Thursday 1 May 2014

Review Saya The Amazing Spider Man 2 : Rise Of Electro



Sempena cuti hari pekerja saya dan anak pergi nonton movie The Amazing Spider Man 2 : Rise Of Electro yang merupakan sekual The Amazing Spider Man. Jadinya kedua-dua movie ni kami tengok sama-sama. Sebelum ni dulu-dulu saya menengok Spiderman 1, 2 dan 3 sorang-sorang sebab masa tu bujang lagi. Dua movie The Amazing Spiderman dimana heronya pelakon Andrew Garfield adalah buat semula cerita Spiderman 1,2 dan 3 yang heronya actor Tobey Maguire.

Cerita Spiderman The Amazing semua watak utamanya lebih muda remaja.  Masa nengok The Amazing Spiderman 2 tahun lepas terkejut gak awek Spiderman/Peter Parker ialah Gwen Stacy dan bukannya Mary Jane. Watak Gwen Stacy muncul dalam Spiderman 3 ( Spiderman VS Sandman & Venom ). 

Dalam sekual kali ini masih lagi mengesahkan Peter Parker/Spider Man murungkai kisah sebenar mengenai 'kehilangan' ibu-bapanya. Peter Parker juga dalam dilema untuk meneruskan hubungan percintaan dengan aweknye Gwen Stacy ataupun berpegang kepada janji ayah Gwen Stacy supaya memutuskan hubungan jika mahu terus menjadi Spiderman. 

Watak jahat kali ni ialah Electro (pelakonnya Jamie Foxx), orang ade kuasa elektrik tu. Kemunculan Harry Osborn kawan baik Peter Parker dan Rhino. Tapi paling buat saya dan anak teruja kemunculan Green Goblin. Penelitian saya mendapati kisah Spiderman edisi The Amazing ni berkisar Oscorp Industries. Di bangunan kompani ni Peter Parker kena sengat labah-labah terus jadi Spiderman. Ayahnya juga kerja dengan Oscorp ni. Dalam edisi lepas Dr Curt Connors saintis guna dna cicak yang jadi cicak gergasi tu kerja kat sini jugak. Electro pun sama kerja kat sini la jugak tak terkecuali Gwen Stacy (awek Spiderman) pun sama. 

Apapun bagi saya pengarah filem ni buat cite sehampir mungkin dengan kisah di dalam komik. Best tau cite ni . Bagi peminat cite yang ade superhero The Amazing Spiderman 2 : Rise Of Electro memang patut ditonton dan tidak dilepaskan. Kalau ade sambungan lagi selepas ni mesti ade watak Mary Jane Watson pulak rasanya.

Cerita pasal komik kalau kita perasan, kita boleh lihat kemunculan istimewa pencipta watak superhero Spiderman ni Stan Lee. hmmmm tp dalam cite spiderman dulu dan lain-lain movie superhero yang dia reka pun dia ade gak (Pakcik yang pakai cermin mata hitam)...tak caye jom layan klip kt bawah.


No comments:

Post a Comment