Ada
sekor belalang kunyit kat pokok limau purut yang wife saya tanam dalam pasu. Anak-anak
saya suka sangat memerhatikan belalang ni. Pokok limau purut tu kiranye dah
lama dah hidup rasanya dalam 6 tahun dah umurnye. Jika wife saya masak lauk
paprik daging takpun ayam, daun muda dari pokok ni la yang di petiknye dan
dimasukkan sekali ke dalam kuali. Agaknya itulah antara sebab Wife saya tanam
pokok ni. Hobi Wife saya tentulah tanam pokok dalam pasu dan memasak.
Saya
pulak selalu siram ke semua pokok disekitar
kawasan anjung rumah tak terkecuali
pokok limau purut ni. Lama dah saya perasan pokok ni belum lagi berbuah, taktau
pulak apa sebabnye agaknye kurang baja takpun memang sepisisnye sebegitu. Tapi
bukanlah disebabkan belalang ni yang makan daun pokok limau purut.
No comments:
Post a Comment