Wednesday, 27 November 2013

Beri Rusa Makan @ Deer Land Lancang

Minggu lepas kami 1 family ke Lanchang melawat rusa dan gajah. Rusa di Deer Land manakala Gajah Pusat Konservesi di Kuala Gandah. Cuti sekolah, kena bawak anak jalan-jalan. Ini kali pertama ke Deer Land kalau ke pusat Gajah tu ade kat 2 kali campur yg ni jd 3 kali. Mula2 ke Pusat Konserversi Gajah pastu baru ke Deer Land. Tarikan utama kat Deer Land tentulah rusa jinak dan beberapa ekor binatang lain yang comel. Tempatnye tak besar mane tapi seronok. 

dpn pintu
mcm masuk jungle tracking...best penuh pokok2

Tiket bagi dewasa RM6 bebudak pulak RM3. Dari tempat beli tiket kat pintu masuk nak ke tempat kandang rusa tak jauh mana pun kena jalan kaki. Saya diberikan 1 kupon untuk 3 mangkuk jaring plastik berisi agaknya ubi ke kentang dihiris panjang-panjang untuk rusa makan. Saya dimaklumkan supaya jgn beri terus byk tp satu potong-satu potong. Takut rusa tercekik kot. Rusa yang ade tanduk kena hati-hati sikit agresif kot tapi jinak je. Lepas rusa, boleh cuba beri burung ostrich makan pulak, burung ni jinak gak tapi boleh kena patuk kalau salah cara hulur ubi kentang.

pnjgnye  muncung
sy rase rusa2 ni kategory anok lg ni

ni lah yg patuk tangan saya
Tanduk x besor mane lg
Lepas abis beri rusa mkn boleh lihat binatang lain pulak. Kat sini kalau 1 family berani bolehla bergambo letak ular sawa atas bahu. Menurut yang jaga ular sawa ni, ular sawa tengah proses salin kulit dan tak nak makan lagi sebab kenyang kot. Nak pegang spesis landak comel pun boleh. 

sonic hedgehog
ha nak kemane tu

Wednesday, 20 November 2013

Jom ke KLIMS 2013

Saya minat jugakla nengok pameran kereta jadi kesempatan yang ade saya terus ke PWTC untuk saksikan sendiri Kuala Lumpur International Motor Show 13. Rupanya susah jugak nak cari parking yang tak penuh berdekatan PWTC. Bawak kereta masuk je beberapa tempat parking, orang jaga parking kata dah penuh. Jadi dgn selamba je saya parking kat Pertama pas tu naik teksi ke PWTC. Time balik saya naik LRT berenti kat Sogo pulak amek kete semula huhuhu.

Ticket masuk RM15 dan boleh nengok pameran dari kul 11pagi sampai kul 10 malam waktu hari biasa. Weekends pulak mula start kul 10pagi sampai 10 malam. Event ni start 15hb November sampai 24 hb. Bestnye saya boleh masuk peraduan, jawap soalan mudah untuk menang kereta. Oleh sebab saya suke sgt tangkap gambo jadi bila ke KLIMS ni boleh la snap gambo sampai abis beteri camera. Saya nak konsi sikit gambo yg sempat saya tangkap.

mula2 nampak kereta Lexus F....sblm ni tengok kt Top Gear je
Vios dh memang smart duduk sebelah awek model cun
garang sungguh Lexus....yg sandar kt Lexus pulak jelita abis
dpt snap awek pose mengancam bersama Camry Hybrid
kereta konsep Toyota ...futuristik
WV Rally tu ....vroom2
Subaru...tayang engine
Subaru...lawa
Ini la kali 1 sy dpt tgk Lambo dr dekat terharunye....
Kereta Honda ....
F1 Redbull Racing Car @ INFINITI
Jadi dapatlah saya cuci mata melihat sendiri model kereta hebat-hebat di depan mata dan sentuh spoiler kete LOTUS termasuk bersalam dgn ISUZU brand ambassador. 

Jalan2 Mini Zoo Kemaman

Ahad minggu lepas kami sekeluarga gi Mini Zoo Kemaman. Ini sempena cuti tamat penggal persekolahan. Malas pulak nak pergi Zoo Negara krn malas nak bayar tol jd sebab tu agaknya saya pilih ke sini. Untuk sampai ke sini saya guna GPS Garmin. Kalau baca peta dgn ikut baca signboard rasanye saya sesat. Tambah pulak saya memang tak biasa dengan Bandar Kemaman walaupun jarak diantara Bandar Kuantan dgn Kemaman tak jauh mane pun.

Bestnye bila sampai je kat Zoo ni lepas beli ticket terus kena naik train traktor. Tak macam Zoo lain kalau nak naik keteapi kena bayar lain. Luas gak kawasan Zoo ni. Suasana dalam Zoo ni bagi saya sungguh hijau la. Banyak jugakla binatang kat sini walaupun dinamakan Mini Zoo. Tak sempat habis nak tengok semua binatang kami semua dah penat dah jalan kaki. Kalau penat kt sini byk tempat pondok rehat boleh lepak.Tempat bebudak mandi pun ade. Rugi pulak tak bawak baju mandi kt anak. 

