Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di sekitar Bandar Pekan. Diantaranya ialah Galeri Pengangkutan Air. Di sini banyak perahu dan kapal kecil yang diperbuat dari kayu dipamer untuk tatapan pengunjung. Setiap perahu diberikan klasifikasi dan justifikasi untuk informasi pengunjung. Ianya dibuka pada hari Selasa hingga Ahad dan tutup pada hari Isnin. Tiada bayaran masuk dikenakan untuk pengunjung.
Kita sedia maklum pembuatan perahu dan kapal turut mementingkan nilai kesenian sebab itu perahu di sini banyak diukir dengan hiasan yang cantik.
Jadi jika meminati sesuatu yang mempunyai unsur maritim, budaya dan warisan....disini merupakan tempat yang perlu dilawati.
No comments:
Post a Comment