Wednesday, 26 December 2012
Photo Jalan Naik Air dr FB kawan
Hari ni saya nak letakkan gambar jalan dinaiki air yang kawan saya tangkap. Gambar 1 ni kat Sg. Riau jalan Sg. Lembing. Photo bawah sekali tu kat Gebeng. Gambar ni saya ambil dari facebook kawan saya .
Tuesday, 4 December 2012
Main Air di Bukit Gambang Water Pak
Sabtu lepas saya ke Bukit Gambang Water Park. Ramai sangat orang yang datang kat sini sebab time cuti sekolah. Oleh sebab tu, barisan jadi panjang masa beli ticket masuk.Harga ticket bagi dewasa RM23.90 dan kanak-kanak RM16.90. Tapi saya dapat baucer diskaun, jadi dapatlah murah sikit. Masa beli ticket tu saya top up terus untuk sewa locker, sewa pelampung dan beli hotdog. Kalau dah sampai kat sini yang paling seronok tentulah anak kecil dan mak bapak yang bawak anak tu sekali.
Barisan ni panjang waktu pagi je kalau dah pukul 2.30 tak payah beratur pun sebab dah tak ramai orang. |
Kanak masuk percuma kalau ukuran tinggi bawah 90cm. Rasanye bayi berdukung dan budak kecil satu tahun je masuk dalam ukuran ni. |
Saya paling suka kat kolam ni sebab ada ikan gigi besar yang muntahkan air. Ramai pulak yang tunggu kat bawah ikan besar tu muntahkan air. |
Hari tu hujan renyai , jadi tak panas sangat. Ok gak dapat main air campur main air hujan sikit. |
Boleh main ombak kat sini. Siap ade bunyi siren beri tahu ombak besar datang. Nak best, kena sewa pelampung. Kalau malas main air boleh baring atas pelampung je sambil layan muzik. |
Monday, 26 November 2012
Harung lecah beli diecast Alza di Jom Heboh.
Setiap kali jom heboh diadakan di Kuantan, saya akan hadir dan tak pernah miss pun kononnya nak memeriahkan suasana. Yang bestnya kalau bernasib baik saya boleh nengok artis takpun personaliti TV3 secara dekat. Masa event saya boleh beli barang yang dijual harga promosi secara pukal dalam satu beg besar. Banyak gerai depan jalan stadium yang jual makanan dan macam-macam barang. Herannya saya tak pernahlah pulak nengok konsert, biasanya abis beli barang saya terus balik umah. Tak terkecualilah pada tahun ni, jadi pada sabtu kemarin saya pun datanglah ke padang MPK 2 dengan anak time waktu petang lepas hujan tak berape lebat berhenti.
Nak jadi rezeki kali ni saya dapat parking kete di pasaraya depan stadium dekat dengan padang hanya perlu cross jalan je. Sebelum ni parking mesti jauhnye. Sampai je kat padang saya tengok keadaan padang yang berlecah di sekitar booth jom heboh. Ni mesti sebab hujan lebat kat Kuantan sehari dua ni. Apa-apapun oleh sebab dah sampai, saya pun redah je. Gerai pameran yang pertama saya lawat ialah perodua sebab nak beli die cast alza, itupun kalau harga dia murah berbanding tahun lepas. Dan memang murah pun jadi saya pun beli la satu. Lepas saya dapat 2 beg besar dari perodua, saya pun pusing ke booth lain sambil pijak padang yang basah. Oleh sebab saya datang lewat petang sangat, jadi takde sorang artis takpun orang TV3 yang dapat saya tengok dekat, tak seperti tahun-tahun sebelumni. Huhuhu.
Tahun lepas pun nak pistol buih gak |
Pilih la yg mana satu |
tengah baiki jalan, hampar pasir |
Lepas beli 2 kotak vitamin c boleh putar roda impian tu |
Wednesday, 21 November 2012
Monday, 19 November 2012
Dapat Sekotak Susu Anmum Essential Percuma
posmen hantar |
Hari
sabtu kemarin saya dapat percuma satu kotak susu Anmum Essential pek 500g yang dihantar
posmen pos laju hingga depan rumah pakai van. Mula-mula tu hairan jugak sebab
saya takde ode apa-apa barang pun melalui online mahupun sertai peraduan dalam
tempoh masa terdekat ni namun tetiba je dapat satu kotak kecil dalam balutan
beg plastik pos laju.
