Tuesday, 28 May 2013
Piala FA Pahang Darul Makmur VS Johor DT (Tertunda)
Saya nak kongsikan gambar yang saya ambil dari facebook, perlawanan piala FA Pahang Darul Makmur VS Johor DT yang tertunda. Kredit kepada facebook Kuantan, Life @ Kuantan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Dunia Kucing .
Saturday, 25 May 2013
Formula E (kereta lumba elektrik) Di Putrajaya
Di jangkakan pada tahun 2014 akan berlangsung perlumbaan Formula E. Kita biasa dengar Formula 1 (F1) yang guna bahan bakar minyak petrol tapi kali ni Formula E la pulak menggunakan tenaga elektrik menggerakkan kereta lumba yang rupanya seperti kereta F1. Perlumbaan akan diadakan di litar jalanraya bandar utama (bukannya litar lumba), di negara kita ianya akan dijalankan di Putrajaya. Bandar lain turut ambil bahagian ialah London, Rome, Rio de Janeiro, Los Angeles, Miami, Beijing, Bangkok dan Buenos. Nak tahu lebih lanjut jom klik ke http://formula-e-news.com/
Wednesday, 15 May 2013
Ucapan Selamat Hari Guru 2013 Dari Saya
Saya nak ucapkan selamat menyambut hari Guru 2013 kepada semua cikgu yang pernah mengajar saya dari sekolah rendah hingga menengah.
Seingat saya masa sekolah rendah dulu saya ambil periksa S.R.P (Sijil Rendah Pelajaran) yang dah jadi PMR (Penilaian Menengah Rendah). Peperiksaan PMR ni isteri saya ambil periksa ni. Jurang umur saya dan isteri tak jauh berbeza sangat.
Suka saya nyatakan disini Cikgu Kelas dan Cikgu-Cikgu lain di sekolah rendah tanpa rasa penat dan jemu mengajar kami kelas sekolah biasa waktu pagi dan kelas tambahan (siang dan malam) termasuk kelas pada hari cuti supaya kami semua lulus cemerlang dalam periksa SRP. Siap sempat buat kelas malam kat rumah Cikgu lagi.
Dengan rendah diri saya mohon maaf kerana tak dapat keputusan yang cemerlang dan memberikan statistik yang baik kepada pencapaian sekolah walaupun Cikgu telah memberikan komitmen dan pengajaran lebih 100%. Yang pastinya Cikgu tak fikir sangat pasal pencapaian sekolah sebab yang lebih penting dalam jiwa Cikgu ialah nak pastikan anak didiknya berjaya.
Terima kasih cikgu kerana ajar menulis, membaca dan mengira dan lain-lain ilmu yang cikgu curahkan. Saya doakan Cikgu sihat bahagia, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Monday, 13 May 2013
Ambang baru Wan Zack di JFL
MOHD FAHMI ISMAIL
13 Mei 2013
PENYERANG harapan negara, Wan Zack Haikal Wan Noor berjaya mengukir sejarah tersendiri apabila muncul pemain pertama negara beraksi di saingan Liga Jepun (JFL).
Wan Zack, 22, kini menyarung jersi pasukan FC Ryukyu yang berpangkalan di Kepulauan Okinawa, Jepun.
Anak kelahiran Maran, Pahang ini, begitu teruja beraksi di luar negara namun berazam mempelajari ilmu bersama Ryukyu bagi meningkatkan dirinya sebagai pemain bola sepak profesional.
Mengikut terma, kontraknya bersama Ryukyu berkuatkuasakan selama dua tahun dan akan diperbaharui jika pihak pengurusan kelab berpuas hati sepanjang aksinya di JFL.
Selepas hampir tiga minggu menjalani latihan di luar padang, Wan Zack berjaya mendapat cap pertama bersama Ryukyu.
Dia diberi kepercayaan jurulatih, Norihiro Satsugawa untuk diturunkan dalam perlawanan menentang Sagawa Printing di Stadium Athletics Okinawa City pada 13 April lalu.
Walaupun sekadar bermain selama 80 minit, ia cukup membuatkan Wan Zack teruja.
"Saya gagal memberikan aksi terbaik dan banyak perlu dipelajari khususnya teknik komunikasi. Saya juga berdebar dan sedikit gugup kerana ini merupakan penampilan sulung untuk kelab Ryukyu," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Okinawa, Jepun, baru-baru ini.
