Monday 19 November 2012

Dapat Sekotak Susu Anmum Essential Percuma

posmen hantar


Hari sabtu kemarin saya dapat percuma satu kotak susu Anmum Essential pek 500g yang dihantar posmen pos laju hingga depan rumah pakai van. Mula-mula tu hairan jugak sebab saya takde ode apa-apa barang pun melalui online mahupun sertai peraduan dalam tempoh masa terdekat ni namun tetiba je dapat satu kotak kecil dalam balutan beg plastik pos laju.

Sebelum ni bulan Oktober lepas saya pergi pasaraya untuk beli barang keperluan rumah termasuk susu anak. Bulan-bulan sebelum ni pun ada beli susu anak jugak sebab perkara ni memang rutin biasa bagi mak bapak yang ada anak kecil. Anak saya minum susu Anmum Essential. Saya tengok ada kempen percuma pek 500g hanya dengan kumpulkan beberapa hujung pencedok dan gunting barkod kotak susu serta isi borang penebusan. Saya pun sertai sebab wife ada kumpul sikit sudu susu dari pembelian yang dibuat sebelum ni. Kesimpulannya bulan ni dapat kurang sekotak beli susu anak.

aktiviti mengisi borang, potong bar kod dan sudu


No comments:

Post a Comment