Saya & Coyote Di Parit Buntar
Saya ke Langkawi selepas dapat arahan Boss . Bertemankan Coyote Road Runner saya mula bertolak pada 1hb April jam 10 pagi selepas sarapan pagi di rumah.
Coyote taknak pakai tali pinggang, saya dah suruh tapi dia degil
Nak kira kami tahu sangat jalan ke Langkawi tidaklah jugak, kami tak arif pun main redah aje. Tetapi sebelum pergi saya dah buat kajian sikit termasuk print beberapa peta google arah jalan ke jeti Kuala Kedah. Saya drive ikut Lebuhraya Pantai-Timur (LPT) ke Genting Sempah. Lepas tu terus panjat bukit Genting sampai kat round about lepas tu turun menghala Batang Kali kemudian masuk ke Lebuhraya Utara Selatan (E1). Nampak papantanda Alor Star kira betul la tu.
Coyote nak bergambar dengan papan tanda sebelum panjat bukit Genting
370KM lagi, Jauh tu
Lepas lama drive perutpun mula lapar, saya pun behenti rehat kat RNR Tapah (arah utara). Boleh tahan ramai jugak orang kat RNR ni agaknya sebab cuti hari Ahad kot. Ramai orang balik kampung time cuti. Lepas makan nasi ayam madu perut pun kenyang, boleh la sambung drive tapi masalahnya rasa mengantuk la pulak.
makan nasi ayam madu + milo…minuman sukan
Bawak punya bawak kerete tengok jam dah pukul 6 petang cuaca pula macam nak hujan lebat je. Nak sampai ke Alor Star jauh lagi, nak lepas George Town agaknya time petang begini mesti jem. Jika sampai malam di Bandar Alor Star mesti saya pening sebab baru nak tercari-cari hotel, jadi kami ambil keputusan exit susur ke Bandar Baharu/Parit Buntar. Boleh cari hotel murah pada waktu dan time mata tengah cerah lagi. Kakak Juru Tol ni cerita kat saya Bandar Baharu ni kira unik tau sebab ada tiga sempadan negeri iaitu Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Di Parit Buntar saya tidur di Parit buntar Inn. Sebelum tu saya berhenti tangkap gambar menara jam di persimpangan bulatan dan makan char kuey teow Omaq.
kita boleh tengok sawah padi menghijau semasa menghala ke Parit Buntar.
Menara Jam Merdeka di round about Parit Buntar. Cantik.
Dekat Menara Jam ni ada tempat makan jual char kuey teow.
Esoknya ingatkan nak bertolak awal lepas-lepas subuh tetapi terfikir pulak baik saya breakfast dulu yang Parit Buntar Inn sediakan. Selepas makan mee goreng dengan roti sapu jem barulah saya gerak semula ke Kuala Kedah. Pagi begini baru perasan ada lokasi rekriasi dan riadah yang cantik kat Parit Buntar. Ramai orang berjogging, berjalan dan taichi.
No comments:
Post a Comment