Thursday, 3 January 2013

Sogo, Ikea dan Zoo Negara


Selamat Tahun Baru 2013. Tak lama dulu lepas menonton satu episode Discovery Channel Mega Factory kisah kilang ikea kat Sweden, saya pun berasa nak ikea. Jadi saya ambik cuti tersepit sebelum krismas baru-baru ni. Drive la satu family ke KL. Sampai je Kuala Lumpur mula-mula kami singgah Sogo dulu. Nasib saya baik sebab dpt parking kat Pertama. Hari tu boleh tahan ramailah orang bershopping kat Pertama dan Sogo. Sempena Year End Sale wife nak shopping baju kat Sogo.
kat Sogo
Esoknya dari Sungai Buloh (umah mak long & pak long Mirul) tempat kitaorang tido, barulah kitaorang ke ikea. Sampai kat ikea nak masuk parking pun jem sama macam kat Pertama semalam. Agaknya orang nak beli hadiah krismas kot, itu yang ikea penuh sesak. Terlintas pulak nak makan bola daging yang diorang kata sedap, tp sayangnye bila sampai tempat makan punya lah ramai sampai baris panjang pastu xde tempat duduk yang kosong. Jadi hasrat utk makan meatball terbantut la.

tahun depan nak dtg sini pulak kidzania

beli kete dan keteapi, tp keteapi lukman hilangkan.

Sebelum balik ke Kuantan pada hari last kami singgah dulu ke Zoo Negara. Melawat Zoo pd ari cuti Krismas memang sempoi jugak dan anak-anak comform seronok. Sampai je umah selepas penat hilang saya terus cuba pasang almari kaca hiasan yang di beli. Mujurlah dgn bantuan Abang Malek jadi juga seperti yang di pamer di ruang pameran ikea.

detolf. boleh letak kete ferrari

singa yg tgh melepak

2 comments: