Monday 30 January 2012

Daging Salai Masak Lemak Di Restoran Puteri Inn Rompin

Restoran di Puteri Inn di Daerah Rompin ini menyediakan menu masakan yang sedap.
Ianya terletak di jalan utama Kuantan-Mersing, berhadapan Majlis Daerah Rompin. Kat Puteri Inn Rest House ni boleh menginap sekali kalau nak.

Antara menu yang saya suka makan ialah Daging Salai Masak Lemak.
Daging salai dia dihiris halus, terasa kelembutannya...

Kalau makan kat Rompin tak sah kalau tak cuba lauk udang. kat Rompin banyak udang termasuk udang galah, ade gred lak tu A,B,C

Tenggiri masak asam memang terbaik. Pandai tukang masak dia masak
tak de tulang tu..

Kat sini pun ade menu ikan patin (bukan kat Temerloh je yang ade). Menu patin sini Patin Bakar Berkunyit...pehh sedap tu

p/s gambar sayur saye tak ambik.

Friday 27 January 2012

Video Semua Orang Happy kat KLIA


pehh...memang seronok tengok video ni...semua orang happy

Thursday 26 January 2012

Kari Kepala Ikan

Saya memang suka makan kari kepala ikan. Baru-baru ni saya makan kari kepala ikan kat Restoran AC ARAB'S CORNER yang terletak di jalan Gambang, Kuantan.



nyum-nyum

kacang bendi pun sedap
gambar puyuh goreng sebelum tinggal tulang
sotong goreng pun sedap gak.

Restoren ini turut menyediakan menu masakan Pahang.


Wednesday 25 January 2012

Dragon & Lion Dance Perfomance @ East Coast Mall Kuantan

Pengunjung East Coast Mall Kuantan (spt saya) berpeluang menyaksikan persembahan tarian naga dan singa sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Persembahan ini bermula jam 2.00 petang di pintu masuk utama dan perarakan bergerak ke setiap aras/floor.

Saya yang berada di floor atas sekali sempat menangkap photo untuk diletakkan di dalam blog ini.


Persembahan ini diadakan bermula 23 Januari -hingga 26 Januari (Mon -Thu) 2pm@ main Entrance (tertakluk pada pindaan)


Friday 20 January 2012

Sotong Celup Tepung Pantai Batu Hitam

Kalau nak pekena sotong celup tepung dengan air batu campur waktu petang sambil layan angin Pantai Batu Hitam, bolehlah singgah kat area ni...
gambar sotong celup tepung lupa nak ambik, dah habis makan baru teringat nak tangkap...

Thursday 19 January 2012

Selamat Tahun Baru Cina

Selamat Tahun Baru Cina


1929 lama tu .....cuba teka bangunan ni kat area mana?

Pantang-larang sewaktu perayaan Tahun Baru Cina

Tuah baik

  • Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.
  • Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
  • Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.
  • Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
  • Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.
  • Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip tentang pemakainya.

Nasib Malang ("Tuah buruk")

  • Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".
  • Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".)
  • Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis".
  • Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)
  • Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.
  • Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.
  • Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".
Di sunting dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina

Monday 16 January 2012

Pertandingan Memancing Pembuka Tirai 2012 Faizal Joran di Kuantan

15 Januari 2012  Di Taman Tasik Bandar Indera Mahkota telah berlansungnya pertandingan memancing anjuran Faizal Joran 69. Mula jam 7.00 pagi orang ramai dah memenuhi Taman Tasik Bandar ni...


Hadiah yang disediakan penganjur sangat lumayan iaitu:
Juara: RM 25,000.00  WOOOWWW!!
Kedua: RM8,000.00
Ketiga: RM4,000.00


Jam 9.00 pagi siren dibunyikan, menandakan permulaan pertandingan
ramainye kaki pancing...
Kenopi Urusetia

tu dia.. replika cek pemenang

....cayalah kepada semua peserta, penganjur dan penonton seperti saya...


Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) di Kuantan

Kita layan gambar booth/gerai pameran yang dapat diambil:

Tailor's University


UMP

Universiti Malaysia Sarawak
Universiti KL

Akademi Laut Malaysia

UKM
Skill Malaysia


Jom Masuk U di Kuantan

Karnival Pengajian Tinggi Negara (KPTN) Tahun 2012 kali ke-8 dengan tagline 'Jom Masuk U' telah berlansung di Kuantan Pahang bertempat di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre (SASICC) pada 14-15 Januari 2012.

Pelbagai aktiviti menarik di sediakan untuk para pengunjung seperti:
-Pameran pendidikan
-Informasi Kemasukan
-Kuiz 'Jom Masuk U'
-Cabutan Perdana/Bertuah
dan macam-macam lagi...



Kita boleh lihat banyak booth/gerai pameran dari IPTA/IPTS dan agensi lain yang turut serta. Saya pun turut hadir ke karnival ini untuk buka akaun SSPN.




Selepas ini Karnival "Jom Masuk U" ini akan diadakan di Terengganu Trade Centre (TTC), Kuala Terengganu pada 28-29 Januari 2012. Yang mana tak dapat hadir di Kuantan boleh gi Terengganu pulak.


Thursday 12 January 2012

iklan umbro yg klakar


sy minat betul iklan ni

Tuesday 10 January 2012

kaburator Perodua Kancil

Tiga Piston...
Timing Belt dia...

Thursday 5 January 2012

Mesin Kuari

Kalau masuk ke kuari mesti jumpa jentera ni...

Stesen Keretapi Kuala Lipis

Stesen Keretapi Kuala Lipis

Tahun 1926... lama tu
Jangan lintas garisan....

Wednesday 4 January 2012

Buah Cepu yang masam

Buah Cepu
ooooo ni lah rupenye buah Cepu...

Restoren Lempeng, Marang, Terengganu

Restoran Lempeng


Kalau balik dari Kuala Terengganu menuju ke Kuantan ikut jalan pesisir pantai  mesti jumpa Restoran Lempeng