Thursday, 1 March 2012

Ke Labuan Hari ke 2

Setelah urusan kerja selesai, saya pergi melawat Mezium Labuan yang tidak  jauh dari Sara Hotel dan Labuan Walk. Di sini dipamer sejarah Pulau Labuan dari zaman dahulu, zaman perang hingga ke penubuhan Wilayah Persekutuan Labuan. Antara yang dipamer duit zaman penjajahan British, Jepun, peralatan perang, contoh pakaian kebudayaan setiap kaum yang terdapat di Labuan dan banyak lagi.
Dalam mezium tak boleh tangkap gambar

ni kat Labuan Walk.
Selepas itu saya pergi ke Taman Damai/Peace Park. Ianya destinasi bersejarah dibina sebagai memperingati orang ramai yang terkorban semasa penaklukan dan penjajahan Jepun di Kepulauan Borneo semasa perang dunia kedua. Di sebelah Peace Park ini terdapat ‘Surrender Point Memorial’ lokasi Jepun menyerah kalah secara rasmi. Lokasi Taman Damai ini di tepi pantai jadi OK sangatlah lepas layan tempat bersejarah boleh lepak di tepi pantai pulak. Nak mudah ke sini kena sewa kereta kemudian pandu ikut je arah sebagaimana yang ditunjuk dalam pelan risalah pelancongan Labuan tak pun tengok papantanda jalan mesti sampai punye.

Taman Damai/Peace Park
Surrender Point Memorial

Lepas tu saya berkunjung ke Taman Burung Labuan/ Labuan Bird Park, untuk lihat burung la. Nak sampai ke Taman Burung kita akan melalui jalan di pesisir pantai. Antara kawasan pantai yang boleh dilihat ialah pantai Layang-Layangan dan Pancur Hitam. Taman Burung Labuan menempatkan banyak sepisis burung. Ada yang dikurung dalam sangkar seperti di zoo dan terdapat juga yang diletakkan dalam sangkar besar macam ‘dome’ sebagaimana yang biasa kita lihat di taman burung. Jadi burung-burung ini boleh terbang di dalam ‘dome’ ini.


Burung ni jinak betul la, tapi tak tau la pulak nama dia.
Hari Last
Hari last , saya terus ke airport pastu terus balik, flight pukul 10 pagi.
airport Labuan

No comments:

Post a Comment