Tuesday 2 April 2013

Robin Sidekick Batman Yang Perlu Di Hargai



Sebut je Batman semua orang rasanya tahu pasal adiwira yang memakai costume manusia kelawar alter ego bernama Bruce Wayne. Anak Jutawan yang mengalami trauma akibat menyaksikan ibu bapanya dibunuh. Sebab tu agaknye dia buat benda pelik pakai baju kelawar tengah-tengah malam buta. Yang membuatkan saya tertarik menonton animasi takpun filem Batman adalah jalan ceritanye yang ada unsur ‘logik’ dimana karakter batman itu sendiri tiada kuasa luar biasa hanya bergantung kepada gajet, kemahiran bela diri, kepintaran mengatur strategi dan kepandaian menyiasat.



Sidekick Batman pastilah Robin. Sebelum ni setahu saya hanya ada seorang saja Robin macam dalam filem Batman Forever dan Batman & Robin (pelakon sebagai Robin: Chris O’ Dennell) tu. Tapi rupenye tak. Kalau rujuk wikipedia terdapat lima orang remaja yang pernah memegang peranan Robin, iaitu Dick Grayson (yang kemudian menjadi Nightwing), Jason Todd (yang dibunuh oleh Joker), Tim Drake, Stephanie Brown dan Carrie Kelly. Ramai tu, kalau disekalikan Batman dan Catwoman maka kita boleh buat satu team futsal. Namun begitu, Robin yang saya kenal dalam kartun hanya 3 watak iaitu Dick Grayson, Jason Todd dan Tim Drake.
Dick Grayson agaknye Robin paling best kot, sebab selain kerja hakiki membantu Batman beliau ada pasukan superhero dia sendiri iaitu Teen Titans (Bukanye Team Titan pasukan T-Team yek). Dulu astro selalu pasang cite ni kat channel Cartoon Network. Bruce Wayne ambik dia jadi anak angkat lepas tengok keluarga Dick Grayson mati semasa pertunjukan sarkas. Macam yang ditunjuk dalam Batman Forever (Val Kilmer jadi Batman). Dalam animasi apabila Dick Grayson dah besar belia, dia taknak di bayangi oleh pesona Batman lagi, maka dia jadi Nightwing. Kalau Batman jaga Bandar Gotham, Nightwing lindungi bandar lain yang saya tak tau ape namenye.


Seperti dalam cite animasi Batman: Under The Red Hood yang astro pernah tayang kat saluran cinemax, Robin Jason Todd kena bunuh dengan Joker. Tapi dia hidup semula dan membalas dendam sebagai Red Hood. Dalam cite ni Joker turut sebabkan Batgirl lumpuh. Sebelum diasuh menjadi Robin, Jason Todd digambarkan sebagai budak jalanan yang menyara hidup dengan mencuri tayar kereta.


Robin ketiga Tim Drake ni saya tak familiar. Tapi sejarahnye lebih kurang begini, lepas Dick Grayson besar jadi Nightwing peranan adiwira Robin diisi oleh beliau. Malang sungguh dalam animasi Batman Beyond: Return of the Joker, Tim Drake ni jadi jahat. Dalam animasi ni juga Batgirl tak lumpuh malah sihat je walaupun telah tua. Saya syorkan cite ni di tonton kalau nak tahu apa nasib si Joker yang jahat sangat ni. Saya memang sayang sangat VCD cite ni walaupun telah hilang tah kemana. Oh ya selain 3 Robin ni ada seorang lagi Robin perlu disenaraikan iaitu John Blake dalam movie The Dark Knight Rises.

Saya merujuk Wikipedia, VCD Batman Beyond Return Of The Joker, movie Batman yg telah saya tonton serta cerita karton Batman Beyond, Batman Brave and Bold dan seangkatan dengannya yang disiarkan kat TV.

No comments:

Post a Comment