Sebelum
ni bulan Oktober lepas saya pergi pasaraya untuk beli barang keperluan rumah
termasuk susu anak. Bulan-bulan sebelum ni pun ada beli susu anak jugak sebab
perkara ni memang rutin biasa bagi mak bapak yang ada anak kecil. Anak saya
minum susu Anmum Essential. Saya tengok ada kempen percuma pek 500g hanya
dengan kumpulkan beberapa hujung pencedok dan gunting barkod kotak susu serta
isi borang penebusan. Saya pun sertai sebab wife ada kumpul sikit sudu susu
dari pembelian yang dibuat sebelum ni. Kesimpulannya bulan ni dapat kurang
sekotak beli susu anak.
aktiviti mengisi borang, potong bar kod dan sudu |
Friday, 9 November 2012
Lempeng Pisang, Bandar Karak, Bentong
Waktu petang semasa perjalanan balik dari Kuala Lumpur saya rasa bosan semacam sebab pandu kereta sorang-sorang. Kebosanan saya seakan bertambah disebabkan pemanduan saya sendiri yang mematuhi kelajuan di lebuhraya. Lagu-lagu mp3 yang saya dengar dari audio kereta tidak mampu membuang perasaan bosan yang kian membuak. Pastu rasa macam mengantuklah pulak. Jadi saya ambil keputusan tidak drastik untuk minum petang a.k.a mengeteh di mana RNR atau pun mana-mana tempat yang best. Oleh kerana saya telah lepasi tol bentong saya terus drive ikut jalan lama bermakna tidak masuk highway (LPT) untuk pekena secawan kopi di Bandar Karak, Bentong. Seingat saya ada satu restoren berdepan dengan masjid Bandar Karak yang sediakan menu lempeng pisang namanya Mak Andak Cafe. Jadi singgah lah saya. Restoran ni memang penuh dengan pengunjung dan menyediakan masakan panas yang sedap-sedap. Rasanya dulu saya pernahpun makan roti canai kat sini. Tapi kedatangan kali ni untuk pekena kopi secawan dan lempeng pisang yang sememangnye nyum-nyum.
Kopi + lempeng pisang=terbaik |
Hari Hujan |
Wednesday, 31 October 2012
Makan Sata dan Otak-Otak Di Rompin
Saya dan ahli rombongan sepejabat di bawa ke sebuah kedai makan di Pantai Bernas yang sediakan sata dan otak-otak yang amat best. Saya tak tau pulak nama kedai makan ni tapi apa yang pasti air ABC dan cendul kat sini pun sedap jugak. Inilah kali pertama saya makan sata dan otak-otak ‘made in Rompin’. Siap ada otak-otak udang pulak tu. Sedap sangat. Kebiasaannya saya makan di Kuantan dan Kemaman. Khabarnya kedai ni penuhi pengunjung pada hari cuti sebabnya ramai orang nak turun ke laut di jeti berdekatan kedai. Nak ke sini mula-mula kena cari jalan ke padang golf Lanjut, pastu jumpa Kampung Bernas pandu kedepan lagi jumpa Pantai Bernas.
ni lah kedainye |
otak-otak dan sata yang sedap betul |
Ini cendol kacang |
jeti |
Monday, 22 October 2012
Beli Udang Galah Rompin
Minggu lepas saya ke Rompin dan sempat beli sekilo Udang Galah. Udang Galah dijual berdasarkan gred dan saiz. Yang bestnye udang ni siap ade telur lagi. Isi udang memanglah manis, campur telur bertambah lagi lah manisnye. Saya terdorong untuk beli selepas menonton satu episode Majalah Tiga yang siarkan cite tangkapan udang galah. Sebelum ni kalau ke Rompin tak pernah beli pun. Saya jumpa kedai yang jual Udang Galah ni selepas diberi tahu oleh Tuan Kedai Makan di RNR Rompin. Kedai ni tak berapa jauh dari persimpangan jalan Leban Chondong.
Friday, 19 October 2012
Melaka River Cruise
Ahad lepas saya ade di Bandaraya Bersejarah Melaka. Waktu malam selepas makan mee goreng mamak di restoren terbuka tepi jalan penuh dengan student IPTA, saya pun terus ke Pirate Park . Bagi saya Pirate Park ni tempat lepak keluarga yang best di tepi Sungai Melaka serta sesuai untuk budak kecik sebab ade buai macam eye on Melaka, rumah hantu, tempat lompat-lompat tinggi dan paling saya suka ada bot Melaka River Cruise.
Masa beli ticket di sini jurujual syorkan kalau nak naik bot awal, boleh naik di Jeti Taman Rempah sebab bot River Cruise start gerak pukul 9. Saya ambik keputusan untuk tunggu jelah sebab 30minit je lagi. Duduk di atas kerusi panjang sini pun ok jugak sebab boleh tengok gelagat orang ramai termasuk bot River Cruise yang penuh penumpang dari jeti lain lalu lalang.
