Tuesday, 16 October 2012

Susuri Sungai Kuantan Dengan Kuantan River Cruise

Oleh sebab tak sempat naik bot di Taman Tamadun Islam (TTI) River Cruise kat Kuala Terengganu tempoh hari, jadi dengan selamba pada hari cuti lepas saya naik bot Kuantan River Cruise. Mula-mula sekali beli ticket di jeti Shahbandar kat Esplanade yang berharga RM18 untuk dewasa.  Bagi bebudak ticket berharga RM15. Jeti Shah Bandar ni juga bersebelahan dengan pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan berdepan dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Saya ambik trip paling awal pukul 11.30pagi. Kena daftar dulu rupanya kalau nak naik bot kat buku yang disediakan. Agaknya sebab nak susun penumpang. Hari cuti sabtu rupanye ramai yang nak naik bot macam saya.
Jetty Shahbandar


Perjalanan susuri Sungai Kuantan ambil masa lebih kurang 40minit. Abang yang memandu bot turut memberi penerangan berkaitan lokasi yang disusuri seperti aras sebenar air sungai di kawasan paya bakau, burung helang putih, pantai-pantai seperti Pantai Taman Gelora dan Teluk Chempedak termasuk kapal-kapal di kawasan perkampungan nelayan dan tempat makan yang best contohnya restoren yang sediakan menu gulai patin masak tempoyak, ikan bakar kat Tanjung Lumpur dan macam-macam lagi la. Kalaun nak tanya pun boleh nanti abang pemandu bot jawab dengan mesra sekali.

Jambatan Tanjung Lumpur
Baru la saya tahu rupanya kapal nelayan turut dikenalpasti berdasarkan warna sebagai contoh kapal nelayan Pahang warna kuning manakala kapal nelayan Kelantan warna Merah (selain nombor plate kat bot tu sendiri). Nak parking kapal pun kena ada tempat dia, tak boleh main letak rupanya dan sebelum ke laut kapal nelayan bawa air batu dari kilang air batu dipesisir sungai rupanye.
Kami lalu sampai lepasi bawah Jambatan Tanjung Lumpur dan terus berpusing balik bila berdekatan dengan Fire House. Kalau jalan terus, nanti terus sampai Laut Cina Selatan.


Waktu operasi Kuantan River Cruise ni bagi hari Sabtu dan Ahad ialah 11.30pagi, 1ptg, 2ptg, 4ptg, 6.30ptg, 8mlm dan 9mlm. Hari Jumaat pun sama cuma tiada operasi pukul 1ptg. Hari lain waktu operasi pukul 2.30ptg sampai 8malam kecuali hari Rabu sebab tutup, kecuali cuti sekolah & cuti umum. Kuantan River Cruise memang best.

No comments:

Post a Comment