saya tahu 2 peraturan baru futsal.

1. Jika bola telah keluar dari garisan padang/court (bola out), kita boleh ambil sepakan dari luar garisan court dan tak semestinya kena letak bola betul-betul di atas garisan (line).

2. Sepakan permulaan di tengah-tengah bulatan court tak boleh terus sepak. Kena sentuh dulu bola tu (dengan kaki la) dan pastikan ia bergolek dan baru lah boleh shoot.

ooo begitu rupanya. Kalau saya salah kena maklumkan saya semula sebab saya tak berapa dengar sangat semasa penerangan sebelum perlawanan dimulakan tempoh hari.











Monday 9 April 2012

Parit Buntar Ke Dataran Lang

Saya snap gambar tempat rekriasi dan riadah yang cantik di Kerian, Parit Buntar ini.


nampak tak jambatan....papantanda sempadan Negeri Perak ada di Jambatan tu


Disebabkan saya tak memandu laju dalam jam 11pagi barulah saya tiba ke Jeti Kuala Kedah. Semasa tercari-cari tempat simpan kereta, adalah seorang ni yang tunjukkan saya tempat letak kereta. Saya pun ikutlah. Bayaran dikenakan sebanyak RM20/hari tak berbumbung dan berpagar lak tu. huhuhu
Ooo ni la Jeti Kuala Kedah


Kalau nak ikut saya boleh naik feri lebih awal tapi nak makan tengahhari di Kuala Kedah ni. Dekat kawasan sekitar jeti ni banyak kedai makan. Jika taknak makan nasi boleh cuba laksa takpun laksam. Garenti sedap. Suasana di sini sangat selesa sekali bagi saya. Penduduk kat sini sangat ramah dan ada yang bertutur dengan loghat utara.



 Saya beli tiket feri ke Langkawi  pukul 1.30 petang. Perjalanan naik feri ambil masa satu jam setengah jadi sampai ke Langkawi pukul 3.00 petang.


feri dah sampai

beg susun sendiri tau..boleh tengok cite adnan sempit 2

dah sampai

Di Langkawi saya duduk di Hotel Baron. Masa sewa teksi beri tahu abang teksi Hotel Baron dekat pasar malam tapi abang teksi maklumkan pulak hotel bendera. Hotel ni di kawasan bandar Kuah Langkawi jadi mudahlah nak bershoping, boleh jalan kaki je dari hotel.
memang hotel bendera pun

jambatan tu bila malam bercaya
luas gak biliknya..coyote pun suka

Waktu petang saya pun ke bangunan Haji Ismail Group. Nak beli beg besar. Tak ambil masa lama pun jalan kaki dari hotel dan selepas tu naik teksi ke Dataran Lang. Lokasi wajib tangkap gambar bila sampai Langkawi.

kat sini macam-macam ada, pinggan mangkuk, coklat, beg besar, kain batik


dataran Lang

memang besarpun helangnya





Thursday 5 April 2012

Saya & Coyote Di Parit Buntar

Saya ke Langkawi selepas dapat arahan Boss . Bertemankan Coyote Road Runner saya mula bertolak pada 1hb April jam 10 pagi selepas sarapan pagi di rumah.


Coyote taknak pakai tali pinggang, saya dah suruh tapi dia degil

Nak kira kami tahu sangat jalan ke Langkawi tidaklah jugak, kami tak arif pun main redah aje. Tetapi sebelum pergi saya dah buat kajian sikit termasuk print beberapa peta google arah jalan ke jeti Kuala Kedah. Saya drive ikut Lebuhraya Pantai-Timur (LPT) ke Genting Sempah. Lepas tu terus panjat bukit Genting sampai kat round about lepas tu turun menghala Batang Kali kemudian masuk ke Lebuhraya Utara Selatan (E1). Nampak papantanda Alor Star kira  betul la tu.


Coyote nak bergambar dengan papan tanda sebelum panjat bukit Genting

370KM lagi, Jauh tu

Lepas lama drive perutpun mula lapar, saya pun behenti rehat kat RNR Tapah (arah utara). Boleh tahan ramai jugak orang kat RNR ni agaknya sebab cuti hari Ahad kot. Ramai orang balik kampung time cuti. Lepas makan nasi ayam madu perut pun kenyang, boleh la sambung drive tapi masalahnya rasa mengantuk la pulak.



makan nasi ayam madu + milo…minuman sukan

Bawak punya bawak kerete tengok jam dah pukul 6 petang cuaca pula macam nak hujan lebat je.  Nak sampai ke Alor Star jauh lagi, nak lepas George Town agaknya time petang begini mesti jem. Jika sampai malam  di Bandar Alor Star mesti saya pening sebab baru nak tercari-cari hotel, jadi kami ambil keputusan exit susur ke Bandar Baharu/Parit Buntar. Boleh cari hotel murah pada waktu dan time mata tengah cerah lagi. Kakak Juru Tol ni cerita kat saya Bandar Baharu ni kira unik tau sebab ada tiga sempadan negeri iaitu Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Di Parit Buntar saya tidur di Parit buntar Inn. Sebelum tu saya berhenti tangkap gambar menara jam di persimpangan bulatan dan makan char kuey teow Omaq.

kita boleh tengok sawah padi menghijau semasa menghala ke Parit Buntar.

Menara Jam Merdeka di round about Parit Buntar. Cantik.

 Dekat Menara Jam ni ada tempat makan jual char kuey teow.


Esoknya ingatkan nak bertolak awal lepas-lepas subuh tetapi terfikir pulak baik saya breakfast dulu yang Parit Buntar Inn sediakan. Selepas makan mee goreng dengan roti sapu jem barulah saya gerak semula ke Kuala Kedah. Pagi begini baru perasan ada lokasi rekriasi dan riadah yang cantik kat Parit Buntar. Ramai orang berjogging, berjalan dan taichi.