Friday 18 May 2012

Roti Canai Tanah Rata

Saya ke Cameron Highlans (CH) bukan sebab bercuti bersama-sama keluarga mahupun sanak-saudara tetapi selepas di arah pegawai atasan yang baik hati. Jika ke sini untuk bercuti memang seronok tapi datang atas urusan keje sudah tentulah seronok juga. Urusan profesyen saya di sini bertempoh 3 hari 2 malam, macam rancangan di TV9 tu. Bezanya diaorang mengunjung tempat menarik dan saya melawat tapak projek.


Kalau datang di CH ni waktu bukan cuti sekolah mahupun holiday yang panjang sikit, tidak sukar nak dapatkan hotel yang murah untuk disewa. Hotel mahal, saya tak pasti pulak, sebab saya tak pernah duduk. Hotel budget di sini hampir keseluruhannya menyediakan kemudahan 'wifi'. Boleh la main internet.
malam rabu tak ramai sangat orang kat CH
malam khamis dah mula ramai dah

Kami duduk di Bandar Brinchang. Saya lupa nama hotel yang saya duduk pada hari pertama. Harga bagi sewa bilik kurang RM100. Kaunter / lobi hotel dekat depan tapi nak check in di barisan belakang bangunan hotel. Oleh sebab pihak pengurusan hotel takut customer curi tuala maka diposit dikenakan bagi tuala dan akan dipulangkan semasa check out nanti. Esoknya saya duduk di Hotel Rainbow pula, hotel ni lebih selesa sikit berbanding hotel hari pertama dan masih pada kadar harga kurang RM100 untuk sewa satu malam.

nampak tak bilik yang tak tutup lampu tu..tu la bilik saya

ni kat hotel rainbow

Ramai orang kata kat CH ni dah tak sejuk berbanding dulu. Mungkin betul agaknya walaubagaimanapun saya tetap bawa baju sejuk  dan pastinya setiap hotel disini masih tidak memasang penghawa dingin. Di Brinchang ni banyak tempat makan yang boleh saya cuba ada food court, gerai dan restoran.

nasi lemak sotong ade kat sini

Kami ke CH ikut jalan di Negeri Pahang. Ikut Raub ke Sg. Koyan, Lipis. Lalu jalan Pos Betau terus sampat Ringlet. Dekat Ringlet ade kedai makan yang sediakan menu kari kepala ikan. Nak makan kena cepat, masa kami sampai sini dalam pukul 1.30 tengah hari dan nak order la kari kepala ikan, malangnya dah habis tinggal kuah je. Terpaksalah saya makan nasi putih+sotong masak sambal+sayur taugeh+kuah kari kepala ikan.

kedai paling tepi sekali sediakan menu kari kepala ikan

Di Tanah Rata, saya memang suka makan roti canai di tempat makan ni. Kat sini memang tempat sesuai untuk mengeteh sambil menengok keta lalu lalang.


roti kosong + kuah campur sambal memang sedap

Sebelum balik kena beli la sayur ke setoberi ke . Jadi singgah la kat kea farm membeli ape yang patut.


besau stoberi tu



2 comments:

  1. sonok g cmeron..bg patik still sejuk ok kat cna..salu g ladang teh bharat amek sample.

    ReplyDelete
  2. memang seronok.. amek sample kt bharat teh..ok tu

    ReplyDelete