Kita semua tahu Bandar Temerloh memang terkenal dengan gelaran Bandar Ikan Patin. Di sini mudah sangat nak beli ikan patin, banyak tempat menjualnya seperti di sepanjang Sungai Pahang, di pasar tani, pekan sari takpun di pasar. Kebanyakan kedai dan gerai makan turut sediakan menu masakan ikan patin.
Kalau nak makan ikan patin gulai tempoyak boleh cuba di gerai Pak Usop di kawasan tempat makan Lurah Semantan yang terletak di stesen bas lama dan berhampiran water front. Saya selalu jugalah makan kat sini.
Ikan Patin Gulai Tempoyak memang sedap.
No comments:
Post a Comment