2-3 hari lepas saya dapat hadiah dalam cabutan nombor bertuah semasa program penyampaian hadiah acara sukaneka di Mesyuarat Warga yang buat kat Port Dickson. Seingat saya kali terakhir saya dapat hadiah cabutan ini pada 5 tahun dulu. Masa tu meeting warga yang buat kat PD jugak. Dulu-dulu tu saya dapat thum drive dan ianya masih elok sampai sekarang. Saya buat save lagu mp3 banyak-banyak pastu saya cucuk thumb drive tu kat dash board ALZA.
Tetapi kali ni hadiah yang saya dapat ialah lampu hiasan tamu ikea. Cantik sangat lampunya. Seronok sangat dapat hadiah ni sampai tido malam peluk kotak hadiah hahaha. Patutlah masa ke ikea tahun lepas rasa taknak beli je lampu tu. Sampai je kat rumah saya terus pasang lampu ini. Nasib baik sempat lagi beli 2 biji mentol.
hadiah atas meja tu
ni dpt sijil, xde kaitan cabutan bertuah
lampu DUDERO
Jadi dgn penuh rasa rendah diri saya nak ucap terima-kasih kepada keseluruhan urusetia yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang tempoh meeting termasuk juga urusetia cabutan nombor bertuah. Terima-kasih juga kepada urusetia senamrobik yang mencatit kehadiran kedatangan peserta semasa senamrobik. Adalah menjadi harapan saya acara poco-poco menjadi acara rasmi senamrobik.
Anak saya tidak pergi ke sekolah hari ini. Tepat tindakan pihak atasan menutup sekolah pada hari ini. Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) setakat 11 pagi bagi Kuantan (191) dan Indera Mahkota (166). Pagi tadi semasa memandu ke tempat kerja, saya dapat lihat beberapa kenderaan lain menyalakan lampu kabus sebab jarak penglihatan pemanduan yang terhad. Saya amat berharap dalam keadaan cuaca panas jerebu sebegini, hujan lebat akan turun supaya dapat membersihkan udara. Jom kita semua berdoa kepada Yang Maha Esa supaya jerebu ni segera hilang.
Saya nak kongsikan Tindakan Semasa Jerebu yang saya copy dari FB.
Indeks Bacaan Pencemaran Udara (IPU) saya merujuk fb Astro Awani .
7.30 Pagi, waktu di Le Mans 1.30 Pagi. Lepas bangun tido saya melayan perlumbaan Le Mans semula yang telah masuk ke jam yang ke 10 jadi masih ada 14 jam lagi tempoh masa berracing. Kedudukan terkini ialah 1-pasukan Audi R18 E-Tron Quattro di pandu oleh Alan Mc Nish telah buat 161 pusingan litar. Kedua pasukan Toyota TS 030-Hybrid dibawak oleh Anthony Dividson ketinggalan 1 pusingan kepada 160 laps dan kedudukan no.3 adalah sebuah lagi kereta dari pasukan Toyota.
Malam tadi pengulas Le Mans telah maklumkan kematian pelumba Allan Simonsen yang memandu kereta lumba No.95 Aston Martin. Very Sad News.
5.00 Petang, Nampak gayanya jerebu telah tiba menyerang Kuantan dan kawasan seangkatan dengannya. Dari pagi sampai petang cuaca seperti redup mendung. Cuti Ahad ini tak boleh bawa anak keluar jalan-jalan. Keadaan begini tak bagus untuk kesihatan kalau duduk luar rumah. Jadi boleh layan la perlumbaan Le Mans di rumah sekejap-sekejab nengok kat TV lepas tu kat PC kalau tiba time anak nak tengok cite cartoon tak pun cite channel astro ceria.
Waktu Perancis 11 pagi. Pelumbaan Le Mans telahpun berlumba selama 20 jam jadi tinggal 4jam je lagi nak tamatkan perlumbaan. Pada time ni hanya 45 buah kereta lumba yang masih kekal di litar dari 56 buah di stating grid malam tadi. Pasukan Audi Sport Team Joest masih kekal di depan dengan 294 pusingan. Di ekori rapat pasukan Toyota di pandu Stephane Sarrazin (bekas F1 driver) ketinggalan 1 lap. Tempat 3 juga dari kereta lumba pasukan Toyota dipandu Kazuki Nakajima (former F1 driver) 292 pusingan.
