Wednesday 15 February 2012

Pertandingan Memancing Faizal Joran 12/02/12


Sekali lagi Faizal Joran 69 menganjurkan pertandingan memancing di Taman Tasik Bandar, Indera Mahkota, Kuantan pada 12 Februari 2012. Acara yang mendapat sambutan hangat 'kaki pancing' ini menawarkan hadiah lumayan wang tunai berjumlah RM25,000.00 untuk juara.

Bermula awal pagi lagi peserta telah memenuhi Taman Tasik Bandar

Secara keseluruhan cuaca semasa pertandingan berlansung adalah amat baik cuma hanya sekali hujan sederhana lebat turun itupun dalam tempoh masa beberapa minit memberi cabaran kepada para peserta.
Selain pertandingan memancing penganjur turut menyediakan aktiviti sampingan seperti pertandingan melukis/mewarna bagi kanak-kanak, cabutan bertuah dan pertandingan teka biji betik untuk pengunjung atau peserta.


Ikan yang berjaya dipancing
Tahniah kepada semua pemenang, peserta, pengunjung, dan penganjur. Ingat memancing ingat Faizal Joran.

No comments:

Post a Comment