Seperti biasa kalau saya ada banyak masa untuk dibazirkan pada sebelah petang selepas tamat waktu kerja saya mesti sedaya upaya menyahut seruan kempen berjalan 10,000 langkah sehari di Taman Bandar, Indera Mahkota, Kuantan.
Menariknya baru-baru ni saya baru perasan ada kain rentang berkaitan Larian Paya Pahang Tua 2012 . Waaa ni bagus ni. Saya pun terus teruja nak join larian ni. Memang saya tahu saya tak de harapan nak dapat tempat ke dua puluh apatah lagi nak jadi juara memandangkan saya memang tak pernah memenangi apa-apa pingat ataupun piala berkaitan pertandingan olah raga pada zaman sekolah dulu. Cuma nak join sebab nak rasa semula feel menyertai pertandingan larian macam merentas desa seperti zaman sekolah dulu-dulu. Lagipun saya memang suka tengok pemandangan sawah padi.
Dalam sehari dua lepas tu saya mula berlatih dengan berjoging mengelilingi tasik Taman Bandar ni. Dah siap beli pisang montel untuk persediaan masa hari larian tu nanti. Try makan pisang sikit pastu berlari. Saya buat ni kerana taknak beri perut kosong memandangkan masa larian nanti saya mesti tak sempat breakfast sebab jarak perjalanan dari rumah saya ke Pekan jauh jugak dan larian akan bermula 7.30 pagi.
Dipendekkan cite, pagi tadi isteri saya beri tahu pada 28.04.2012 nanti Tadika anak saya akan adakan sukan. La lupa pulak saya pada tarikh tersebut anak nak bersukan. Sebagai Ayah saya kena la beri sokongan kat anak saya. Hampalah harapan saya untuk sertai program larian ini. Jadi kepada sesiapa yang mempunyai masa yang terluang pada 28.04.2012, sertailah acara larian ni. Untuk maklumat dan keterangan lanjut bolehla rujuk laman blog ni http://larianpayapahangtua.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment