Saya snap gambar tempat rekriasi dan riadah yang cantik di Kerian, Parit Buntar ini.
nampak tak jambatan....papantanda sempadan Negeri Perak ada di Jambatan tu
Disebabkan saya tak memandu laju dalam jam 11pagi barulah saya tiba ke Jeti Kuala Kedah. Semasa tercari-cari tempat simpan kereta, adalah seorang ni yang tunjukkan saya tempat letak kereta. Saya pun ikutlah. Bayaran dikenakan sebanyak RM20/hari tak berbumbung dan berpagar lak tu. huhuhu
Ooo ni la Jeti Kuala Kedah
Kalau nak ikut saya boleh naik feri lebih awal tapi nak makan tengahhari di Kuala Kedah ni. Dekat kawasan sekitar jeti ni banyak kedai makan. Jika taknak makan nasi boleh cuba laksa takpun laksam. Garenti sedap. Suasana di sini sangat selesa sekali bagi saya. Penduduk kat sini sangat ramah dan ada yang bertutur dengan loghat utara.
Saya beli tiket feri ke Langkawi pukul 1.30 petang. Perjalanan naik feri ambil masa satu jam setengah jadi sampai ke Langkawi pukul 3.00 petang.
feri dah sampai
beg susun sendiri tau..boleh tengok cite adnan sempit 2
dah sampai
Di Langkawi saya duduk di Hotel Baron. Masa sewa teksi beri tahu abang teksi Hotel Baron dekat pasar malam tapi abang teksi maklumkan pulak hotel bendera. Hotel ni di kawasan bandar Kuah Langkawi jadi mudahlah nak bershoping, boleh jalan kaki je dari hotel.
memang hotel bendera pun
jambatan tu bila malam bercaya
luas gak biliknya..coyote pun suka
Waktu petang saya pun ke bangunan Haji Ismail Group. Nak beli beg besar. Tak ambil masa lama pun jalan kaki dari hotel dan selepas tu naik teksi ke Dataran Lang. Lokasi wajib tangkap gambar bila sampai Langkawi.
kat sini macam-macam ada, pinggan mangkuk, coklat, beg besar, kain batik
dataran Lang
memang besarpun helangnya
No comments:
Post a Comment