Monday 25 June 2012

Gua Tongkat di Taman Warisan Kota Gelanggi

Saya diminta menengok jentera dan aktiviti turapan premix di lokasi yang berhampiran dengan Taman Warisan Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang.

Dalam tempoh masa singkat yang terluang, saya dan rakan-rakan sempat melawat Gua Tongkat di Taman Warisan Kota Gelanggi ini. Di sini ada banyak gua dan Gua Tongkat adalah yang pertama kita akan jumpa. Semasa kami sampai, kami disambut dengan mesra oleh Abang Hisham yang merupakan pemandu pelancong yang ramah serta sangat arif tentang kawasan disini. Beliau menerangkan banyak perkara menarik berkenaan Gua Tongkat dan turut menunjukkan bebarapa batu gua yang menyerupai pelbagai bentuk seperti anak gajah, sauh dan kapal. Menurut Abang Hisham lagi Gua Tongkat pernah menjadi lokasi pengambaran Filem 'Sumpah Semerah Padi' dan 'Ahmad Albab'. Waaa Menarik Sungguh.

Ini baru satu gua, kat sini ada banyak lagi gua yang menarik untuk kita semua kunjungi. Jadi pendapat saya, lokasi ini memang sesuai dan patut dikunjungi bagi mereka yang menghargai  alam sekitar, kehijauan pokok dan aktiviti lasak seperti jungle tracking.

Saya turut link kan info Gua Kota Gelanggi dari Wikipedia untuk makluman kita semua. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kota_Gelanggi



Ini bukan lalu pintu gerbang, tetapi lalu menerusi gua.



Keadaan disini sangat bersih.

Nak berkhemah pun boleh disini
Nampak tak anak gajah

damai sungguh suasana disini

Wednesday 13 June 2012

Stadium Darul Makmur Berwajah Baru

Malam tadi saya sertai pertandingan olahraga tertutup jabatan yang diadakan di Stadium Darul Makmur . Jadi dapatlah saya lihat keadaan terkini Stadium Darul Makmur yang berwajah baru dan amat cantik sempena SUKMA di Negeri Pahang yang akan berlansung pada 7 hingga 16 Julai 2012.





ni gambar Stadium Darul Makmur sebelum ini, saya ambil semasa perlawanan bolasepak Piala Malaysia, Pahang lawan Terengganu rasanye.





Monday 11 June 2012

Master Chef Selebriti di Kuantan

Astro mempromosikan program Master Chef Selebriti di Kuantan bertempat di Kuantan Parade pada 9hb Jun 2012 hingga 10hb Jun 2012. Saya memang suka sangat tengok program ni di TV walaupun tak pandai memasak dan hanya pandai makan sahaja. Saya sempat hadir pada 10hb Jun 2012 menangkap beberapa keping gambar untuk diisikan dalam laman blog ini.

jam tu..

Tomok tu..
Santan rendah lemak


bahan-bahan masakan

Penganjur buat program pertandingan masakan ...pengunjung yang hadir boleh mencuba masakan yang telah dimasak

ni sedap, telur goreng masak percik..


Azwan Ali turut hadir

Abang Azwan Ali sangatlah sporting melayan semua peminat dengan ramah dan mesra.
ni waktu rehat jam 1.00 ptg ...program sambung semula pada jam 2.00 petang




Tuesday 5 June 2012

Motor 150cc Yang Saya Suka

Pada pendapat saya tahun 90an dahulu merupakan era gemilang bagi motosikal 2 lejang (pakai minyak 2T) berkuasa 150cc. Jika dikenang semula Honda Raiders dan Suzuki Panther juga berkapasiti 150cc dan 2 lejang tetapi saya letakkan ianya dikategori lain sebab kumpulan motosikal saya maksudkan adalah yang mempuyai radiator / liquid cooler dan berbentuk seakan ‘motor  besar’ berfairing menutup penuh atau separuh bahagian engine.

