Wednesday 28 March 2012

Nota Futsal Dari Wikipedia

Futsal merupakan versi bola sepak tertutup yang secara rasmi diselia oleh badan pentadbiran antarabangsa bola sepak, Fédération Internationale de Football Association (FIFA). Namanya berasal daripada bahasa Portugis futebol de salão, dan bahasa Sepanyol fútbol de salón. Kedua-duanya bermaksud 'bola sepak dalam dewan'.

Futsal dimainkan oleh lima pemain dalam satu pasukan. Salah seorang daripadanya merupakan penjaga gol. Antara perbezaan bola sepak dengan futsal ialah padang bola sepak menggunakan gelanggang yang besar berbanding futsal yang agak kecil. Masa permainan futsal juga singkat iaitu 20 minit bagi setiap separuh masa. Bola yang digunakan juga lebih berat membuatkan pemain mengawal bola dengan baik. Tambahan pula, kawasannya yang lebih lebih kecil memaksa pemain meningkatkan tahap kemahiran serta membuat keputusan dengan lebih cepat.

Kesalahan-kesalahan seperti rempuhan bahu dan melakukan gelungsur terhadap pihak lawan dilarang sama sekali. Di samping itu, mana-mana pasukan yang mengumpulkan kesalahan keenam bagi setiap separuh masa akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Seterusnya kesalahan berikut juga akan dihukum dengan sepakan penalti kedua. Kesalahan-kesalahan ini dinamakan kesalahan terkumpul.

Pada masa sekarang futsal berkembang dengan pesat. Banyak gelanggang-gelanggang baru dibina bagi tujuan memberi peluang kepada orang ramai merasai keseronokan bermain futsal. Ia bukan sahaja terhad kepada golongan lelaki tetapi juga perempuan.

Disunting dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Futsal

photo dari suratkhabar kosmo


Monday 26 March 2012

Kenduri, Pokok i-city dan Kepok Losong

Saya ke Kuala Terengganu kerana menghadiri majlis kenduri kawan baik satu pejabat lama dulu di Kampung Tok Jiring. Saya sekeluarga bertolak dari Kuantan agak awal dalam jam 8.30 pagi. Sebab nak sampai awal ke destinasi saya tak ikut jalan pesisir pantai tapi pilih jalan Jerangau-Jabor (laluan FT14) yang banyak lubang tidak ditampal dan perlu dielak dibeberapa lokasi. Kami sekeluarga bersarapan pagi di persimpangan Bukit Besi setelah perut masing-masing lapar. Sampai di Kuala Terengganu saya terus ke Batu Buruk Beach Resort untuk sewa bilik nak tidur satu malam. Saya pilih hotel ni sebab murah dan saya biasa tidur disini jika ada urusan kerja di Kuala Terengganu. Tapi malangnya hotel penuh pulak. Dah tu saya terus ke Hotel Seri Malaysia. Nasib saya baik sebab kat sini masih ada bilik kosong. Saya sewa bilik yang ada dua katil harga RM140 semalam. Hari minggu tiada diskaun untuk kakitangan kerajaan.



Dari Bandar Kuala Terengganu ke Kg. Tok Jiring tidaklah jauh sangat. Hanya berpandukan plan dari kad kahwin dan tanya orang kalau dah rasa sesat, saya ambil masa 30 minit untuk tiba. Nak sampai rumah pengantin kena jumpa roundabout bt6, Pekan Bt6, Petronas dan gerai goreng pisang. Masalahnya saya tak jumpa gerai goreng pisang. Jadi terbabaslah saya ke kampung lain mujurlah kawan sepejabat yang sampai lebih awal call dan maklumkan ada bunga manggar di persimpangan kecil berhampiran gerai goreng pisang sebagai petunjuk.




Waktu malam saya makan malam di kedai makan sekitar Pantai Batu Buruk. Sebelum tu dari hotel  singgah sekejap tempat baru yang cantik ni. Tak tahu apa namanye tapi banyak pokok macam kat i-city.





