Saya letakkan keratan akhbar Sinar Harian berkenaan Wan Zack Haikal. Orang Maran yang main bola kat Jepun tu. Mesti orang Maran sangat bangga dengan pencapaian Wan Zack Haikal. Saya yang bukan asal dari Maran, Pahang pun turut tumpang rasa bangga. Selalu jugalah saya menonton TV kat Astro highlights J-League kot-kot la ade tunjuk kelab FC Ryukyu
Azzuddin selar usaha bawa pulang Wan Zack
“TINDAKAN mereka mengaibkan FAM dan amat mengecewakan,” itulah keluhan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berhubung tindakan pasukan kelab yang dikatakan berusaha membawa pulang Wan Zack Haikal Wan Nor yang telah mengikat kontrak bersama kelab Divisyen Tiga, FC Ryukyu beraksi bersama pasukannya musim depan.
Jelasnya, selaku badan yang bertanggungjawab memberi pendedahan kepada pemain muda untuk beraksi diluar negara ia tidak seharusnya berlaku.
“Segala usaha dan tenaga telah kita lakukan untuk mencungkil bakat serta mendedahkan pemain mencari pengalaman diluar negara supaya mereka (pemain) meningkat sebagai contoh Wan Zack yang beraksi di Divisyen tiga dan tidak mustahil dia mampu meningkat dari masa ke semasa.
“Sebagaimana diluahkan jurulatih Harimau Malaya A, Ong Kim Swee kita merasa kecewa dengan apa yang berlaku, kalau FAM tidak melakukan pembangunan sukan kita kena tetapi bila laksanakannya mereka pula yang menjadi dalang membunuh usaha ini.
“Semua boleh lihat perkara ini adilkah atau sebaliknya," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Pengelola Perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Wisma FAM, hari ini.
Azzuddin turut menjelaskan, FAM mempunyai bukti kukuh mengenai usaha pasukan terbabit yang ingin melamar Wan Zack Haikal namun belum tiba masa untuk mendedahkannya.
“FAM punyai bukti jelas mengenai perkara ini namun belum tiba masanya untuk kita dedahkan,” ujarnya yang mengharap agar Wan Zack Haikal terus kekal bersama kelab FC Ryukyu.
Dalam laporan media tempatan baru-baru ini melaporkan Wan Zack, 22, yang mula mempamerkan sengatnya pada aksi pertamanya April lalu, kini berhasrat meninggalkan FC Ryukyu kerana dikatakan mengalami masalah komunikasi dengan pegawai perubatan kelab.
Sumber : Sinar Harian
No comments:
Post a Comment