Sempena meraikan adik dapat keluar awal dari hospital, saya terus beli ayam golek yang dijual di tepi jalan. Tak pasti reputasinya sedap atau tidak tapi saya terus beli je. Namun begitu dengan penuh rasa rendah diri saya akui tak pandai menilai rasa ayam golek, bagi saya semua rasanya hampir sama je…Cuma yang membezakan diantara satu dengan lain hanya keenakan kuah pencicah dan rempah yang digunakan. Tapi dilihat gaya anak makan ayam golek tu saya dapat simpulkan ianya sedap dan boleh beli lagi.
Adik kena demam panas dan dirawat di hospital al farabi di jalan Gambut dan berdekatan kedai 1Malaysia. Majoriti orang Kuantan tahu setiap hari Sabtu di jalan ni ada pasar malam. Waktu awal petang peniaga yang jual pelbagai makanan dan macam-macam benda telah penuhi petak niaga yang disediakan sepanjang jalan ini. Hospital depan pasar malam…sempoi gak. Sungguhpun begitu jururawat tak galak penjaga bawak anak hidap sakit asma keluar wad pergi jalan-jalan sekitar pasar malam takut asap jejas kesihatan. He he he apatah lagi orang perempuan mengandung yang lebih tempoh tarikh melahirkan bayi.
Sebaris kedai 1malaysia ada sebuah restoran yang saya lupe namanye. Ada jual pelbagai nasi lemak bungkus yang terdiri daripada nasi lemak telur, kerang, ikan dan kesukaan saya nasi lemak sotong. Nak makan roti canai pun ada. Sepanjang adik masuk wad saya breakfast kat sini. Kesimpulannya saya berdoa supaya anak saya tak sakit lagi dan sihat selalu tanpa perlu saya rujuk ke hospital lagi.
No comments:
Post a Comment