Wednesday 15 May 2013

Ucapan Selamat Hari Guru 2013 Dari Saya

Saya nak ucapkan selamat menyambut hari Guru 2013 kepada semua cikgu yang pernah mengajar saya dari sekolah rendah hingga menengah.

Seingat saya masa sekolah rendah dulu saya ambil periksa S.R.P (Sijil Rendah Pelajaran) yang dah jadi PMR (Penilaian Menengah Rendah). Peperiksaan PMR ni isteri saya ambil periksa ni. Jurang umur saya dan isteri tak jauh berbeza sangat. 

Suka saya nyatakan disini Cikgu Kelas dan Cikgu-Cikgu lain di sekolah rendah tanpa rasa penat dan jemu mengajar kami kelas sekolah biasa waktu pagi dan kelas tambahan (siang dan malam) termasuk kelas pada hari cuti supaya kami semua lulus cemerlang dalam periksa SRP. Siap sempat buat kelas malam kat rumah Cikgu lagi. 

Dengan rendah diri saya mohon maaf kerana tak dapat  keputusan yang cemerlang dan memberikan statistik yang baik kepada pencapaian sekolah walaupun Cikgu telah memberikan komitmen dan pengajaran lebih 100%. Yang pastinya Cikgu tak fikir sangat pasal pencapaian sekolah sebab yang lebih penting dalam jiwa Cikgu ialah nak pastikan anak didiknya berjaya.

Terima kasih cikgu kerana ajar menulis, membaca dan mengira dan lain-lain ilmu yang cikgu curahkan. Saya doakan Cikgu sihat bahagia, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.


2 comments:

  1. selamat hari guru gak
    http://long-cham.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Guru Malaysia 1Aspirasi 1Agenda...cayalah :)

    ReplyDelete