9.00 Malam, dekat Perancis kul 3 petang dan berakhirlah perlumbaan. Kemenangan kepada pasukan Audi dengan kereta plat No.2 di pandu oleh Allan Mcnish, Loic Duval dan Tom Kristensen. Kereta Toyota dapat no.2 dan tempat ketiga juga pasukan Audi kereta plate No.3.
Tadi buka TV Channel 814 Astro selepas malas nak nonton cerita dari channel lain dan tertonton la live perlumbaan 24 Hous Le Mans yang telah berlumba selama 2jam (masih ada baki 22 jam lagi tempoh perlumbaan). Dekat Le Man Perancis perlumbaan ni start pada pukul 3 petang manakala waktu Malaysia pula dalam jam 9 malam. Masa saya tengok tu kedudukan terkini ialah no 1-Toyota, 2-Audi dan 3-Toyota. Selain boleh tengok kat TV, saya boleh juga tengok live kat PC melalui laman web http://www.24h-lemans.com/live/en/.
Saya tentulah bukannya orang yang arif pasal motosport ni tapi masih nak cite serba sikit pasal perlumbaan Le Mans yang berlumba selama 24 jam (1 hari) dengan jumlah pusingan terbanyak dikira pemenang. Terdapat 3 orang pemandu bagi sebuah kereta lumba. Terdapat pulak 3 kategori kereta lumba yang berlumba dalam acara perlumbaan ni iaitu pertama LM P1. Pasukan yang femes ialah Audi dan Toyota. Rupa bentuk kereta Toyota seperti gambar di bawah:
Bentuk kereta lumba kategori LM P2 adalah kecil sikit dari LMP1 tapi takde bumbung. Bentuk kereta LM GTE pulak macam kereta lumba Grand Touring biasa dan pasukan bertanding Porsche, Covette, Ferrari dan Aston Martin. Manakala kategori LM GTE Am saya tak tau rupanye camne. Pada tahun ni ada 56 buah kereta yang berlumba dan sebelum saya masuk tido kedudukan terkini adalah 1. Audi LM P1 driver A.Lotterer, 2. Toyota LM P1 Antoni Davidson (bekas pelumba F1 pasukan Honda) dan 3. Audi LM P1 driver Alen Mcnis (pernah belumba dgn pasukan F1 Toyota).
Semalam saya mengeteh di Tasek Bera Resort. Bagi saya di Tasek Bera aktiviti bestnya tentulah memancing dan bukanlah minum teh tarik. Rasanya ikan kelisa paling banyak di tasek ini, agaknya sebab itulah ada replika besar ikan kelisa. Di dinding berdekatan kaunter lobi ada pula diletakkan gambar pemancing dapat pancing ikan tapah. Kawasan macam paya mesti banyak ikan haruan. Kesimpulannya banyak spesis ikan yang boleh dipancing di tasik yang sepanjang 35KM dan selebar 20KM ini. Nak seronok lagi boleh cuba memancing di Rumah Rakit. Saya sebenarnya teringin sangat nak susuri kawasan tasik dengan bot tapi rasanya bulan depan lah saya cuba sebab kedatangan saya kesini hanya sekadar nak tangkap gambar kawasan tasik dari jeti dan minum teh tarik sambil layan suasana alam sekitar yang menghijau.
Pagi tadi saya join larian Kitar Semula ni kat Taman Bandar Kuantan. Boleh tahan ramai jugalah warga Kuantan yang sertai larian ni. Cuaca awal pagi yang tak panas, memang best untuk berlari. Kami semua dilepaskan dalam pukul 8pagi dan belum sampai kul 9pagi saya dah boleh tamatkan larian. Route larian adalah bermula di Taman Bandar ke jalan pejabat KWSP sampai pejabat Bomba baru. Selepas tu lari terus sampai simpang empat depan Universiti Islam Antrabangsa (UIA) dan koner kiri ke jalan Stadium Sukpa dan terus ke Taman Bandar semula. Bagi saya jarak larian 5km ini tak berapa jauh dan tak terlalu dekat, amat sesuai pada saya yang tak larat berlari laju. Antara tujuan program ini diadakan adalah mempromosikan budaya kitar semula kepada masyarakat. Bandar lain yang adakan larian ini serentak adalah Johor Baru, Alor Setar, Kota Baru, Melaka, Seremban, Kangar, Kuala Terengganu dan KL. Apa-apapun acara ni memang best lah :)
Saya letakkan keratan akhbar Sinar Harian berkenaan Wan Zack Haikal. Orang Maran yang main bola kat Jepun tu. Mesti orang Maran sangat bangga dengan pencapaian Wan Zack Haikal. Saya yang bukan asal dari Maran, Pahang pun turut tumpang rasa bangga. Selalu jugalah saya menonton TV kat Astro highlights J-League kot-kot la ade tunjuk kelab FC Ryukyu
Azzuddin selar usaha bawa pulang Wan Zack
NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH DAN SUBKHI SUDARJI 13 Jun 2013
Azzudd
“TINDAKAN mereka mengaibkan FAM dan amat mengecewakan,” itulah keluhan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad berhubung tindakan pasukan kelab yang dikatakan berusaha membawa pulang Wan Zack Haikal Wan Nor yang telah mengikat kontrak bersama kelab Divisyen Tiga, FC Ryukyu beraksi bersama pasukannya musim depan.