Hari esoknya sebelum balik kami singgah dulu di Kedai Keropok Lekor Kg. Losong. Nak beli kepok untuk bawak balik. Saya tahu kawasan kepok lekor kat area Kg. Losong ni je, tempat lain macam Seberang Takir tak tahu la pulak. Nak main drive ikut signboard takut sesat . Banyak dah kepok di kedai area Kg Losong ni saya cuba, kali ni nak cuba kedai ni pulak. Pada kebiasaanya jika datang sorang-sorang ke sini saya makan dulu kepok di kedai, pekena dengan teh tarik.  Tetapi time ni saya masih kenyang sebab banyak menu makanan saya makan di hotel masa breakfast tadi dari Nasi Dagang, Laksa Penang, Bihun Singapore, Jemput Bawang dan 2 keping  roti sapu kaya.




Ok lah perjalanan kenduri ke Kuala Terengganu kali ni. Memang seronok.





Thursday 22 March 2012

Saya memang suka berjoging di Tasik Taman Bandar Indera Mahkota cuma masalahnya saya tak larat nak lari (bawa perut yang boroi ni). Jadi saya pilih berjalan sahajalah di sekitar tasik. Harap-harap dapat capai 10,000 langkah.

Petang semalam saya nampak kain rentang di Tasik Taman Bandar. Ada pertandingan memancing anjuran Faizal Joran 69. Wah! hadiah pulak tu RM30,000. Jadi kepada peminat dan kaki pancing bolehlah sertai . Tunggu apa lagi hadiah amat lumayan tu.



Tuesday 20 March 2012

Lalu Bawah Jambatan

Sabtu lepas saya menghadiri dua majlis kenduri kahwin di Temerloh. Menariknya untuk sampai kedua-dua majlis saya melalui jalan di bawah jambatan. Lokasi pertama di Kg. Pulau Pasir Mandi dan lokasi kedua di Kg. Seberang Temerloh. Jadi saya pun ambil gambar kedua-dua jambatan.
ini jambatan Lebuhraya Pantai Timur (LPT)

ini pulak jambatan Temerloh laluan Kuantan-Kuala Lumpur

Monday 19 March 2012

Mee Jawa di Kedai Mee Calong Pak Mat

Saya selalu makan Mee Jawa di Kedai Mee Calong Pak Mat Corner. Bukannya sebab saya tak suka makan Mee Calong yang popular di kawasan Beserah Kuantan, tetapi Mee Jawa di sini bagi saya memang sedap sangat. Saya mesti singgah untuk sarapan pagi disini sekiranya diminta kerja luar di sekitar kawasan Beserah. Kedai Pat Mat ni menjual beraneka menu mee dari Mee Calong, Mee Jawa, Mee Sup termasuklah Mee Goreng Mamak semuanya boleh dicuba. Nak sampai kesini tak susahpun, kena cari dulu Pejabat Pos Beserah lepastu jalan terus ke depan jumpa jambatan kecil pastu mesti jumpa la Kedai Mee Calong Pak Mat Corner. Memang Sedap.


nyum-nyum

mee jawa memang terbaik


Friday 16 March 2012

Maskot SUKMA XV Pahang 2012

Pada Tahun ini (2012) Negeri Pahang menjadi tuan rumah bagi Sukan Malaysia. Sebelum ini Negeri Pahang pernah menjadi tuan rumah pada tahun 1996.

Maskot gajah menjadi pilihan seperti penganjuran SUKMA Pahang yang lalu.
Jom kita berkenalan dengan Maskot SUKMA XV Pahang 2012.

MASKOT
(Keluarga Tahan)

TAHAN

Nama Tahan melambangkan kemegahan dan kekuatan kepada Negeri Pahang yang mana ia merupakan gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia (dengan ketinggian 2187 meter) dan terletak di Negeri Pahang.

Gunung Tahan adalah Mahkota kepad
a Banjaran Titiwangsa iaitu banjaran terbesar di Semenanjung Malaysia yang juga merupakan tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia.

IBU (MELENTAI)

Melentai merujuk kepada (Ibu) yang mana ia merupakan satu kawasan landai berada di kedudukan paling rendah dikaki gunung Tahan iaitu 100 meter daripada aras laut. Sumber air sungai boleh didapati di kawasan ini.

ANAK LELAKI (TEKU)

Teku bersesuaian dengan nama (anak lelaki) dimana kawasan ini berada di ketinggian 158 meter daripada aras laut. Punca air juga boleh didapati di kawasan ini.

