Monday, 26 November 2012

Harung lecah beli diecast Alza di Jom Heboh.


Setiap kali jom heboh diadakan di Kuantan, saya akan hadir dan tak pernah miss pun kononnya nak memeriahkan suasana. Yang bestnya kalau bernasib baik saya boleh nengok artis takpun personaliti TV3 secara dekat. Masa event saya boleh beli barang yang dijual harga promosi secara pukal dalam satu beg besar. Banyak gerai depan jalan stadium yang jual makanan dan macam-macam barang. Herannya saya tak pernahlah pulak nengok konsert, biasanya abis beli barang saya terus balik umah. Tak terkecualilah pada tahun ni, jadi pada sabtu kemarin saya pun datanglah ke padang MPK 2 dengan anak time waktu petang lepas hujan tak berape lebat berhenti.

Nak jadi rezeki kali ni saya dapat parking kete di pasaraya depan stadium dekat dengan padang hanya perlu cross jalan je. Sebelum ni parking mesti jauhnye. Sampai je kat padang saya tengok keadaan padang yang berlecah di sekitar booth jom heboh. Ni mesti sebab hujan lebat kat Kuantan sehari dua ni. Apa-apapun oleh sebab dah sampai, saya pun redah je. Gerai pameran yang pertama saya lawat ialah perodua sebab nak beli die cast alza, itupun kalau harga dia murah berbanding tahun lepas. Dan memang murah pun jadi saya pun beli la satu. Lepas saya dapat 2 beg besar dari perodua, saya pun pusing ke booth lain sambil pijak padang yang basah. Oleh sebab saya datang lewat petang sangat, jadi takde sorang artis takpun orang TV3 yang dapat saya tengok dekat, tak seperti tahun-tahun sebelumni. Huhuhu.


Tahun lepas pun nak pistol buih gak

Pilih la yg mana satu

tengah baiki jalan, hampar pasir

Lepas beli 2 kotak vitamin c boleh putar roda impian tu


No comments:

Post a Comment