Tuesday, 26 February 2013

Pahang Vs Kelantan

Dekat setahun lebih aku tunggu perlawanan diantara pasukan Pahang VS Kelantan. Pertemua kedua-dua pasukan ini sebabkan Stadium Darul Makmur penuh. Dan memang penuhpun, nak beli tiket ‘open’ kena beratur panjang pastu nak masuk stadium pun sama tapi yang bestnye boleh berasak-asak sikit. Nilah akibatnya sampai ke stadium lewat.
Sebelum ni Pahang telah tewas berturut-turut di Singapura (0-3) dan Perak (0-1). Kelantan pulak menang ke atas Terengganu (2-0).
Dapat je masuk je stadium tp terlepas nyanyi lagu Negaraku, duduk kerusi bawah sekali di kawasan score board. Penonton yang masuk lebih lewat dari aku selamba je diri kat pagar ramai-ramai betul-betul je tempat aku duduk sampai aku tak nampak pun Khairul Fahmi Che Mat terbang. Tengok je score board Pahang dah kena 1 dah. Tapi takpe Pahang biasanye main sedap lepas ketinggalan dan usaha berterusan membuahkan hasil dengan jaringan seri di separuh masa pertama. Ada drama la pulak di masa kedua, Hafiz dapat kat merah la pulak. Pasukan The Red Worriors dapat curi peluang dgn kekurangan seorang pemain Pahang dan sumbat gol ketiga menjadikan kedudukan 1-2. Nasib baik di minit akhir Pahang dapat penelti dan menjadikan kedudukan seri 2-2. Keserian ini mengekalkan rekod bersih Tok Gajah yang tidak tewas di tempat sendiri. Cayalah. Oh ya, malam ni piala FA Pahang lawan Tentera Darat. Sesiapa yang free boleh la ke stadium.






Thursday, 7 February 2013

Tamatnya Kisah Batman


Ada yang kata Batman mati ada yang kata tak. Apapun pengakhirannya The Dark Knight Rises memang Best!

Gotong Royang Bersih Pantai Chendor

Saya suka sangat lepak kat pantai. Lihat ombak, jalan atas pasir dan layan angin laut yang memang best. Tetiba je ade program gotong royong bersih pantai Chendor sempena My Beautiful Malaysia pada hari Ahad, jadi saya join la atas sebab event ni lokasinya kawasan pantai. Lagipun dah namapun gotong royong kalau buat dengan ikhlas tentu dapat pahala. Sungguhpun begitu kalau gotong royong ni buat kat hutan paya bakau mungkin saya fikir 2 kali untuk sertai. Tambahan pulak saya tak pernah sampai pantai Chendor ni. Habis je program ni nanti saya boleh beli sata takpun otak-otak Kemaman yang tak jauh pun dari pantai ni.
Menariknya cuaca hari tu sangatlah molek, tak panas terik cuma hujan renyai turun sekejap seawal program sedang bermula. Rupanya seronok juga nyanyi lagu 1M4U ramai-ramai ikut persembahan koir.



Monday, 4 February 2013

Beli Ayam Golek Lepas Adik Keluar Hospital

Sempena meraikan adik dapat keluar awal dari hospital, saya terus beli ayam golek yang dijual di tepi jalan. Tak pasti reputasinya sedap atau tidak tapi saya terus beli je. Namun begitu dengan penuh rasa rendah diri saya akui tak pandai menilai rasa ayam golek, bagi saya semua rasanya hampir sama je…Cuma yang membezakan diantara satu dengan lain hanya keenakan kuah pencicah dan rempah yang digunakan. Tapi dilihat gaya anak makan ayam golek tu saya dapat simpulkan ianya sedap dan boleh beli lagi.
Adik kena demam panas dan dirawat di hospital al farabi di jalan Gambut dan berdekatan kedai 1Malaysia. Majoriti orang Kuantan tahu setiap hari Sabtu di jalan ni ada pasar malam. Waktu awal petang peniaga yang jual pelbagai makanan dan macam-macam benda telah penuhi petak niaga yang disediakan sepanjang jalan ini. Hospital depan pasar malam…sempoi gak. Sungguhpun begitu jururawat tak galak penjaga bawak anak hidap sakit asma keluar wad pergi jalan-jalan sekitar pasar malam takut asap jejas kesihatan. He he he apatah lagi orang perempuan mengandung yang lebih tempoh tarikh melahirkan bayi.
Sebaris kedai 1malaysia ada sebuah restoran yang saya lupe namanye. Ada jual pelbagai nasi lemak bungkus yang terdiri daripada nasi lemak telur, kerang, ikan dan kesukaan saya nasi lemak sotong. Nak makan roti canai pun ada. Sepanjang adik masuk wad saya breakfast kat sini. Kesimpulannya saya berdoa supaya anak saya tak sakit lagi dan sihat selalu tanpa perlu saya rujuk ke hospital lagi.