Ni gwiyomi paling cute
Monday, 22 April 2013
5+5=Gwiyomi (Cutie)
Tengah layan youtube, tetiba jumpa macam-macam klib video gwiyomi. Benda ni rupenye datang dari Korea Selatan pengaruh K-Pop rupenye. Nak tau lebih lanjut klik sini . Jom kite layan Gwiyomi.
Saturday, 20 April 2013
Memanah Di Bukit Fraser
Perjalanan dari Kuantan ke Bukit
Frazer dgn bawak kereta secara santai ambik masa 4jam. Jarak perjalanan lebih
kurang 250KM. Saya ikut LPT terus ke Bandar Bentong, jalan hala ke Raub pastu
masuk terus simpang kiri ke Bukit Frazer seperti yang arrow signboard tunjuk.
Inilah kali pertama saya ke puncak dan baru la saya tau jalan dia makin naik ke
atas makin sempit. Mula-mula tu lebar jalan kirenye boleh berselisih kete tapi
lepastu dah tak boleh berselisih lagi. Saya tak ingat berape banyak selekoh
yang dah saya lalu, tp yg pastinye sampai rasa bosan la melayan koner. Seksa sungguh nak sampai ke The Little England Of Malaysia ni.
besarnye buah durian. Masani jln ok lg. |
simpang ni masuk jln lain kuar ikut jln lain |
Di Bukit Frazer kitaorang semua tido
kat Hotel Shahzan Inn. Bilik yang saya duduk rate nye RM175. Ade 2 katil size
queen dan tak sediakan air con macam kat Cameroh Highlands jugak. Jadi saya
share je bilik ni dgn opis mate En. Buk yang juga coach memanah. Best lah
suasana malam kat sini sebab sunyi je, dari bilik hotel boleh dgr bunyi burung
dgn serangga. Betul la kata orang Bukit Frazer ni tempat percutian orang yang
nak menikmati alam sekitar.
ada ATM maybank tu |
taklimat saya , x pasti ade tak yg beri perhatian |
Kat The Paddock Fraser’s Hill kita
boleh tunggang kuda tapi kalau nak memanah atau menyumpit pun boleh jugak.
Bayaran bagi memanah ialah RM8/seorang untuk 10 batang arrows. Kalau datang
ramai-ramai boleh mintak murah lagi kot. Bolehlah memanah sepuas hati sampai
anak panah masuk sungai pun takpe janji bayar archery fees je. Panah bagi lelaki dan perempuan beza rupanya. Untuk lelaki berat sikit tp hak perempuan punya ringan sikit.
pose student latihan industri |
dekat je |
x dpt bull eye pun |
ramai2 pakat nengok kuda |
Sebenarnye Kalau sampai sini teringin sangat nak nengok tarantula tapi tak sempatlah pulak mungkin lain kali la.
kt jam ni ramai yg suka amik gambar termasuk sy |
Monday, 15 April 2013
Proton Sport Le Mans
Mula-mula tengok tajuk kat you tube saya sangkakan Proton pernah sertai perlumbaan 24jam Le Mans dan berlumba sekali dgn BMW M3 rupanya cerita pasal kete lama edisi special bagi Proton Saga yang dijual di UK...Proton Sport Le Mans
Ni pulak gambar Proton Saga Puma lebih kurang sama dengan Proton Lynx dan seangkatan jugak dgn Proton Sport Le Mans. Tua sangat usia kete ni sebab lahir sekitar awal tahun 1990.
Tahniah Skuad Badminton Malaysia, Juara Kejohanan Piala Axiata
Rashid: Malaysia masih pasukan 'terbaik'
NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
15 April 2013
15 April 2013
KEJAYAAN Malaysia merangkul kejuaraan sulung Kejohanan Piala Axiata setelah menewaskan Thailand 3-1 di Stadium Cheras malam tadi membuktikan skuad badminton negara masih lagi pasukan terbaik, kata ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek.
Jelas Rashid, meskipun Thailand merupakan pasukan yang lebih kuat berbanding Malaysia, namun anak buahnya berjaya membuktikan kemampuan dengan menewaskan mereka dalam perlawanan itu.
"Kita telah membuktikan Malaysia juga ada keupayaan untuk tewaskan pasukan yang lebih kuat.
"Dan kehadiran Lee Chong Wei sedikit sebanyak telah membuatkan semangat pemain untuk menang semakin tinggi dan membara," kata Rashid.
Tambah Rashid,"setelah gagal dalam edisi tahun lepas, kekecewaan kami terubat dengan kemenangan kali."
"Dan saya berharap kejayaan ini akan menyuntik semangat pemain untuk menghadapi kejohanan akan datang terutama Kejohanan Piala Sudirman bulan depan," jelas beliau.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejayaan anak buahnya yang berjaya menewaskan Thailand 3-1, sekali gus merangkul kejuaraan Piala Axiata tahun ini.
Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai Piala Sudirman yang akan berlangsung 19 hingga 26 Mei ini, Rashid berkata, beliau akan membuat peracangan rapi bagi membolehkan anak buahnya mempamerkan aksi terbaik untuk edisi kali ini.
Rashid juga menjelaskan bahawa Malaysia akan membariskan 20 pemain untuk kejohanan tersebut.
Untuk rekod sejak diperkenalkan pada 1989, pencapaian terbaik Malaysia pada kejohanan dwitahunan itu ialah separuh akhir pada edisi 2009 di Guangzhou, China.
Pada saingan Piala Sudirman, terdapat lima perlawanan bagi setiap pusingan iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita dan beregu campuran.
Jelas Rashid, meskipun Thailand merupakan pasukan yang lebih kuat berbanding Malaysia, namun anak buahnya berjaya membuktikan kemampuan dengan menewaskan mereka dalam perlawanan itu.
"Kita telah membuktikan Malaysia juga ada keupayaan untuk tewaskan pasukan yang lebih kuat.
"Dan kehadiran Lee Chong Wei sedikit sebanyak telah membuatkan semangat pemain untuk menang semakin tinggi dan membara," kata Rashid.
Tambah Rashid,"setelah gagal dalam edisi tahun lepas, kekecewaan kami terubat dengan kemenangan kali."
"Dan saya berharap kejayaan ini akan menyuntik semangat pemain untuk menghadapi kejohanan akan datang terutama Kejohanan Piala Sudirman bulan depan," jelas beliau.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejayaan anak buahnya yang berjaya menewaskan Thailand 3-1, sekali gus merangkul kejuaraan Piala Axiata tahun ini.
Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai Piala Sudirman yang akan berlangsung 19 hingga 26 Mei ini, Rashid berkata, beliau akan membuat peracangan rapi bagi membolehkan anak buahnya mempamerkan aksi terbaik untuk edisi kali ini.
Rashid juga menjelaskan bahawa Malaysia akan membariskan 20 pemain untuk kejohanan tersebut.
Untuk rekod sejak diperkenalkan pada 1989, pencapaian terbaik Malaysia pada kejohanan dwitahunan itu ialah separuh akhir pada edisi 2009 di Guangzhou, China.
Pada saingan Piala Sudirman, terdapat lima perlawanan bagi setiap pusingan iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita dan beregu campuran.
Friday, 12 April 2013
Beli Udang Galah Lagi @ Rompin
Saya ke Rompin lagi. Biasanye kalau ke Rompin dari Kuantan, Boss ajak kitaorang semua singgah dulu sarapan pagi kat kedai makan nasi dagang Ubai, Pekan. Potongan 4 segi daging Opor dia besar betul. Memang syok. Kalau tak nak makan nasi dagang boleh makan nasi minyak takpun nasi lemak.
Yang paling best bila sampai Rompin, saya boleh beli udang galah. Kali ni boss tunjuk tempat jual udang galah jauh skit dari simpang Leban Chondong. Tempat lain bukan tempat yang saya pernah beli dulu. Harga udang galah untuk gred B berat 1kilo dalam area ialah RM40-45. Gred A pulak 1 kilo RM55-60. Besor sikit saiz fizikal udang gred A (termasuk sepit dia) banding jenis gred B. Saya beli Gred B je. Tak minat sangat yang saiz dia besar sangat. Udang Galah ni dah siap-siap timbang 1kg dan bungkus dalam plastik. Nak kenal kedai yang jual udang galah ni kena tengok replika udang galah yang di pasang di depan kedai.
Kat tepi jalan hala ke Kuantan |
Rasanye sepit panjang tu nanti wife gunting |
Saje nak ulang cerita, masa beli dulu saya dapat majoriti udangnye bertelur. Agaknye masa tu musim udang bertelur kot. Kali ni tak la pulak. Apapun tom yam udang galah yang isteri buat memang sedap tak kiralah udang tu ade telur atau tidak.
Wednesday, 10 April 2013
Hotel Leo Palace Yg Sy Suka
Saya selalu sgtlah tido di Hotel Leo Palace jika ade urusan keje di K.Lumpur. Hotel ni dekat dewan 1&2 PWTC, dekat juga dengan Grand Pacific Hotel di jalan Ipoh. Jarak Ibupejabat saya dengannya tak jauh manapun, hanya amik masa kurang 30 minit perjalanan dengan kete. Kalau ade kursus yg start 9.00pg, saya masih sempat berbreakfast di hotel dulu dan mula gerak area 8.30pg, gerenti sampal awal tempat kursus.
