Saya suka sangat lepak kat pantai. Lihat ombak, jalan atas pasir dan layan angin laut yang memang best. Tetiba je ade program gotong royong bersih pantai Chendor sempena My Beautiful Malaysia pada hari Ahad, jadi saya join la atas sebab event ni lokasinya kawasan pantai. Lagipun dah namapun gotong royong kalau buat dengan ikhlas tentu dapat pahala. Sungguhpun begitu kalau gotong royong ni buat kat hutan paya bakau mungkin saya fikir 2 kali untuk sertai. Tambahan pulak saya tak pernah sampai pantai Chendor ni. Habis je program ni nanti saya boleh beli sata takpun otak-otak Kemaman yang tak jauh pun dari pantai ni.
Menariknya cuaca hari tu sangatlah molek, tak panas terik cuma hujan renyai turun sekejap seawal program sedang bermula. Rupanya seronok juga nyanyi lagu 1M4U ramai-ramai ikut persembahan koir.
No comments:
Post a Comment