Tuesday 5 June 2012

Motor 150cc Yang Saya Suka

Pada pendapat saya tahun 90an dahulu merupakan era gemilang bagi motosikal 2 lejang (pakai minyak 2T) berkuasa 150cc. Jika dikenang semula Honda Raiders dan Suzuki Panther juga berkapasiti 150cc dan 2 lejang tetapi saya letakkan ianya dikategori lain sebab kumpulan motosikal saya maksudkan adalah yang mempuyai radiator / liquid cooler dan berbentuk seakan ‘motor  besar’ berfairing menutup penuh atau separuh bahagian engine.

Saya berpendapat jenama Kawasaki merupakan perintis bagi kategori bentuk ‘motor besar’ ini dengan memperkenalkan KR150 atau lebih dikenali dengan panggilan KIPS yang pada mulanya hadir tanpa sport rim hanya rim lidi je pada tayarnya. KIPS ni ada saudara kembar dikenali sebagai VICTOR merupakan edisi naked bagi KR150. VICTOR siap pakai brek drum di belakang untuk membuktikan ke ‘naked’kannya.



Selepas itu Kawasaki Sun Rock keluarkan KRZ150. Rasanya bentuknya berkonsepkan ZZR. Engin KRZ ni spesifikasinya lain dari KR150. Kat fairing tertulis SuperKips. KRZ banyak spesis seperti serpico warna biru silver dan scorpion warna merah putih yang saya suka. Saya dulu pun pakai KRZ.


Jenama Honda turut sama sertai keluarkan produk 150cc memberi pilihan pada pengguna. Model yang Boon Siew Honda pasarkan ialah NSR 150. Kali pertama tengok NSR ni ketika masa zaman sekolah asrama dulu. Kepunyaan seorang pekerja sekolah yang saya lupa dah namanya. Masa tu teruja betul tengok motor merah berjalur parking tongkat tengah sebelah court tennis. Memang tanam azam lepas SPM ni nak kerja, cari duit lepas tu nak beli motor ni.


Selepas lama peminat Yamaha menunggu akhirnya TZM150 dilancarkan.  Saya tengok bentuk TZM ni  dah macam tengok motor besau sungguh la. Tekan je kunci terus je keluar bunyi (bunyi valve kot.. saya tak pandai sangat pasal motor ni). Ekzoz TZ ni nyaring lain macam sikit. Sempat la pinjam TZM kawan untuk bawak balik kampung dari tempat keje. Tak rasa seperti menunggang motor tetapi rasa macam saya ‘masuk’ sekali dalam bentuk motor ni. Edisi TZM yang unik bagi saya ialah millenium edition. Sempena tahun 2000.


NSR150RR di keluarkan pulak selepas itu. NSR kali ni memang cantik betul, ade 2 lampu depan bulat tu. Sayang sekali saya tak sempat bawak motor ni (pinjam kawan pun tak sempat). Menariknya selepas lama NSR150RR dikeluarkan ramai peminat honda mengharapkan NSR150sp yang ade single arm dipasarkan di Malaysia. Model ni kalau kita tengok memang smart dan paling menariknya single armnya tu.



Seingat saya Kawasaki mengeluarkan model ZSR150 pulak . Model ini ade steering demper kat tengkuk handle motor. Kalau tengok dari rupabentuk depan masih kekalkan fairing KR Cuma bahagian belakang dipinda. Penutup engin macam sama dengan KRZ (kalau salah peminat dan owner Kawasaki jgn marah yek). Model ZSR ni dipertingkatkan lagi, maka lahirlah ZSR Cyclone. Ekzoz cyclone bingit sikit dan sedikit terconget berbanding ZSR terdahulu. Kawasaki claim model ni paling laju dalam kelas 150cc mungkin sebab ianya ringan. Siap tulis Race Replica tu.


Saya hampir terlupa pada jenama Suzuki. Suzuki keluarkan FXR150 enjinnya bukanlah 2 lejang tetapi 4 lejang. Ada meter digital dan arm belakang berbentuk macam bengkok pisang (harap betul istilah yang saya gunakan). Kawan saya pakai motor ni. Sangat futureristik dan advance model ni. Warna FXR yang paling cun bagi saya yang ikut colour juara dunia motoGP pada tahun tersebut Kenny Robert Jr biru putih tak pun biru kuning. Siap ade tandatangan Kenney Robert kat atas tangki tu. Oh ya sebelum tu Suzuki pasarkan TXR Gamma untuk pilihan peminat Suzuki.



Semua model motor yang saya ceritakan dah tak banyak dijumpai di jalanraya seperti tahun 90an dulu-dulu dan tidak dikeluarkan lagi. Semua model yang saya ceritakan adalah senarai motor yang saya amat minat dan tampal posternya di dinding bilik.

p/s .. semua gambar yang saya letak bukan saya punya, saya ambil dari google imej, forum bikers yang sejati dan blog peminat motor. Minta Izin guna yek.

8 comments:

  1. owhh mat moto ghupenye ek..

    ReplyDelete
  2. Kepada sesiapa yg nak jual kawaski kr150 cover kips set sila info saya.trima ksh

    ReplyDelete
  3. hai.. sy ada jual arafa X belt.. boleh ke fb page Arafa jersey utk tgk video.. tq

    ReplyDelete
  4. Kepada sesiapa yang mencari Suzuki TXR150 Gamma:

    http://m.mudah.my/view?f=p&srch=1&q=suzuki+txr150+gamma&ca=10_3_s&e=0&sa=&cg=0&o=0&ad_id=36967759

    ReplyDelete
  5. Suzuki 2 stroke 150cc ada Panther dan Jerung.

    ReplyDelete
  6. Sesiapa yang nak jual kawasaki KRZ 150 info saya

    ReplyDelete