Sunday, 26 October 2014

Jom Naik AirBoat di Taman Bandar Kuantan


Di Taman Bandar Kuantan ade tarikan terbaru iaitu airboat bermula operasi pada 1 Oktober 2014. Sebenarnya saya baru perasan sebab lama tak berjoging kat sini. Bagi saya airboat ni bot yang ade kipas kat belakang. Sempoi sangat jadi selain dari aktiviti berjoging takpun aktiviti berjalan kaki keliling tasik seperti yang saya dah lama tak buat, pengunjung macam saya boleh la try Air Boat ni pulak. Bebudak tentu suka sangat.

Harga ticket RM10.00 untuk dewasa dan bebudak RM5.00 tapi buat masa sekarang harga masih promosi iaitu RM8.00 dan RM4.00 tapi saya tak tau la pulak tempoh promosi sampai bila. Lupe pulak nak tanya akak yang jual tiket kat pondok ticket. Waktu operasi hari Isnin hingga Jumaat 3ptg-7ptg. Sabtu & Ahad 10 pg hingga 7 ptg. Tempoh anggaran masa pusing kawasan Tasik Bandar ialah 15 minit.

Jadi cuti baru baru ni saya bawaklah abam untuk naik airboat ni. Boleh tahan ramai jugak orang yang tengah beratur tunggu giliran. Seronok bukan main la Abam dpt tengok kepala biawak timbul tepi tebing tasik. Saya pun seronok jugak sebab selama ni duk lari keliling tasik, tapi kali ni berada betul betul tengah tasik. Memang sempoi. Terima Kasih pihak MPK yang merialisasikan airboat ni. :)

Terbaik :)

Beso kipasnye

Abam buat muke rileks




Saturday, 5 July 2014

Pokok Tamar Popular Di KB

Sebelum ni saya ade baca di facebook pasal pokok kurma yang berbuah tapi belum masak lagi di bandar Kota Bharu. Dalam wassap pun dapat baca cite kawasan pokok yang popular sangat, orang ramai duk ambik gambar berselfie kat kawasan pokok kurma ni.

Nak jadi rezeki 4-5 hari sebelum puasa saya ade kursus di Kota Bharu, Kelantan. Jadi boleh la saya menengok sendiri pokok dan buah kurma yang femes ni. Ramai sungguh orang bergambar tak kira siang malam rupenye. Malam tu lepas tengok bola game Itali kalah dengan Uruguay kat KB Berger Bakar lalu la kawasan round about jam pokok kurma rupenye time pagi-pagi gitu pun masih ade orang yang amik gambar. Memang betul-betul femes.