Saya ke Kuala Terengganu kerana menghadiri majlis kenduri kawan baik satu pejabat lama dulu di Kampung Tok Jiring. Saya sekeluarga bertolak dari Kuantan agak awal dalam jam 8.30 pagi. Sebab nak sampai awal ke destinasi saya tak ikut jalan pesisir pantai tapi pilih jalan Jerangau-Jabor (laluan FT14) yang banyak lubang tidak ditampal dan perlu dielak dibeberapa lokasi. Kami sekeluarga bersarapan pagi di persimpangan Bukit Besi setelah perut masing-masing lapar. Sampai di Kuala Terengganu saya terus ke Batu Buruk Beach Resort untuk sewa bilik nak tidur satu malam. Saya pilih hotel ni sebab murah dan saya biasa tidur disini jika ada urusan kerja di Kuala Terengganu. Tapi malangnya hotel penuh pulak. Dah tu saya terus ke Hotel Seri Malaysia. Nasib saya baik sebab kat sini masih ada bilik kosong. Saya sewa bilik yang ada dua katil harga RM140 semalam. Hari minggu tiada diskaun untuk kakitangan kerajaan.
Dari Bandar Kuala Terengganu ke Kg. Tok Jiring tidaklah jauh sangat. Hanya berpandukan plan dari kad kahwin dan tanya orang kalau dah rasa sesat, saya ambil masa 30 minit untuk tiba. Nak sampai rumah pengantin kena jumpa roundabout bt6, Pekan Bt6, Petronas dan gerai goreng pisang. Masalahnya saya tak jumpa gerai goreng pisang. Jadi terbabaslah saya ke kampung lain mujurlah kawan sepejabat yang sampai lebih awal call dan maklumkan ada bunga manggar di persimpangan kecil berhampiran gerai goreng pisang sebagai petunjuk.
Waktu malam saya makan malam di kedai makan sekitar Pantai Batu Buruk. Sebelum tu dari hotel singgah sekejap tempat baru yang cantik ni. Tak tahu apa namanye tapi banyak pokok macam kat i-city.
Hari esoknya sebelum balik kami singgah dulu di Kedai Keropok Lekor Kg. Losong. Nak beli kepok untuk bawak balik. Saya tahu kawasan kepok lekor kat area Kg. Losong ni je, tempat lain macam Seberang Takir tak tahu la pulak. Nak main drive ikut signboard takut sesat . Banyak dah kepok di kedai area Kg Losong ni saya cuba, kali ni nak cuba kedai ni pulak. Pada kebiasaanya jika datang sorang-sorang ke sini saya makan dulu kepok di kedai, pekena dengan teh tarik. Tetapi time ni saya masih kenyang sebab banyak menu makanan saya makan di hotel masa breakfast tadi dari Nasi Dagang, Laksa Penang, Bihun Singapore, Jemput Bawang dan 2 keping roti sapu kaya.
Ok lah perjalanan kenduri ke Kuala Terengganu kali ni. Memang seronok.
No comments:
Post a Comment