Jelasnya, selaku badan yang bertanggungjawab memberi pendedahan kepada pemain muda untuk beraksi diluar negara ia tidak seharusnya berlaku.
“Segala usaha dan tenaga telah kita lakukan untuk mencungkil bakat serta mendedahkan pemain mencari pengalaman diluar negara supaya mereka (pemain) meningkat sebagai contoh Wan Zack yang beraksi di Divisyen tiga dan tidak mustahil dia mampu meningkat dari masa ke semasa.
“Sebagaimana diluahkan jurulatih Harimau Malaya A, Ong Kim Swee kita merasa kecewa dengan apa yang berlaku, kalau FAM tidak melakukan pembangunan sukan kita kena tetapi bila laksanakannya mereka pula yang menjadi dalang membunuh usaha ini.
“Semua boleh lihat perkara ini adilkah atau sebaliknya," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Pengelola Perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan menentang Johor Darul Takzim (JDT) di Wisma FAM, hari ini.
Azzuddin turut menjelaskan, FAM mempunyai bukti kukuh mengenai usaha pasukan terbabit yang ingin melamar Wan Zack Haikal namun belum tiba masa untuk mendedahkannya.
“FAM punyai bukti jelas mengenai perkara ini namun belum tiba masanya untuk kita dedahkan,” ujarnya yang mengharap agar Wan Zack Haikal terus kekal bersama kelab FC Ryukyu.
Dalam laporan media tempatan baru-baru ini melaporkan Wan Zack, 22, yang mula mempamerkan sengatnya pada aksi pertamanya April lalu, kini berhasrat meninggalkan FC Ryukyu kerana dikatakan mengalami masalah komunikasi dengan pegawai perubatan kelab.
Petang tadi saya berjoging di Taman Bandar, Kuantan. Kali terakhir saya berjoging adalah 6 bulan dulu. Sebenarnya berjoging petang tadi pun tak boleh di kategorikan berjoging tetapi lebih kepada berjalan saja. Saya tak larat nak bawa perut berlari keliling taman hu hu hu. Kisahnya saya terlihat banner berkenaan Larian Jom! Kitar Semula yang nak dibuat di Taman Bandar Kuantan ni pada 15 Jun 2013. Ha ni best ni kalau saya free pada hari tersebut Insya Allah saya pasti akan join (walaupun tak larat sangat nak lari dan terlepas tarikh tutup penyertaan hu hu hu).
gambar dari h/set lama & murah kalau tolak kt kedai
Jam 8 malam tadi saya pergi menengok Jom Heboh di Kuantan. Jalan malam kesana sedap sikit sebab tak panas berbanding cuaca siang. Anak saya yang nak datang sangat, saya ikutkan sahaja kehendaknya. Petang tadi hujan turun lebat sangat di kawasan rumah jadi saya kuatir padang Jom Heboh belecah walaupun jarak rumah ke Bandar Kuantan jauh jugak. Tetapi bila sampai keadaan kat sini ok je dan tak berlecah sangat. Penganjur TV3 prihatin dan telah menyediakan papan plywood memudahkan pengunjung lalu lalang di sepanjang gerai yang ada. Saya lihat pengunjung dari pukul 8 sampai nak ke pukul 9 malam makin bertambah ramai je. Agaknya macam saya kot lebih selesa datang time malam. Kedatangan saya kali ni melengkapkan rekod tak pernah miss datang ke Karnival Jom Heboh di Kuantan setat dari penganjuran pertama dulu yang namanye Sure Heboh walaupun tak pernah tengok konsert dia.