ANAK PEREMPUAN (PUTEH)

Nama Puteh sesuai diberikan kepada nama (anak perempuan) iaitu berada di ketinggian 112 meter daripada aras laut. Sumber air juga boleh didapati di kawasan ini.

Thursday 15 March 2012

ManU Budi Main Bola

saje nak letak klip video lama ni nak rai peminat Man U, sebab Man U dah kembali ke tahta Liga

Monday 12 March 2012

Adam AF di Fiesta Convo UCSA 2012

Hari jumaat merupakan hari yang paling bahagia bagi saya sebab esok cuti. Waktu malam saya boleh pusing bandar Kuantan lama-lama sikit. Lepas makan malam dalam perjalanan balik rumah, saya singgah ke University College Shah Putra (UCSA) jap. Masa saya sampai Adam AF sedang buat persembahan sempena Fiesta Convo UCSA 2012. Sayapun tangkap gambar dia. Tentunya nyayian merdu Adam ditunggu oleh student dan pengunjung yang berada disini.





Thursday 8 March 2012

Cari Boboiboy di University College Shahputra

Pagi tadi lepas breakfast mee goreng + telor+ kopi di restoran berdekatan University College Shahputra (UCSA) terasa macam nak tangkap gambar boboiboy sebab nampak ada booth boboiboy sempena fiesta convo UCSA 2012 pada 8-10 Mac 2012.

Jadi pada tengah hari waktu time rehat pejabat saya pun pergi melawat booth boboiboy. Saje nak tangkap gambar animasi yang anak saya suka sangat tu.



Lepas tu saya pun jalan-jalan sekitar UCSA ni, di kawasan lobby telah di adakan pameran bertajuk Rasuk dan perasmian akan dibuat pada hari esok. Saya kira semua orang kena datang tengok pameran ini sebab sangat menarik.



Selepas itu saya pun melawat booth pameran yang ade kat sini. Banyak gerai pameran dan jualan yang ade kat sini cuma beberapa gambar ini je yang saya ambil.
Aman Palestin
Ini booth SUKMA





Pentas dah sedia, mesti seronok tengok persembahan nanti.

Wednesday 7 March 2012

Galeri Pengangkutan Air, Pekan, Pahang

Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar Bandar Pekan. Diantaranya ialah Galeri Pengangkutan Air. Di sini banyak perahu dan kapal kecil yang diperbuat dari kayu dipamer untuk tatapan pengunjung. Setiap perahu diberikan klasifikasi dan justifikasi untuk informasi pengunjung. Ianya dibuka pada hari Selasa hingga Ahad dan tutup pada hari Isnin. Tiada bayaran masuk dikenakan untuk pengunjung.





Kita sedia maklum pembuatan perahu dan kapal turut mementingkan nilai kesenian sebab itu perahu di sini banyak diukir dengan hiasan yang cantik.




Jadi jika meminati sesuatu yang mempunyai unsur maritim, budaya dan warisan....disini merupakan tempat yang perlu dilawati.


Friday 2 March 2012

Peringkat 7 LTDL Bentong-Kuantan

Saya sempat menyaksikan Peringkat ke-7 Le Tour De Langkawi di garisan penamat Kuantan pada Khamis 1 Mac 2012. Perlumbaan ini dimulakan di Bentong pada jam 9.00pagi dan tamat di Kuantan pada jam 2.45 petang. Jarak perlumbaan ini adalah 205.8KM dan merupakan peringkat (stage) yang terpanjang sekali.



Dikawasan penamat pengunjung boleh menyaksikan banyak gerai pameran dan aktiviti berkaitan berbasikal.

baju proton motorsport dan Lotus F1
baju LTDL banyak di jual disini

Sebelum pelumba sampai pengunjung dapat saksikan persembahan tarian kebudayaan.





Lepas tu perarakan kenderaan penaja. Antara penaja yang sempat saya rakam.



chantek ...orang kampung
kereta Lotus tu

Proton

Kementerian Belia dan Sukan

Selepas itu pelumba pun sampai. Pelumba ni laju sangat. Tak banyak gambar yang sempat saya tangkap.
Pemenang ditempatkan di kenopi berhampiran pentas. Pelumba tu macam tak penat pun.



mesti basikal tu ringan...

Selepas itu penyampaian hadiah


saya duduk di belakang pentas jadi photo yang saya ambik tak la cantik.