Ticket bagi Melaka River Cruise ni RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi bebudak. Perjalanan bot ambil masa 45 minit susuri sungai yang penuh dengan lampu warna warni di sepanjang laluan. Terang abis rumah di Kg. Morten, bangunan-bangunan lama yang dilukis mural cantik, jambatan yang disuluh lampu, pokok bakau, kincir air dan macam-macam lagi. Siap ade restoren mengadap sungai pulak tu. Oleh sebab saya naik di Pirate Park , bot pergi dulu ke Kg Morten hingga ke Jeti Taman Rempah. Selepas itu bot lalu semula ke Kg Jawa, Padang Nyiru sampai Jeti Muara. Jeti Muara ni dekat sangat dengan muzium kapal sebab nampak besar sangat kapalnye. Lepas tu balik semula ke Pirate Park .
Sepanjang perjalanan kami didengarkan info-info dan lagu-lagu selingan menerusi audio bunyi yang dipasang di dalam bot. Betul pulak tu timing dia masa beri info di setiap lokasi yang di lalui. Kat Melaka ni saya tido di Hotel Orkid, harga biliknye RM150 dan goverment rate RM140, saiz biliknye boleh tahan luas jugak. Nanti kali kalau ke Melaka semula saya nak cuba Melaka Duck Tours pulak.
Tuesday, 16 October 2012
Susuri Sungai Kuantan Dengan Kuantan River Cruise
Oleh sebab tak sempat naik bot di Taman Tamadun Islam (TTI) River Cruise kat Kuala Terengganu tempoh hari, jadi dengan selamba pada hari cuti lepas saya naik bot Kuantan River Cruise. Mula-mula sekali beli ticket di jeti Shahbandar kat Esplanade yang berharga RM18 untuk dewasa. Bagi bebudak ticket berharga RM15. Jeti Shah Bandar ni juga bersebelahan dengan pejabat Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan berdepan dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Saya ambik trip paling awal pukul 11.30pagi. Kena daftar dulu rupanya kalau nak naik bot kat buku yang disediakan. Agaknya sebab nak susun penumpang. Hari cuti sabtu rupanye ramai yang nak naik bot macam saya.
Jetty Shahbandar
Perjalanan susuri Sungai Kuantan ambil masa lebih kurang 40minit. Abang yang memandu bot turut memberi penerangan berkaitan lokasi yang disusuri seperti aras sebenar air sungai di kawasan paya bakau, burung helang putih, pantai-pantai seperti Pantai Taman Gelora dan Teluk Chempedak termasuk kapal-kapal di kawasan perkampungan nelayan dan tempat makan yang best contohnya restoren yang sediakan menu gulai patin masak tempoyak, ikan bakar kat Tanjung Lumpur dan macam-macam lagi la. Kalaun nak tanya pun boleh nanti abang pemandu bot jawab dengan mesra sekali.
Baru la saya tahu rupanya kapal nelayan turut dikenalpasti berdasarkan warna sebagai contoh kapal nelayan Pahang warna kuning manakala kapal nelayan Kelantan warna Merah (selain nombor plate kat bot tu sendiri). Nak parking kapal pun kena ada tempat dia, tak boleh main letak rupanya dan sebelum ke laut kapal nelayan bawa air batu dari kilang air batu dipesisir sungai rupanye.
Kami lalu sampai lepasi bawah Jambatan Tanjung Lumpur dan terus berpusing balik bila berdekatan dengan Fire House. Kalau jalan terus, nanti terus sampai Laut Cina Selatan.
Waktu operasi Kuantan River Cruise ni bagi hari Sabtu dan Ahad ialah 11.30pagi, 1ptg, 2ptg, 4ptg, 6.30ptg, 8mlm dan 9mlm. Hari Jumaat pun sama cuma tiada operasi pukul 1ptg. Hari lain waktu operasi pukul 2.30ptg sampai 8malam kecuali hari Rabu sebab tutup, kecuali cuti sekolah & cuti umum. Kuantan River Cruise memang best.
Friday, 12 October 2012
Tribute To My Iswara
Saya ada Iswara c.c 1.3 tahun 1998 yang tentunya telah melepasi zaman kegemilangan. Kereta kesayangan inilah yang digunakan secara intensif untuk aktiviti harian serta kegunaan kerja. Sepanjang menggunakan Iswara saya ni ianya tak pernah menghampakan dan tidak memberi masalah pun. Seingat saya antara trip jauh bersama-sama iswara berjasa ni adalah ke Kota Bharu, Kuala Terengganu, Cameron Highlands dan KLIA. Iswara ni juga telah jelajah banyak laluan jalan persekutuan di daerah dalam Negeri Pahang.
Agaknya disebabkan faktor usia, iswara dah mula diserang sakit-sakit tua. Kadang kala ianya susah nak hidup dan rasanya bukan berpunca dari bateri yang dah kong. Radio boleh di on setelah kunci dipulas. Dan inilah yang memeningkan kepala. Saya faham barang dah lama tentulah banyak komponen yang perlu ditukar. Bulan lepas saya baru je ganti radiator. Radiator lama dah bocor macam kertas turas. Tempreture asyik hot je. Saya kena tambah air setiap hari sebelum pergi dan balik dari pejabat.
