Saturday, 20 April 2013

Memanah Di Bukit Fraser


Perjalanan dari Kuantan ke Bukit Frazer dgn bawak kereta secara santai ambik masa 4jam. Jarak perjalanan lebih kurang 250KM. Saya ikut LPT terus ke Bandar Bentong, jalan hala ke Raub pastu masuk terus simpang kiri ke Bukit Frazer seperti yang arrow signboard tunjuk. Inilah kali pertama saya ke puncak dan baru la saya tau jalan dia makin naik ke atas makin sempit. Mula-mula tu lebar jalan kirenye boleh berselisih kete tapi lepastu dah tak boleh berselisih lagi. Saya tak ingat berape banyak selekoh yang dah saya lalu, tp yg pastinye sampai rasa bosan la melayan koner. Seksa sungguh nak sampai ke The Little England Of Malaysia ni.

besarnye buah durian. Masani jln ok lg.
simpang ni masuk jln  lain kuar ikut jln lain

Di Bukit Frazer kitaorang semua tido kat Hotel Shahzan Inn. Bilik yang saya duduk rate nye RM175. Ade 2 katil size queen dan tak sediakan air con macam kat Cameroh Highlands jugak. Jadi saya share je bilik ni dgn opis mate En. Buk yang juga coach memanah. Best lah suasana malam kat sini sebab sunyi je, dari bilik hotel boleh dgr bunyi burung dgn serangga. Betul la kata orang Bukit Frazer ni tempat percutian orang yang nak menikmati alam sekitar.

ada ATM maybank tu
taklimat saya , x pasti ade tak yg beri perhatian

Kat The Paddock Fraser’s Hill kita boleh tunggang kuda tapi kalau nak memanah atau menyumpit pun boleh jugak. Bayaran bagi memanah ialah RM8/seorang untuk 10 batang arrows. Kalau datang ramai-ramai boleh mintak murah lagi kot. Bolehlah memanah sepuas hati sampai anak panah masuk sungai pun takpe janji bayar archery fees je. Panah bagi lelaki dan perempuan beza rupanya. Untuk lelaki berat sikit tp hak perempuan punya ringan sikit.

pose student latihan industri
dekat je
x dpt bull eye pun
ramai2 pakat nengok kuda 
Sebenarnye Kalau sampai sini  teringin sangat nak nengok tarantula tapi tak sempatlah pulak mungkin lain kali la.

kt jam ni ramai yg suka amik gambar termasuk sy


No comments:

Post a Comment