Ianya diadakan tepat pada masanya di bulan Februari memandangkan pada bulan Mac nanti bermulanya cuti penggal persekolahan dan sepertimana yang kita maklum tempoh cuti tersebut merupakan pilihan bagi pasangan melangsungkan majlis perkahwinan.
Karnival ini di adakan pada 10 (jumaat) , 11(sabtu) dan 12 (ahad) Februari 2012 di Kuantan Parade. Para pengunjung yang hadir dapat melihat dengan jelas pelamin penuh gilang-gemilang di pondok pameran dari butik pengantin yang mengambil bahagian. Baju pengantin rekaan terkini pelbagai warna turut di pamer untuk tatapan bakal mempelai. Selain itu pakej fotografi dan rakaman juga ditawarkan pada kadar harga berpatutan.Pengunjung boleh saksikan sendiri proses andaman dan solekan yang mentranformasikan wajah jelita pengantin dari juru solek dan andam berpengalaman.
Peragaan baju pengantin dari fesyen terkini turut di adakan untuk memudahkan pengunjung membuat pilihan busana mengikut tema yang sesuai.
Pakej katering sajian menu makanan dan cenderahati majlis perkahwinan turut di sediakan untuk pilihan pengunjung.
Kek kahwin pun ade
Pelbagai rekabentuk kad undangan / jemputan kahwin yang unik dan trendy disediakan untuk pilihan pengunjung di tawarkan pada harga dan kuantiti yang mampu dimiliki.
kad kahwin facebook tu...
Jadi kepada semua bakal pengantin saya syorkan hadir kerana semua keperluan disediakan di bawah satu bumbung.
No comments:
Post a Comment