Tahun 2012 pulak distributer dah tukar baru selepas tak boleh nak hidup. Masa tu pada bulan puasa, berpeluh jadinya sebab tukar sendiri bateri dan plug waktu tengah hari. Padahal sekali tengok je pomen dah boleh kesan barang lain yang rosak. Sebelum tu ekzos asyik kuar asap putih macam pakai motor enjin 2 lejang guna 2T bukan low smoke masa tekan minyak. Saya dah minta pomen baiki masa tukar timing belt ari tu.
Oleh sebab saya dah beli MPV kompak, iswara dah kena turun pangkat dan tak dapat duduk di garage rumah. Saiz dan ruang parking kat rumah terhad. Iswara terpaksalah berembun sebab kena parking dimerata tempat tak berbumbung. Menariknya Pomen pernah puji iswara ni kerana pandai jaga tuannye kerana hanya rosak selepas diparking di sekitar kawasan rumah. Bagi saya ada betulnya pandangan Pomen ni. Apa-apapun sebetulnya saya memang sayangkan Iswara saya ni.
Friday, 5 October 2012
Restoran Popular Menu Ikan Patin
Jika terasa nak makan ikan patin secara tiba-tiba semasa bawak kereta ke Kuala Lumpur dari Kuantan lalu jalan lama (FT02 Kuantan-Kuala Lumpur) tak ikut Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan telah berada di daerah Temerloh jadi bolehlah singgah ke Restoran S.Z.Rahmah yang memang terkenal dengan masakan menu ikan patin yang sangat sedap. Kedai makan ini mudah dikenalpasti sebab bersebelahan dengan stesyen minyak BHP sebelum sampai Hospital Besar Temerloh.
Restoran ni kebiasaannya ramai sangat pengunjung jadi kalau nak datang ke sini kena datang awal yek takut lauk ikan patin habis nanti kalau sampai lewat sangat.
Tengok tu... ekor ikan patin terkeluar dari pinggan. Nyum-Nyum
Tuesday, 2 October 2012
HawkEye vs Green Arrow
Bulan lepas saya langgan Astro Best nengok Movie Marvel Avengers. Memang best sangatlah citenye kerana watak-watak hero utama Iron Man, Hulk & Thor bergabung lawan aliens nak takluk bumi sedangkan sebelum ni mereka hanya beraksi dalam movie masing-masing.
Dalam syok menonton tu, saya tertarik dgn watak Agen Barton a.k.a Hawk Eye yang mempunyai kemahiran memanah ditahap maksima. Setahu saya watak adiwira yang terror sangat memanah setaraf Robin Hood cuma Green Arrow je. Green Arrow ni saya selalu lihat muncul dalam rancangan karton Justice League Unlimited ataupun cite Smallville. Waa baru saya tahu rupanya ada sorang lagi watak hero memanah.
Hawkeye
Green Arrow
Bagi mendapatkan lebih kefahaman saya pun googlelah dan baru saya tahu Hawk Eye dan Green Arrow adalah 2 watak adiwira yang berbeza dari segi latar belakang, anakpanah, busar dan costume, yang sama hanyalah kehebatan skill memanah.
Thursday, 20 September 2012
Naik Kereta Kuda Di Pantai Batu Burok
Di Kuala Terengganu, Bandar Raya Pesisir Air kali ni saya tido di Batu Burok Beach Resort. Lokasinya sudah tentulah di tepi Pantai Batu Burok. Bagi saya yang bestnye kalau tido di mana-mana hotel atau resort di tepi pantai mestilah bunyi deruman ombak yang membelah pantai macam lirik lagu Alleycats 'suara kekasih' tu. Deruman ombak pastinya jelas kedengaran pada awal pagi jika berdiri ditepi tingkap dengan syarat bilik kena mengadap laut. Dari resort ni saya boleh jalan kaki je menuju kedai makan berhampiran takpun ke tempat lepak-lepak di pantai.
Menariknya kat Pantai Batu Burok ni ada kereta kuda dan pada jarak terhad kita dibawa 2 pusingan kawasan pantai dengan bayaran tambang RM5.00. Ramai juga pengunjung yang naik kete kuda ni termasuklah saya.
Oleh sebab lama dah tak melawat Masjid Kristal, kali ni saya singgah jap. Lagipun lokasinya tak jauh dari tempat saya beli keropok losong. Dekat Taman Tamadun Islam ni ade River Cruise. Best juga ni, tapi bila pikir balik saya kena postpone dulu hasrat saya untuk naik bot ni sebab hari dah lewat petang dan saya nak kejar masa untuk balik ke Kuantan.
Nama tempat yang ada pokok macam di i-city di China Town tu rupanya Pulau Warisan.
Subscribe to:
Posts (Atom)