Kali ni abang taknak mainan pistol buih tetapi robot berjalan pulak. 1 robot tu rege dia RM10. Pastu saya kena beli 2 untuk abang dan adik sekali.
KEADAAN kereta Perodua Kelisa milik mangsa ketika berjaya dikesan pasukan penyelamat.
BAYAN LEPAS - Polis semalam berjaya mengeluarkan mayat seorang lelaki yang tersepit di dalam sebuah kereta yang dihempap timbunan konkrit dalam kejadian runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu dekat Batu Maung malam kelmarin.
Mayat mangsa, Tajuddin Zainal Abidin, 45, ditemui pasukan penyelamat dalam kereta yang dihempap batang besi dan konkrit kira-kira pukul 4.30 petang.
Bagaimanapun, mayat mangsa yang tinggal di Permatang Damar Laut, Bayan Lepas hanya dapat dikeluarkan pada pukul 8.40 malam iaitu selepas 25 jam operasi menyelamat dilakukan.
Tajuddin ditemui dalam keadaan telangkup pada papan pemuka (dashboard) kereta jenis Perodua Kelisa setelah kerja-kerja menyelamat dilakukan sejak malam kelmarin.
Kereta mangsa remuk akibat dihempap beberapa batang besi dan konkrit seberat kira-kira lebih 200 tan manakala tubuh mangsa dikatakan mengalami kecederaan teruk akibat terkena runtuhan tersebut.
Timbalan Ketua Polis Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk mengeluarkan mayat mangsa kerana timbunan konkrit tersebut agak besar dan berat.
Kerja-kerja mengalihkan sisa runtuhan sedang giat dijalankan. - Foto Sinar Harian oleh MOHD ISKANDAR OTHMAN
Foto Sinar Harian oleh MOHD ISKANDAR OTHMAN
Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh dalam satu kejadian kira-kira pukul 7.15 petang semalam. - Foto Bernama
BAYAN LEPAS - Jalan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang berhadapan dengan kilang Motorola di sini runtuh kira-kira jam 7.15 malam tadi.
Menurut jurucakap Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), runtuhan berkenaan adalah sebahagian daripada ‘ramp’ di bawah kerja-kerja pembinaan pakej 3A yang sedang giat dijalankan.
Beliau berkata, siasatan lanjut berkenaan punca kejadian sedang dijalankan dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan esok.
“Kita masih siasat punca kejadian dan JKSB akan keluarkan kenyataan berhubung kejadian ini selewat-lewatnya pagi esok,” katanya ketika dihubungi di sini.
Sementara itu, seorang saksi kejadian Zalali Mohamad, 30, berkata, kejadian berlaku begitu pantas dan beliau melihat beberapa kenderaan yang melalui jalan itu dihempap runtuhan berkenaan.
“Saya berada tidak jauh dari tempat kejadian dan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat..apabila saya berpaling melihat jambatan itu saya nampak beberapa buah kenderaan dihempap runtuhan berkenaan.
“Saya tidak pasti berapa jumlah kenderaan yang terlibat tetapi saya nampak sebuah kereta dan motosikal dihempap,” katanya.
Sehingga kini kerja-kerja mengalihkan runtuhan sedang giat dijalankan oleh anggota penyelamat.
Jumlah kenderaan dan mangsa yang terlibat belum dapat dipastikan.
Projek pembinaan jambatan kedua itu dilancarkan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2008 dan kerja-kerja pembinaan dimulakan pada 3 Mac 2009. Ketika ini sebanyak 94 peratus kerja-kerja pembinaan berjaya dilaksanakan.
Pada 30 April lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pemimpin pertama negara yang menggunakan laluan Jambatan Kedua Pulau Pinang sepanjang 24 kilometer dari bahagian pulau ke tanah besar untuk ke satu majlis di Kepala Batas, Seberang Perai.
Jambatan kedua Pulau Pinang ialah jambatan terpanjang di Asia Tenggara yang dibina bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang dengan kos RM4.5 bilion.
Kami sepejabat ada buat kerja di Bentong. Ceritanya, sepanjang jalan persekutuan utama FT08 dari Bentong ke Raub dan Lipis, Pahang kami asyik terlihat banyak sungguhlah gerai jual Nangka Madu sebagaimana sebelum ni. Jadi Boss buat keputusan popular untuk berhenti singgah dimana-mana gerai yang mudah untuk parking kereta. Gerai yang terpilih ialah Gerai Nangka Emas.
