Friday, 12 October 2012

Tribute To My Iswara

Saya ada Iswara c.c 1.3 tahun 1998 yang tentunya telah melepasi zaman kegemilangan. Kereta kesayangan inilah yang digunakan secara intensif untuk aktiviti harian serta kegunaan kerja. Sepanjang menggunakan Iswara saya ni ianya tak pernah menghampakan dan tidak memberi masalah pun. Seingat saya antara trip jauh bersama-sama iswara berjasa ni adalah ke Kota Bharu, Kuala Terengganu, Cameron Highlands dan KLIA. Iswara ni juga telah jelajah banyak laluan jalan persekutuan di daerah dalam Negeri Pahang.
Agaknya disebabkan faktor usia, iswara dah mula diserang sakit-sakit tua. Kadang kala ianya susah nak hidup dan rasanya bukan berpunca dari bateri yang dah kong. Radio boleh di on setelah kunci dipulas. Dan inilah yang memeningkan kepala. Saya faham barang dah lama tentulah banyak komponen yang perlu ditukar. Bulan lepas saya baru je ganti radiator. Radiator lama dah bocor macam kertas turas. Tempreture asyik hot je. Saya kena tambah air setiap hari sebelum pergi dan balik dari pejabat.
Tahun 2012 pulak distributer dah tukar baru selepas tak boleh nak hidup. Masa tu pada bulan puasa, berpeluh jadinya sebab tukar sendiri bateri dan plug waktu tengah hari. Padahal sekali tengok je pomen dah boleh kesan barang lain yang rosak. Sebelum tu ekzos asyik kuar asap putih macam pakai motor enjin 2 lejang guna 2T bukan low smoke masa tekan minyak. Saya dah minta pomen baiki masa tukar timing belt ari tu.
Oleh sebab saya dah beli MPV kompak, iswara dah kena turun pangkat dan tak dapat duduk di garage rumah. Saiz dan ruang parking kat rumah terhad. Iswara terpaksalah berembun sebab kena parking dimerata tempat tak berbumbung. Menariknya Pomen pernah puji iswara ni kerana pandai jaga tuannye kerana hanya rosak selepas diparking di sekitar kawasan rumah. Bagi saya ada betulnya pandangan Pomen ni. Apa-apapun sebetulnya saya memang sayangkan Iswara saya ni.



No comments:

Post a Comment