Thursday, 1 March 2012

Ke Labuan

Saya ke Labuan atas urusan kerja pada 20/02/12 hingga 22/02/12. Saya sempat juga melawat beberapa destinasi menarik di Labuan. Tiket AirAsia saya pada 7.45 pagi jadi awal pagi lagi saya dah tiba ke LCCT. Ingatkan LCCT lengang pada waktu begini, rupanya penuh sesak dengan pengunjung macam saya. Penerbangan dari K.Lumpur ke Labuan mengambil masa 2 jam lamanya. Kapal terbang mendarat di Airport Labuan pada 10 pagi.
Kapal terbang dah sampai.

Tiada gambar peramugari mahupun peramugara yang berjaya di tangkap.

Di Labuan saya menginap di Sara Hotel. Bilik yang saya sewa hanya RM115 untuk satu malam, kakitangan kerajaan boleh dapat diskaun  jadi RM95. Hotel ni dekat dengan Restoran jadi tiada masalah untuk makan waktu siang ataupun malam. Kalau nak makan roti canai pergi je restoran yang bersebelahan Hotel. Bilik Hotel pun luas dan selesa juga. Hotel ini terletak di kawasan Bandar Labuan dan berdekatan juga dengan Museum Labuan.

Pada sebelah petang, saya naik teksi, maklum kat Abang Teksi nak pergi ke tempat yang jual cenderahati, pastu dia pandu dan turunkan saya di pasar. Tambang teksi RM10.  Dekat pasar ade apa lagi …sayur, ikan, ayam dan daging la. Lepas jalan-jalan sekitar pasar saya singgah pula ke Bazar Labuan. Di bazar kita boleh lihat banyak baju t-shirt, kain-kain, kerongsang, souvenir dan berbagai item yang boleh dibeli oleh pelancong. Lepas pergi bazar saya lepak pulak sekejap kat Terminal Feri Antarabangsa Labuan. Di Terminal Feri Antarabangsa Labuan ini kita boleh ke destinasi lain seperti Kota Kinabalu mahupun Brunei. Saya juga singgah di beberapa buah kedai bebas cukai dan mendapati hampir keseluruhannya menjual minuman keras, coklat, minyak wangi dan rokok.
Di pasar ada satu gerai jual apam balik besar yang sedap tapi saya lupa pulak nak snap.
Saya tangkap gambar pemandangan ini dari kawasan belakang pasar.
Bazar
Kedai Duty Free di Terminal Feri Antarabangsa Labuan.
Kalau nak ke Kota Kinabalu boleh beli tiket kat sini dalam tempoh masa 2jam boleh sampai.


Saya lihat kederaan di Bandar Labuan tidak dipandu laju. Semuanya slow and steady sahaja.Lepas tu saya jalan kaki untuk ke Hotel semula.

No comments:

Post a Comment