Igauan Wan Zack
Satu perkara yang ditakuti Wan Zack benar-benar berlaku. Beliau mengalami kecederaan pada buku lali kanan dan dipapah keluar ketika sesi latihan di Pusat Latihan Yosanoura, Okinawa, bulan lalu.
Wan Zack terlibat insiden terjahan kasar rakan sepasukan ketika melakukan persediaan bagi menghadapi kelab Yokohama Sports dan Cultures Club (YSCC). Akibat kecederaan tersebut, beliau terpaksa berehat selama sebulan dan ia amat
mengecewakan Wan Zack yang terus berharap dapat memberikan sumbangan kepada Ryukyu di samping mengumpul cap keduanya.
Ditanya mengenai sejauh manakah mereka mampu bertahan menjalani cabaran hidup sebagai pemain bola sepak di sana, Wan Zack Haikal menegaskan akan cuba mengubah persepsi buruk peminat bola sepak tanah air terhadap pemain negara.
“Itu persepsi orang, saya tidak boleh buat apa-apa, saya cuma boleh buktikan mereka hanya bercakap kosong.
“Saya akan buktikan mampu mencipta sesuatu di sini,” katanya.
Sebelum ini pemain tempatan seperti dilanda sindrom tidak mampu bertahan lama di luar negara dengan kes terbaru membabitkan pemain muda, Muhammad Faiz Nazmi Mansor yang menamatkan kontrak awal bersama SC Beira-Mar dan Ahmad Fakri Saarani dari Atletico SC di Portugal.
Profil:
Nama: Wan Zack Haikal Wan Noor
Tarikh lahir: 28 Januari 1991
Tempat lahir: Maran, Pahang
Tinggi: 1.70 meter
Posisi: Sayap
Kelab semasa: FC Ryukyu (Jepun)
Karier remaja:
2005-2007 Piala Presiden Kuala Lumpur
Kelab diwakili
2007-2008: Felda United FC
2008-2009: Harimau Muda B
2009-2013: Harimau Muda A
2011FC ViOn (pinjaman)
Pasukan kebangsaan:
2008-2010 Malaysia B19
2010 Malaysia B23
2012 Malaysia
Pencapaian:
2009 Juara Liga Perdana (Harimau Muda A)
2012 Juara B21 Kejohanan Antarabangsa Piala Thanh Nien

Laporan Asal Sinar Harian
Saturday, 11 May 2013
Puding Raja Restoran Puteri Inn
Friday, 10 May 2013
Teh Masala (Problem Teh he he he) @ Bharat Tea Cameron Highlands
Kali ni saya sampai Cameron Highlands (CH) time petang masa tu hujan turun, jadi bila malam boleh kata sejuk la jugak suhu kat sini. Esoknya sebab dah lama tak pekena Teh Masala (teh problem he he he) saya singgah jap Bharat Tea. Petang kat sini rupanye hujan lagi. Oleh sebab rasa suhu CH ni rasa sejuk semacam je jadi saya nak tangkap gambar suhu jap. Jadi singgah jap kat Mardi di jalan menuju hospital tu di Tanah Rata. Sampai kat sini dah lewat petang jd xleh masuk, tempat ni dah tutup. Tapi minta izin Abang Jaga sebab nak tangkap gambar jam je pastu keluar. Baik betul la Abang Jaga Mardi ni.
Teh Masala RM5.50 secawan tau |
Abis kursus sebelum balik saya singgah jap kat kea farm beli jagung pastu terus ke kilang Teh Boh Sg Palas. Perancangan mula-mula tu nak beli jagung kat Kg Raja, tp Hafiz syorkan beli kat Kea Farm je. Ni kedatangan saya kali kedua kesini yg first dulu saya tak ingat tahun bila tapi masa tu lepas di kilang Boh ni saya terus gi Gunung Brincang. Tapi kali ni saya tak ke Gunung Brincang lain kali la kot.
Jagung Mutiara 1 beg plastik RM10 |
Ombak rindu ada shoot kat sini |
saya bergambar dekat pokok teh tau |
Saje nak cite pengasas teh boh ni rupenye yang membina Kuala Lumpur Railway Station tau. Kat sini saya beli Teh Boh Seri Songket rasa vanilla. Satu tin kecil berat 125g harga RM15.40 . Mesti sedap rasanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)