Saya lihat selain jual buah nangka madu, gerai ni turut jual anak pokok dan tanpa melenggah masa boss saya yang telah beli satu anak pokok. Oleh sebab rumah saya bukannya di korner lot (tiada kawasan tanah untuk bercucuk tanam kecuali tanah di dalam pasu bunga sahaja) jadi saya hanya beli 1 juring (buah nangka yang telah dipotong 1/4 sahaja) dan bukannya anak pokok nangka.
Akak yang jaga gerai ni maklumkan perbezaan nangka madu mastura dan nangka madu biasa ialah warnanya yang keorenan. Nangka madu ni banyak jenis ada yang buah besar dan jenis kecil. Saya dapati rasa nangka madu ni sangat enak berbanding nangka biasa dan masih mengekalkan ciri-ciri biasa nangka yang bergetah.
Seronok juga dapat hadir ke Majlis Reunion yang rakan-rakan sekolah anjur. Dapat jumpa semula kawan-kawan sekolah lama yang terpisah lebih 20tahun dalam majlis sebegitu memang menyeronokkan. Agak susah jugak orang yang berstatus anti sosial dan tak ramai friend fesbuk seperti saya nak join, tapi akhir sekali saya sertai juga. Faktor yang mendorong saya untuk turut serta adalah seperti di bawah:
Ada Makan-Makan
Biasanya reunion mesti ada aktiviti wajib menjamu selera. Jadi selain merapatkan sillaturahim antara kawan-kawan lama, makan nasi dengan kawan lama memang best. Lagi best kalau makan nasi goreng cina, tomyam, satay, ayam dan ikan panggang BBQ, kek, potongan buah tembikai, papaya dan minum air sirap atau teh 0 dengan kawan lama.
Dapat Borak Dengan Kawan Lama
Bukan senang nak jumpa dan kumpul kawan lama kalau bukan sebab event sebegini. Seronok ape dengar kisah kehidupan sahabat lama terpisah. Ada yang lebih atau kurang dari kita. Jika 20 tahun dulu masa zaman sekolah tolak hari cuti, boleh kata tiap-taip hari saya bersembang dengan kawan yang duduk di kerusi sebelah, duduk meja depan takpun belakang, ketua kelas/tingkatan mahupun pengawas sekolah apatah lagi perpustakawan. Lepas tamat sekolah semuanya tinggal kenangan. Ringkasannya ini adalah masanya untuk saya berborak dengan diaorang dan imbau memory zaman persekolahan.
Menghargai Pengerusi dan JKKK
Reunion ini dikelola oleh ketua dan ahli jawatankuasa yang terdiri dari kawan-kawan. Tidak ade gaji pun. Segala usaha dan penat lelah serta goodies atau hamper yang telah disumbangkan hanya ihklas untuk buat event yang bolehkan sebab kawan-kawan berkumpul. Kehadiran saya tentulah sedikit sebanyak menghargai usaha yang telah kawan-kawan sumbangkan.
Lihat Perubahan
Kita semua berubah tak kira dari segi emosi atau fizikal diri, perubahan tetap berlaku menerusi fasa kehidupan. Contoh mudah jika dulu kawan kita jenis kelakar atau suka buat joke, adakah dia akan kekal berkarakter sebegitu selepas 20 tahun berjumpa semula. Namun begitu kalau bukan orang lain yang berubah mungkin diri kita sendiri yang banyak berubah. Kawan-kawan lama yang akan menilai perubahan yang berlaku pada kita.
Tegur Kawan Yang Tak Sempat Tegur
Zaman persekolahan dulu banyak kelas. Mungkin saya tak sempat tegur semua kawan-kawan di kelas lain. Dulu saya pemalu orangnya dan sekarang pun masih begitu. Jadi nilah peluangnya bertegur sapa sesiapa sahaja yang dulu saya tak sempat tegur.
Mensyukuri Nikmat Yang Maha Esa
Kalau bukan kehendak Nya saya mungkin tidak ketemu sahabat-sahabat lama dibangku sekolah dulu. Saya akan mensyukuri kurniaan umur yang panjang anugerah Yang Maha Esa.
Jadi ni antara sebab saya hadir ke majlis Reunion Zaman Sekolah. Semua ni saya dapat fikirkan ketika Tuan Pengerusi Reunion buat ucapan alu-aluan. Terima kasih banyak-banyak kawan-kawan semua. Korang semua memang TERBAIK.
