Maksu dapat tawaran study kat USM Kubang Kerian Kelantan jurusan Ijazah Kejururawatan. Jurusan Nursing sampai peringkat Ijazah rupanya. Tapi kena temuduga dulu kalau berjaya baru boleh mengaji kat sini. Tak ramai mana pun bakal student yang interview mungkin sebab sesi pagi takpun ari Jumaat kot. Jurusan Doktor kat bangunan lain jurusan Diploma Jururawat pun tempat lain jugak.
Temuduga dijadualkan awal pagi jadi kami sekeluarga dari Pahang tiba awal, hari Khamis bermalam di Kota Bharu, Kelantan. Dari Kuantan kami gerak awal lepas breakfast sebab sampai KB leh nengok kat mane tempat temuduga tu. USM Kubang Kerian Kelantan ni besar sgt siap ade Hospital. Seingat saya ada 2 pintu masuk utama yang mula-mula kami jumpa jalan masuk ke Hospital pastu baru Pengawai Keselamatan maklum pintu satu lagi kat tepi jalan utama.
kami salah tmpt kt sini interview doc |
x ramai mane |
Saya tak bawak kete ikut jalan pantai sbb jauh. Saya ikut Jabor sampai ke persimpangan Bukit Besi pas tu masuk highway LPT Terengganu keluar interchange Kuala Terengganu. Lepastu pandu macam biasa. Di LPT ni tak kena tol lagi, pondok bayar tol pun tak siap bina lagi. Jangan bawak laju sangat sebab ade speed trap.
Kami 1family tido di Hotel Wakaf Che Yeh. Sewa 2 bilik. Betul-betul tempat orang berniaga. Pukul 4.30 petang kena ubah parking dari depan hotel ke kawasan parking kat padang. Best tau boleh pusing-pusing Wakaf Che Yeh sampai penat.
snap dr tingkap bilik hotel |
diorang kumpul kt sini |
No comments:
Post a Comment