Selepas baca tulisan tersebut terasa juga nak makan murtabak yang sedap dan popular ini memandangkan kali terakhir makan pada dua tahun lepas. Lama tu.. .Akhirnya pada petang 11 Februari 2012 saya sempat membuat program jalan-jalan cari makan saya sendiri semata-mata nak makan Murtabar Mengkasar.. Perjalanan dari Kuantan ke Pekan adalah dalam jarak 40km.
Sampai je Kedai Murtabak Mengkasar Hj Din yang berada di tepi jalan utama berhampiran persimpangan lampu isyarat Bandar Pekan, saya pun memesan Murtabak Mengkasar Biasa. ( Ada 2 jenis biasa dan special). Pengunjung yang ada boleh tahan ramai la juga. Sementara menunggu murtabak yang dipesan sampai, boleh hidu bau aroma mentega dan rempah ratus, betul la orang kata...boleh buat sesiapa sahaja yang datang terus lapar.
Tiba je murtabak yang di pesan apa lagi saya pun makan la. Rasa dia macam mana yek nak cite ....rasa dia memang sedap rasa berempah, tak sama dengan kebanyakan murtabak yang di jual di pasar malam. Memang terbaiklah. Harga bagi 1 Murtabak Mengkasar Biasa ialah RM 6.00.
(Teh Tarik 1+ Murtabak Mengkasar 1+ bungkus 1=Terbaiklah)
Berbaloi sungguh lah program jalan-jalan cari makan saya kali ini.
No comments:
Post a Comment