Bestnye bilik paling murah hanya RM98 dgn katil saiz queen. Nak katil double single pun ade. Sesuai sgt dgn budget, dan pendapatan saya yang tidak dikenakan cukai pendapatan. Petak letak kete di sediakan di depan hotel, banyak lah jugak. Time nak makan malam, ada gerai makan di buka di atas jalan berdekatan kawasan hotel.Restoran pun ade kat depan hotel je.
Oleh kerana selalu sangat sewa bilik murah hotel ni, saya rasa macam bosan pulak nak sokmo menginap kat sini. Apapun nanti kalau ke KL saya rasa nak cuba hotel lain la pulak.
Tuesday, 9 April 2013
Semalam, Esok dan Hari Ini
Yesterday is a history
Tomorrow is a mystery
Today is a Gift
That's why we call it PRESENT
Tomorrow is a mystery
Today is a Gift
That's why we call it PRESENT
Tuesday, 2 April 2013
Robin Sidekick Batman Yang Perlu Di Hargai
Sebut
je Batman semua orang rasanya tahu pasal adiwira yang memakai costume manusia
kelawar alter ego bernama Bruce Wayne. Anak Jutawan yang mengalami trauma akibat
menyaksikan ibu bapanya dibunuh. Sebab tu agaknye dia buat benda pelik pakai
baju kelawar tengah-tengah malam buta. Yang membuatkan saya tertarik menonton
animasi takpun filem Batman adalah jalan ceritanye yang ada unsur ‘logik’
dimana karakter batman itu sendiri tiada kuasa luar biasa hanya bergantung
kepada gajet, kemahiran bela diri, kepintaran mengatur strategi dan kepandaian
menyiasat.
Sidekick
Batman pastilah Robin. Sebelum ni setahu saya hanya ada seorang saja Robin
macam dalam filem Batman Forever dan Batman & Robin (pelakon sebagai Robin:
Chris O’ Dennell) tu. Tapi rupenye tak. Kalau rujuk wikipedia terdapat lima orang remaja yang pernah memegang peranan
Robin, iaitu Dick Grayson (yang kemudian menjadi Nightwing), Jason Todd (yang
dibunuh oleh Joker), Tim Drake, Stephanie Brown dan Carrie Kelly. Ramai tu,
kalau disekalikan Batman dan Catwoman maka kita boleh buat satu team futsal. Namun
begitu, Robin yang saya kenal dalam kartun hanya 3 watak iaitu Dick Grayson,
Jason Todd dan Tim Drake.
Dick
Grayson agaknye Robin paling best kot, sebab selain kerja hakiki membantu
Batman beliau ada pasukan superhero dia sendiri iaitu Teen Titans (Bukanye Team
Titan pasukan T-Team yek). Dulu astro selalu pasang cite ni kat channel Cartoon
Network. Bruce Wayne ambik dia jadi anak angkat lepas tengok keluarga Dick
Grayson mati semasa pertunjukan sarkas. Macam yang ditunjuk dalam Batman
Forever (Val Kilmer jadi Batman). Dalam animasi apabila Dick Grayson dah besar belia, dia
taknak di bayangi oleh pesona Batman lagi, maka dia jadi Nightwing. Kalau Batman
jaga Bandar Gotham, Nightwing lindungi bandar lain yang saya tak tau ape
namenye.
Seperti
dalam cite animasi Batman: Under The Red Hood yang astro pernah tayang kat
saluran cinemax, Robin Jason Todd kena bunuh dengan Joker. Tapi dia hidup
semula dan membalas dendam sebagai Red Hood. Dalam cite ni Joker turut sebabkan
Batgirl lumpuh. Sebelum diasuh menjadi Robin, Jason Todd digambarkan sebagai budak
jalanan yang menyara hidup dengan mencuri tayar kereta.
Robin
ketiga Tim Drake ni saya tak familiar. Tapi sejarahnye lebih kurang begini,
lepas Dick Grayson besar jadi Nightwing peranan adiwira Robin diisi oleh
beliau. Malang sungguh dalam animasi Batman Beyond: Return of the Joker, Tim Drake ni
jadi jahat. Dalam animasi ni juga Batgirl tak lumpuh malah sihat je walaupun telah
tua. Saya syorkan cite ni di tonton kalau nak tahu apa nasib si Joker yang
jahat sangat ni. Saya memang sayang sangat VCD cite ni walaupun telah hilang tah
kemana. Oh ya selain 3 Robin ni ada seorang lagi Robin perlu disenaraikan iaitu
John Blake dalam movie The Dark Knight Rises.
Saya merujuk Wikipedia, VCD Batman Beyond Return Of The Joker, movie Batman yg telah saya tonton serta cerita karton Batman Beyond, Batman Brave and Bold dan seangkatan dengannya yang disiarkan kat TV.
Subscribe to:
Posts (Atom)