Isnin lepas saya hantar Maksu belajar ke Kolej Matrikulasi Kuala Pilah, Negeri Sembilan dengan rombongan ahli keluarga yang lain. Mula-mula tu nak booking mana mana hotel di Bandar Kuala Pilah tapi kebanyakan hotelnya dah penuh. Melang Inn Hotel, Desa Inn Hotel dan Rest House bila call je dia kata dah ade yang tempah sebab pendaftaran pelajar ke Kolej Matrikulasi ni. Orang lain booking sebulan lebih awal.
Jadi ambil keputusan bertolak dari Triang je, lagipun bukannya jauh sangat pun ambil masa lebih kurang sejam setengah pejalanan. Jalan pun bukan susahpun mula-mula hala ke Bahau pastu sebelum simpang serting hala terus ke Simpang Pertang hala terus Batu Kikir pastu terus masuk Bandar Kuala Pilah. Kita orang bergerak lepas subuh sebab nak daftar awal, walaupun bawak kereta pelan-pelan boleh sampai area sebelum pukul 8.30pagi. Kami sempat sarapan pagi dekat kedai makan berhampiran stesen minyak esso yang jual mee kari untuk breakfast. Sedap mee kari dia. Oleh sebab lupa nak fotostart salah satu borang berkaitan pendaftaran kami pusing semula ke bandar jap cari kedai fotostart. Pastu masuk balik semula jalan ke Kolej yang tak jauh sangat dari bandar Kuala Pilah.
Walaupun awal pagi jalan ke kolej dah start sesak dengan kenderaan beratur panjang nak masuk kolej. Rupanya kolej dekat area kawasan perumahan. Masa daftar macam biasalah ramailah ibubapa yang mendaftar anak di bawah satu dewan besar kat sini. Lepas maksu siap daftar kami semua kena angkut barang Maksu lebih kurang dekat 1km la jalan kaki sambil bawa beg dan barang-barang lain. Kena pulak asrama Maksu kat atas bukit puas sungguh panjat tangga.
Dari penelitian ringkas di Kuala Pilah dan pendaftaran kolej Matrikulasi ni saya nak buat beberapa kesimpulan sikit :
1. Orang kat Kuala Pilah ni memang ramah sungguh dan baik-baik belaka. Masa kami makan mee kari waktu sarapan pagi, Pakcik yang duduk semeja panjang dengan kami dengar perbualan saya dan Maksu nak cari kedai fotostart. Pakcik ni Bilal Masjid, hulur bantuan dengan bawa motor dan tunjukkan lokasi kedai fotostat.
2. Penduduk dikawasan taman berhampiran Kolej ni tak kisahpun orang ramai parking kereta depan rumah berhampiran pintu pagar. Siap bertanya khabar lagi. Tak masam mukapun. Malah saya nampak sendiri pakcik berbaju pagoda pakai kain pelekat keluar umah tegur 1 famili yang tengah sorong beg galas beroda dan terus ke seberang jalan membantu kereta rosak keluarga lain yang nak mendaftar anak.
3. Nak daftar ni kena sediakan betul-betul apabenda borang yang dia minta sebab kalau tak cukup nanti buat susah je. Nak fotostart itu ini masa tengah berbaris tentulah menyusahkan, tu tak termasuk kalau takde setem hasil. Kena susun borang ikut susunan betul-betul.
4. Kalau nak makan satu family, makan je kat cafeteria kat kolej jangan nak makan kat luar pastu nak masuk balik. Alamatnye lepas makan nasik tengahari pastu tersangkut kat jem semata-mata nak masuk balik ke kolej. Kalau tak cukup barang2 macam penyangkut baju atau berus kasut beli je kat kolej.
5. Jalan menuju ke kolej dari Bandar Kuala Pilah jem dari tengah hari ke petang sebab pendaftaran kemasukan pelajar ni. Saya nasihatkan datang awal untuk daftar anak. Sebab saya kesian sungguh lihat Mak, Ayah dan Atuk berpanas angkut beg anak jalan kaki dekat 500m lepas parking kereta di bahu jalan jauh dari kawasan pintu masuk kolej sebab tak sanggup tersangkut dalam kereta dan kejar masa pendaftaran yang nak tutup jam 5 petang. Dan jem ni tiap tahun berlaku time pendaftaran ni.
6. Lepas sampai ke Kuala Pilah saya makin minat dengar lagu kat bawah ni.