Monday 16 April 2012

Peraturan Baru Futsal Yang Baru Saya Tahu


Minggu lepas saya main futsal (sebagai pemain simpanan) sempena pertandingan futsal antara level bangunan pejabat. Barulah saya tahu 2 peraturan baru futsal.

1. Jika bola telah keluar dari garisan padang/court (bola out), kita boleh ambil sepakan dari luar garisan court dan tak semestinya kena letak bola betul-betul di atas garisan (line).

2. Sepakan permulaan di tengah-tengah bulatan court tak boleh terus sepak. Kena sentuh dulu bola tu (dengan kaki la) dan pastikan ia bergolek dan baru lah boleh shoot.

ooo begitu rupanya. Kalau saya salah kena maklumkan saya semula sebab saya tak berapa dengar sangat semasa penerangan sebelum perlawanan dimulakan tempoh hari.











No comments:

Post a Comment