Melihat keterujaan anak2 saya rasa lain kali kami akan datang semula kesini. Bagi saya Taman Rekreasi Dan Mini Zoo Kemaman adalah tempat yang patut dikunjungi kalau ke Kemaman.

kena lintas jalan, parking kete bapak banyak
best naik ketapi
tapir tgh menyelam blup blup blup
kandang singa dgn rimau ade dinding kaca...tido je 
rimau jilat kuku
nampok x gajah... dpn tu tmpt boya
tempat mandi ....bebudak suka sgt






Sunday, 10 November 2013

Malam Tok Gajah Juara Piala Malaysia 2013

Sambung cerita pasal Malam Tok Gajah. Saya dan anak sampai awal jugak ke Stadium Darul Makmur. Sebab ikut maklumat kat fb event start jam 7.45 mlm. Sampai je, tempat duduk area grand stand dah nak penuh dah. Tapi x kesahlah janji boleh dapat duduk area grand stand ni sebab bukan selalu leh lepak kat sini. 

nampak x kelip2
masa ni stadium tutup lampu

Sebelum Dato' Siti Nurhaliza nyanyi lampu stadium tutup jap lepas tu tunjuk kat scoreboard perjalanan pasukan Pahang dan penyokong di kempen Piala Malaysia. Yang bestnye siap tunjuk Pakcik Majid lagi. Masa Siti Nurhaliza menyanyi lagu ole2 oh Tok Gajah Ku pemain Pahang buat perarakan membawa piala Malaysia keliling Stadium.
ole2 tuk gajah ku
Nak jadi rezeki saya sebab tempat saya diri tu berdepan dgn meja untuk letak Piala Malaysia. Siap Abang Jalal dan Amirul Hadi letak piala tu lagi. Tak bestnye tak sempat nak salam dgn Abang Jalal huhuhu.
Abg Jalal sy nak salam

Penganjur memaklumkan terdapat 200 bola yang telah di tanda tangani oleh semua pemain akan di berikan kepada penyokong. Puaslah menjerit mintak bola, tak ingat lah siapa yang baling tp betul2 atas kepala saya dan tak bestnye dapat kat orang lain cuma lalu atas kepala je.
ni bola yg sy kalah berebut

Siap ade perlawanan antara veteren Pahang vs Raja Lawak pulak. Pemain veteran Pahang antara lain terdiri daripada Dollah Salleh dan Zainal Abidin sendiri. Manakala set Raja Lawak yang saya perasan Amer, Sepah tu, Shiro dan ramai lagi.

Ajak gambar sorang sblm tu gambar dgn Poyeng kt situ

Ajak bawak Poyeng bergambar sekali kat Piala tu

Ameeereka...ntah bila masuk stadium
Masa time rehat ade cabutan bertuah. Tapi saya tak bertuah sgt mlm tu jd saya balik awal maka saya menyesal sebab tak dapat tengok Rossa, Barisan Pemain Pahang 2014 dan bunga Api.

Dato' Siti Nurhaliza di Malam Tok Gajah SDM

Tadi saya ke Stadium Darul Makmur meraikan Malam Tok Gajah sempena Pahang menang Piala Malaysia. Stadium penuh dengan penyokong gamaknye dekat 30,000 orang ade agaknye. Sebelum tu petang tadi skuad Tok Gajah pusing-pusing sekitar bandar Kuantan naik bas 2 tingkat takde bumbung. Wooo mesti meriahnye tapi saya takde kat bandar, nak buat cam ne saya tido dari tengah hari sampai petang.

Jadi event mlm ni tak saya lepaskan. Yang bestnye acara ni saya diri dekat dengan pintu masuk para pemain maka dapatlah saya lihat dgn lebih dekat semua pemain termasuk Dato' Siti Nurhaliza. Terus saya nak letak gambo Dato' yang sempat saya tangkap dekat blog saya ni. Dato' Siti tengah nyanyi lagu ooo ale2 oo ale2 Tok Gajah Ku. Sekian terima-kasih.











Wednesday, 6 November 2013

Pakcik Abdul Majid berjalan kaki ke Stadium Shah Alam

Saya nak sebarkan berita sebagai tanda sokongan kepada Pakcik Abdul Majid bin Abdul Hamid yang berjalan kaki ke Stadium Shah Alam sebagai menunaikan nazarnya setelah Pahang menang Piala Malaysia. Pakcik Abdul Majid mula jalan kaki pada 6 November 2013 dan dijangka akan sampai pada 12 November 2013. Saya doakan Pakcik sampai dengan selamat.



sumber fb Kuantan dan fb Harian Metro * myMetro