Saya berpendapat jenama Kawasaki merupakan perintis bagi kategori bentuk ‘motor besar’ ini dengan memperkenalkan KR150 atau lebih dikenali dengan panggilan KIPS yang pada mulanya hadir tanpa sport rim hanya rim lidi je pada tayarnya. KIPS ni ada saudara kembar dikenali sebagai VICTOR merupakan edisi naked bagi KR150. VICTOR siap pakai brek drum di belakang untuk membuktikan ke ‘naked’kannya.



Selepas itu Kawasaki Sun Rock keluarkan KRZ150. Rasanya bentuknya berkonsepkan ZZR. Engin KRZ ni spesifikasinya lain dari KR150. Kat fairing tertulis SuperKips. KRZ banyak spesis seperti serpico warna biru silver dan scorpion warna merah putih yang saya suka. Saya dulu pun pakai KRZ.


Jenama Honda turut sama sertai keluarkan produk 150cc memberi pilihan pada pengguna. Model yang Boon Siew Honda pasarkan ialah NSR 150. Kali pertama tengok NSR ni ketika masa zaman sekolah asrama dulu. Kepunyaan seorang pekerja sekolah yang saya lupa dah namanya. Masa tu teruja betul tengok motor merah berjalur parking tongkat tengah sebelah court tennis. Memang tanam azam lepas SPM ni nak kerja, cari duit lepas tu nak beli motor ni.


Selepas lama peminat Yamaha menunggu akhirnya TZM150 dilancarkan.  Saya tengok bentuk TZM ni  dah macam tengok motor besau sungguh la. Tekan je kunci terus je keluar bunyi (bunyi valve kot.. saya tak pandai sangat pasal motor ni). Ekzoz TZ ni nyaring lain macam sikit. Sempat la pinjam TZM kawan untuk bawak balik kampung dari tempat keje. Tak rasa seperti menunggang motor tetapi rasa macam saya ‘masuk’ sekali dalam bentuk motor ni. Edisi TZM yang unik bagi saya ialah millenium edition. Sempena tahun 2000.


NSR150RR di keluarkan pulak selepas itu. NSR kali ni memang cantik betul, ade 2 lampu depan bulat tu. Sayang sekali saya tak sempat bawak motor ni (pinjam kawan pun tak sempat). Menariknya selepas lama NSR150RR dikeluarkan ramai peminat honda mengharapkan NSR150sp yang ade single arm dipasarkan di Malaysia. Model ni kalau kita tengok memang smart dan paling menariknya single armnya tu.



Seingat saya Kawasaki mengeluarkan model ZSR150 pulak . Model ini ade steering demper kat tengkuk handle motor. Kalau tengok dari rupabentuk depan masih kekalkan fairing KR Cuma bahagian belakang dipinda. Penutup engin macam sama dengan KRZ (kalau salah peminat dan owner Kawasaki jgn marah yek). Model ZSR ni dipertingkatkan lagi, maka lahirlah ZSR Cyclone. Ekzoz cyclone bingit sikit dan sedikit terconget berbanding ZSR terdahulu. Kawasaki claim model ni paling laju dalam kelas 150cc mungkin sebab ianya ringan. Siap tulis Race Replica tu.


Saya hampir terlupa pada jenama Suzuki. Suzuki keluarkan FXR150 enjinnya bukanlah 2 lejang tetapi 4 lejang. Ada meter digital dan arm belakang berbentuk macam bengkok pisang (harap betul istilah yang saya gunakan). Kawan saya pakai motor ni. Sangat futureristik dan advance model ni. Warna FXR yang paling cun bagi saya yang ikut colour juara dunia motoGP pada tahun tersebut Kenny Robert Jr biru putih tak pun biru kuning. Siap ade tandatangan Kenney Robert kat atas tangki tu. Oh ya sebelum tu Suzuki pasarkan TXR Gamma untuk pilihan peminat Suzuki.



Semua model motor yang saya ceritakan dah tak banyak dijumpai di jalanraya seperti tahun 90an dulu-dulu dan tidak dikeluarkan lagi. Semua model yang saya ceritakan adalah senarai motor yang saya amat minat dan tampal posternya di dinding bilik.

p/s .. semua gambar yang saya letak bukan saya punya, saya ambil dari google imej, forum bikers yang sejati dan blog peminat motor. Minta Izin guna yek.