Friday 7 June 2013

Beli Nangka Madu Di Bentong

Kami sepejabat ada buat kerja di Bentong. Ceritanya, sepanjang jalan persekutuan utama FT08 dari Bentong ke Raub dan Lipis, Pahang kami asyik terlihat banyak sungguhlah gerai jual Nangka Madu sebagaimana sebelum ni. Jadi Boss buat keputusan popular untuk berhenti singgah dimana-mana gerai  yang mudah untuk parking kereta. Gerai yang terpilih ialah Gerai Nangka Emas.

Saya lihat selain jual buah nangka madu, gerai ni turut jual anak pokok dan tanpa melenggah masa boss saya yang telah beli satu anak pokok. Oleh sebab rumah saya bukannya di korner lot (tiada kawasan tanah untuk bercucuk tanam kecuali tanah di dalam pasu bunga sahaja) jadi saya hanya beli 1 juring (buah nangka yang telah dipotong 1/4 sahaja) dan bukannya anak pokok nangka.

Akak yang jaga gerai ni maklumkan perbezaan nangka madu mastura dan nangka madu biasa ialah warnanya yang keorenan. Nangka madu ni banyak jenis ada yang buah besar dan jenis kecil. Saya dapati rasa nangka madu ni sangat enak berbanding nangka biasa dan masih mengekalkan ciri-ciri biasa nangka yang bergetah.








No comments:

Post a Comment